Pagi Jumaat memang membahagiakan...:)
Banyak berita yang menarik hari ini. Ini dia SARI BERITA PENTING...
Dari BH,
Mahar dara, janda naik RM300
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menetapkan kadar mas kahwin sama rata bagi wanita yang kali pertama berkahwin dan janda sebanyak RM300 bermula 1 Januari depan. Pengarah Jais, Datuk Mohamed Kushrin Munawi, berkata kadar baru itu dibuat bagi menyelaraskan semula kadar mas kahwin di negeri itu mengikut perkembangan semasa.

Pengulas :: Bukan senang nak kahwin kan. Fizikal, mental, material semua perlu bersedia. Kalau dulu maskahwin RM80 pun, belanja kahwin dan hantaran dah beribu-ribu, inikan pula maskahwin dah RM300. Pasti membuatkan ramai termenung... Kawan-kawan, jangan demand...:)
Bekas tunang saman pegawai bank RM1j
SHAH ALAM: Seorang pegawai bank, Nor Daliya Mohd Daud, 34, disaman hampir RM1 juta oleh bekas tunangnya sebagai ganti rugi kerana memutuskan pertunangan mereka, lebih setahun lalu. Saman itu difailkan Pengarah Urusan sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, Mohamad Fahizul Khairi, 53, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana mendakwa tindakan defendan memutuskan pertunangan pada 21 April 2008 dan enggan serta cuai memulangkan wang yang disumbangkan mendatangkan kerugian, kemudaratan dan keaiban.
Pengulas :: Regardless sebab mereka putus tunang, hal saman-menyaman ni mungkin boleh jadi pengajaran buat semua. Pandai janji, pandailah tepati! Kasihan mereka yang jadi mangsa. Dalam hal ini saya sokong. Kalau putus tunang sebab nampak 'orang lain', saman jangan tak saman. Saman malu... (*_*)
Woods ada 13 kekasih, patah gigi 'diserang' isteri
ORLANDO: Senarai wanita yang dikaitkan dengan pemain golf Tiger Woods kini bertambah kepada 13 orang, lapor majalah Us, walaupun namanya belum dinyatakan, tetapi akan didedahkan sedikit masa lagi. Pada masa sama, satu laporan menyatakan pemain golf itu patah sebatang gigi dalam pergaduhan dengan isterinya, Elin Nordegren, selepas kecurangannya terbongkar. Woods dilaporkan 'ketakutan' pada malam beliau bertengkar dengan Elin sebelum meninggalkan isterinya dan terbabit dalam kemalangan di luar kediaman di Orlando, Florida.

Pengulas :: Padan muka!! Air tenang jangan disangka tiada buaya. Kesimpulannya, jangan jadi buaya, hargai apa yang anda telah sedia ada. Inilah akibatnya bila tidak mengamalkan Islam. Kewajaran poligami dipersoalkan, extramarital affair dibolehkan. Sudahnya haru-biru...
Menteri sokong haram burqa
PARIS: Lelaki Islam yang memaksa isteri mereka memakai pakaian menutup keseluruhan anggota tubuh tidak wajar diberi kewarganegaraan Perancis.
PARIS: Lelaki Islam yang memaksa isteri mereka memakai pakaian menutup keseluruhan anggota tubuh tidak wajar diberi kewarganegaraan Perancis.
"Ada beberapa kriteria asas yang kita perlu pertahankan. Contohnya, seseorang yang memohon menjadi warga negara Perancis dan isterinya memakai pakaian menutup seluruh badan adalah seseorang yang tidak berkongsi nilai negara kita. "Jadi, dalam kes seperti itu kita akan tolak permohonannya," kata menteri berkenaan kepada televisyen LCI.
Pengulas : Selama ini saya rasa tiada masalah dengan Nicolas Sarkozy. Tapi kali ini memang dia ternyata membawa masalah. Kasihannya umat Islam di France. Jom berhijrah beramai-ramai. Tinggalkan negara kuffar! Apa perkembangan terbaru kisah menara masjid di Switzerland ya?? Let's check it out!
Dari Utusan Malaysia,
Wanita lebih berjaya dalam pelbagai bidang – Shahrizat
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Golongan wanita kini dilihat berjaya memecahkan batasan jantina dan mengubah persepsi masyarakat mengenai keupayaan mereka dalam pelbagai bidang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wanita hari ini mendominasi 60 peratus daripada pelajar baru di universiti, memegang jawatan korporat serta berdiri seiring dengan kaum lelaki.
Pengulas : Ini bukan feminisme, tapi kenyataan. Lelaki sekarang kelihatan sudah hilang keseriusan dan fokus dalam hidup. Suka perkara yang mudah dan malas berfikir. Oh serangan bertubi-tubi kepada kaum lelaki ni. Maaf, bukan semua, tapi ada... Come on man, remember, "Arrijal qawwamuna 3la-nisa'"...
Sekian, berita pagi.
Selamat hari Jumaat.
::Jangan lupa baca al-Kahfi
((Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi) ))::
Terima kasih atas sari beritanya.. hhe.. :)
ReplyDeleteKak Ayu,
ReplyDeleteSama-sama kasih..:)