Friday, February 26, 2010

Kesopanan dan Kesusilaan

Bukankah pernah saya katakan, 'menjadi tua' itu sensitif?
Proses 'penuaan' itu menyakitkan.. (Heh, macam dah 60-an pulak..)

Ibarat wanita menopause, apabila kehilangan hormon estrogen dalam badan, banyak perubahan yang tidak menyedapkan berlaku, makanya mereka mudah beroleh 'depression', perubahan mood dan lain-lain lagi.

Itu sebabnya dikatakan orang tua itu sensitif. Sedar, usianya tidak lama.

Baiklah, saya bukan nak bercerita tentang proses penuaan, bagaimana ia berlaku, bla2..

Cumanya sedikit tentang isu 'kesopanan dan kesusilaan'. Semua orang kata ia 'common sense'. Biasalah, manusia selalu saja hilang 'that common thing'. Orang tua memang sensitif dalam isu sebegini.


::Contoh 1 - Telefon::

"Unregistered Number".
(Nombor dan suara yang tidak saya kenal atau cam) "Hello akak! Saya nak tanya..."

Saya pun ibaratnya seperti, "Hellllllllloooooooo, siapa budak ni??? Telefon orang tak perkenalkan diri. Cukup 'condifent' kita ada simpan nombor dia..."

Selalunya orang tersebut mungkin jarang kita hubungi atau tidak pernah, itu sebabnya kita tidak menyimpan nombornya.

Maka bukankah elok jika begini...
"Hello akak, saya Ekin Mawi. 2nd year JUST. Akak ape kabar? Sibuk ke? Sorry kak, saya nak tanya..."

Ok this is the most proper one. Inshallah kalau dia bertindak begini, saya akan terus save no dia.. (haha)..Memang nampak skema. Tapi inilah namanya sopan dan hormat. Saya tidak minta dihormati. Tetapi saya ada hati.

::Contoh 2 - SMS::

Sakit hati juga kalau begini.
"Akak, saya nak minta tolong bla..bla... asap."

Nescaya hati saya akan berkata lagi, "Tanpa salam, (nasib baik ada panggilan 'akak'), plus ASAP, kamu mahu minta tolong dari saya??!!"
Tambahan pula kalau saya tidak mengenali nombornya. Kalau diikutkan hati saya mungkin tidak mahu membalas mesej itu. ASAP la sangat. A.L.A.P boleh?? (As late as possible)
(Kalau orang yang rapat dengan kita itu lain ceritanya)

Alangkan ibu pun menaip "Salam" apabila mengutus mesej pada saya...

Bukankah 'suweeeeet'nya kalau begini,
"Asslmkm akak. Sorry ya, nak minta tolong.....klu bleh asap ye kak."

Saya suka menggunakan perkatakan "ya" di dalam mesej. Contohnya.. "Sorry ya", "TQ ya". Sebab bila tulis "ya/ye", saya rasa seolah saya bercakap dengan dia dengan sopan. Walaupun dia menulis 'asap'. (ASAP itu kelihatan seperti 'pushy' tapi saya boleh terima jika tulisannya sopan)

Semalam saya menerima mesej dari seorang syabab junior. Mesej yang ditaip lebih kurang begini..
"Salam akak. Saya ..... - .......(Dia mungkin tahu saya tidak punyai nombor dia, jadi dia perkenalkan diri dengan jawatan dia sekali dalam PERMAI).
Nak ganggu jap boleh? (Ok, saya faham dia mahu bertanya sesuatu dan ambil masa saya sebentar)..
Bla..bla.. TQ. (Dia cakap 'tq'. Saya kira itu sempurna, sopan.)

Lain situasinya jika kita berutus mesej dengan kawan hari-hari atau rakan serumah atau adik beradik kita. Kita mungkin boleh menggunakan bahasa mesra atau pun bahasa yang mungkin hanya kita berdua fahami..

Contoh : "Oitttt caaaa!!!! Fakit pewuut ke???" (Biasanya 'seorang' saja yang akan dapat mesej dari saya sebegini. iaitulah budak itu yang sedang berada di UKM sekarang. :p..Dia tidak kisah pun apa 'tanda bacaan' yang saya guna saya kira. :))

::Contoh 3 - Di YM atau ruang chat::

"BUZZ!!!!"

Terkejut.
Saya rasa macam kena renjatan elektrik jika dibuzz. Saya terdengar 'seperti' orang tersebut sedang memanggil saya.."Hoiiii, aku nak cakap dengan ko ni!!!"
Daripada asalnya saya tengah ber'chatting' dengan dia, kalau ikutkan hati, cepat saja saya rasa nak menekan ikon 'pangkah' di hujung kotak YM tersebut.

Saya rela mendengar bunyi 'audible' yang 'entah apa-apa bunyinya' berbanding bunyi 'buzz' yang menyakitkan hati (saya).

Saya tidak pasti penerimaan orang lain bagaimana. Tetapi ini cara yang saya selesa. Tidak kisahlah dengan siapa pun kita berurusan; senior, junior, orang tua, syabab atau akhawat, sama ada kita kenal atau tidak, sila bersopan dan bertatasusila.

Cara kita mungkin berbeza. Namun 'by default', tidak kisah bagaimana jua gaya anda, sila terima kenyataan bahawa, "CARA YANG BERSOPAN ITULAH YANG PALING BAIK dan boleh diterima oleh semua orang..."

::...Dan bertutur-katalah yang baik kepada manusia...(2:83)::

10 comments:

  1. makan ikan nyok nyok
    bawah pokok gaharu
    apa tengok2
    tegur2 la akak2 dulu,barula kita tahu.

    baris bwh di baca dgn nada haaa..barula kita tahu..(hehe)

    ReplyDelete
  2. Wah...

    Seniorita meluahkan perasaan.

    Perkara begini memang selalu berlaku. Dan selalu ajer didengari.

    Tapi pada saya benda macam nie mungkin ada asalnya. Masakan pokok bergoyang jikalau tidak ada angin.

    Mungkin kita pernah buat macam tuh, sekarang kena balik kat kita. Apa-apa pun kita mesti buat contoh yang baik untuk diikuti oleh rakan-rakan dan adik-adik.

    Tidak kiralah kita senior ke junior, lelaki ke perempuan sama sahaja. harus punyai rasa hormat untuk kita dihormati.

    pasal 'BUZZ' tuh, silent kan ajer dalam YM. hehehe. xpun buat xlayan sahaja. lagi senang daripada kita sakit hati pada orang yang tak sakit hati pun pada kita. hehehe.

    cuma 2 sen saya sajer.

    ReplyDelete
  3. hahaha..nk tergelak kte bca entry ni fez..cuma yg part buzz n audible tu ler..spt ada kaitan dgn status ku td..=p

    tp fez, mmg la tension kalu ada org tu main redah je kn..maybe dh terbiasa kot..jd xrasa bersalah kalu bnda tu adalah kebiasaan bg dia..

    apa2 pn, itu la dugaan bila semakin tua ni..alahai, makcik dh tuo la! haha~

    ReplyDelete
  4. Qilah,
    Comel pantun ko. (Haha) Haaa, barula kita tauu. Nampak muka memang muncung, tapi hati bentuk 'love'..:) kan, kan..

    Kher,
    Lagi 'sakit hati' kalau 'kita sakit hati dengan orang yang tak sakit pun hati dengan kita'. (Hehe) Tapi tak boleh simpan, nanti jadi kronik, jadi liver cirhosis, bagi ubat pun tiada guna lagi.

    Betul. Hormatilah orang jika kita mahu dihormati.

    ReplyDelete
  5. Cikodah,
    Komputer ekau pun ter'mati' bila orang buzz kan. Inikan pula hati den. Haha.

    Itulah, kalau tak suka, kita perlu cakap 'tak suka'. Tak delah hati tu memendam je kan. Tidaklah setiap kali kena buzz, terasa macam nak hempuk laptop tu. Nak nya kalau tengah duduk sorang2 sunyi. Terkejut maaa..

    ReplyDelete
  6. hahahaha!! saya terpaksa ketawa sekuat hati..bukan kerana tidak sopan...kesopanan saye sentiasa terserlah bukan??hik3...=P
    tapi kerana oit caaaaaa.... hehe...
    mmg!! x suke kalau org buzz tibe2....
    hissssh...terkezut rasenye......
    hahaha..audible?? VACATION.... annoying...!!
    memain je laaaaaa....ape saje yg kamu suke saye suke...hehehe

    ReplyDelete
  7. seryesly, aku rs..cam ko tgh meluah perasaan ah.. waa..senorita!!! hihi..
    cool beb.. sbb tuh aku silent hset jek sesi ni,(smp aku luper ringtones aku lagu ape). even ym pon mmg invi wpon tercongok jek depan laptop.. hihi..

    sbb..klu aku rs nk bls, bley ah bls..klu rs tgh bz/mood tarak baik, wak donow jela.. opss..bocor rahsia lak..hahaa

    apepon, aku suke rukun negara kita..lalala (PM mesti bangga dengan aku, lol~)

    ReplyDelete
  8. hehehe..

    fez, sbb tu aku suka odibel ngan joey..at least odibel adalah sgt comel..ijai pon suke odibel..kitorg ni adalah geng2 odibel sedunia...

    cam takde kaitan ek tetiba ckp suka odibel,

    point aku is somting kita rasa cam mende2 kecik2 ni takde nilai sgt pon tapi sbenarnya evry single thing ada meaning in life..

    tgk se-satusaat buzz pon boleh buat renjatan..ia kecik tapi banyak2 kali buzz2 pon boleh hangus hati ye dak..hehe

    apa2 pon ia berbalik semula kepada niat anda untuk apa yang anda ingin sampaikan tu..

    if u r self centered..then kita buat sumting mengharapkan the end result spt apa yang kita hrpkan..cth org nak mintak tlg..just focus on wut she/he might get n terlepas pandang org yang ko nak mintak tlg..yang difokuskan pada apa yang diperoleh, bukan apa yang perlu dilakukan untuk memperoleh..kalau kita respect each other..semua org pon takkan jd self centered -->menghalakan fokus pada apa yang bakal diperoleh..

    ok aku macam dah jadikan blog ko ghete plak eh hehehe..

    *fez kata : nak ckp banyak2 sila tulis di belog senirik hehehhe

    takdela..apa2 pon kredit la tuk ko sbb mende2 dalam ni pon mende yang kita selalu bangkitkan time bersama2..makanya apa yang ko rasa, ia normal..somtime aku pon rasa mende yang sama..

    jumpa sok iAllah

    k tata take care salam

    ReplyDelete
  9. Yah,
    Audible 'Vacation' tu memang my favourite. Setiap kali akak bagi ko audible tu, ko akan mengamuk kan.."apa vacation vacation ni? Bising!"

    Ain,
    Sama je kita kan. Jangan nanti 'donow'kan panggilan dari kecemasan sudaahh.. :p

    Farah,
    Sila buat entri di blog sendiri. Hehe.

    "mende yang kita selalu bangkitkan time bersama2". Itu maknanya 'common sense' kan. Tapi terlampau common pun orang boleh terlepas pandang. Justeru, fazakkir, innazzikra tanfa3ul mu2minin.. wallahualam..:)

    ReplyDelete
  10. Assalamu3laikum, Fez.

    Setuju sgt2 dgn kamu. Selalu sgt kena macam tu. Kadang2, dari gembira2 buka sms, terus je geram. Geram bukan sebab apa, sebab macam terus redah je. Common sense la kot.. biasanya bg sms, akan bg salam, minta maaf jika gngu & tnya khabar.Then baru proceed dgn tujuan ditambah dgn smiley yg menyenangkan hati. Haha.

    Saya tak kira pun buat kat sesiapa. Senior itu wajib, lambang hormat kita pada dia & mereka lg bz (haha), & pada junior juga tetap ikut step tadi. Tapi, skrg ni kalau dpt sms, terus je nak itu ini dgn segera pula. Terus keluar asap dari telinga. Haha.

    Ok, meluah perasaan di sini pula.
    Kesimpulan : orang Timur kan berbudi bahasa & penuh dgn kesopanan. Heh.

    Wslm.

    ReplyDelete