Friday, May 7, 2010

Makan dalam masa 30 saat!

Situasi :

Kakak : Dalam satu majlis yang dihadiri, kita kesuntukan masa. Cuma ada 30 saat untuk mengambil mana-mana makanan. Maka, apa yang akan kita lakukan pada waktu itu?

Adik 1 : Ambil mana yang kita teringin sangat nak makan!

Adik 2 : Ambil yang mana senang dan ringkas untuk makan!

Adik 3 : Ambil yang paling berkhasiat!

Adik 4 : Tapau!! (Heh)




Hidden anology #5 (Lain kali kita cerita mana lagi 4..::)

Dalam masa ringkas yang kita ada, kenalpasti apa yang kita mahu. Dan lakukannya! Meskipun masa itu singkat, namun kebijaksanaan kita menggunakannya pasti membuahkan hasil yang memuaskan hati!

Matlamat ?

Penting. Begin with the end in mind. Jika kita tahu apa yang kita mahu, tidak akan sesat, tidak akan lambat, masa akan selamat!

Masa ?
Kuantitinya tetap. 24 jam untuk setiap orang. Namun kualitinya berbeza. Kitalah yang memberinya kualiti.

Dr. Yusuf Qardhawi : Setiap inci di bumi ini adalah subur untuk menanam benih-benih syurga.


SELAMAT HARI JUMAAT!
Jangan lupa ke kelas tafaquh..:)

2 comments: