Tuesday, February 2, 2010

SBDH ::Part 2::

Oleh sebab saya sangat suka cerita ini, maka saya ingin me'review'nya di sini. Ia cerita lama. Saya fikir ramai yang pernah menontonnya.
Surgeon Bong Dal Hee (SBDH) - Korean Series yang saya rasa berbaloi ditonton!::

3 watak utama-Surgeon Lee Gun Wook (General Surgeon), Surgeon Bong Dal Hee (1st year surgical resident), Surgeon Ahn Jeung (Cardiothoracic Surgeon)



Ia menggambarkan kisah realiti kehidupan seorang doktor baru yang 'miserable'. Lihatlah bagaimana intern-doctor dimarah, dimaki, diherdik oleh specialist. Kena present di morning report, sampai menangis-nangis ditengking.
'Fatal mistake'..
'Silly-mistake'..

Antara adegan yang saya suka...
Apabila surgeon Lee Gun Wook bertanya Dr. Bong Dal Hee dalam 'morning report'. (See, bukan KAUH saja ada morning report. Han Geuk Hospital juga ada!)
"Give me 3 criterias to diagnose MI mentioned in Harrison!!"
(Harrison adalah buku rujukan untuk Internal Medicine)

Gaya dia bertanya sebiji macam gaya doktor 'specialist' bertanya medical student.
"Sebutkan apa yang Browse cakap" (Browse : Buku rujukan Surgery)
"Davidson cakap apa?" (Davidson : Buku rujukan Medicine)

Huhu... Sama!!

Bila kena marah, specialist akan cakap dengan nada hinaan...
"Are you a graduated medical student?"
"Which university are you graduated from?"
Ayat ni sangat biasa didengari! Pedas!

Saya suka...
Tengok kegigihan watak utama dalam cerita ini Surgeon Bong Dal Hee yang kuat semangat, tidak mudah putus asa walaupun berbakul-bakul dimarahi. Untuk adegan terawal, lihatlah betapa 'naive' nya dia. Sikit-sikit nak call senior resident, tanya macam-macam. Sampai tertukar prosedur untuk patient. It's real. Kesungguhan SBDH wajar dicontohi. Siang doktor bekerja, pada waktu malam jika tidak mempunyai kes kecemasan, doktor perlu buka buku, belajar, update pengetahuan dari buku atau medical journal! That's why bila melihat SBDH belajar tekun di bawah lampu mejanya, saya terus rasa bersemangat lagi untuk belajar seperti dia!


Saya suka...
'Love-story' among doctors yang dipaparkan dalam series ini. Dalam cerita ini, pada awalnya Surgeon Lee Gun Wook dan SBDH menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun mereka profesional. Yang salah tetap perlu ditegur dan adakalanya dimarahi.
Realitinya, kadang-kadang apabila kita leka bekerja, kita lupa perkara-perkara lain. Termasuklah hal orang yang kita sayang, hal perasaan dan sebagainya. Perasaan bukanlah segala-galanya. Begitulah kisah SBDH, akibat kesibukan, dia memang tiada masa langsung untuk 'buang masa'. Ada juga dikisahkan dalam cerita ini, hubungan seorang doktor yang tidak kesampaian akibat pasangannya tidak memahami kerjayanya. Hubungan mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya putus di tengah jalan. Pada pandangan saya sendiri, sukar untuk doktor bercinta seperti gaya orang lain bercinta. Mana tidaknya, kejap-kejap ada panggilan dari ER, kejap lagi nanti, ada pesakit V-Tach, esok, kena oncall, lusa out-station. Tiada masa untuk melayan angan-angan. Justeru, perlu saling sabar dan memahami.


Surgeon Lee Gun Wook

Saya suka...
Babak kekeluargaan yang digambarkan dalam cerita ini. Krisis timbul apabila ibu SBDH tidak mahu anaknya menyusahkan diri menjadi doktor. Akhirnya ibunya sendiri sedar akan cita-cita dan minat anaknya yang mendalam dalam bidang itu setelah melihat anaknya sendiri menebuk dada pesakit di tepi jalan yang didapati 'hemothorax', melakukan intubation dan sebagainya. Adegan ini sangat mengharukan.

Bab 'kurang' real dan 'kurang' best?
Ada juga...
Saya rasa tak real kalau doktor perlu menangis dan 'sentimental' untuk semua pesakit. Bukan tak boleh, bagus to put ourselves in other's shoes. Tapi jangan sampai 'affect mood' kita untuk bekerja. Boleh terganggu tu. Benar, kerja kita sentiasa berdepan dengan kesedihan, kematian. Tapi kita kena cekal dan bersedia menghadapinya! (Mau dehydrated agaknya kalau setiap kali jumpa pesakit mahu nangis.. Haha, ada ke dehydrated sebab menangis? :p)

Yang lainnya,
Saya tak suka Surgeon Lee Gun Wook (SLGW) apabila dia kelihatan tak 'certain'. Dia suka SBDH, tapi dia juga kelihatan masih sayangkan bekas isterinya (yang juga Dr Pediatrics kalau saya tak silap).
Ada satu adegan apabila SLGW menceritakan tentang kisah lama dia dan bekas isterinya, SBDH kemudiannya berkata, "Why this man has to be so frank.." (Saya rasa adakalanya kita tidak perlu buka kisah lama di depan orang yang kita sayang. Sebab ia boleh jadi sangat menyakitkan...T__T)
Lain-lain, saya memang suka SLGW ni. Cool..terutamanya dalam OT..:p



Ok penat me'review'. Tonton sendirilah, baru tahu dan dapat pengajaran...:)

::Saya rasa subtitle dia mesti budak medic yang buat. English yang baik tapi panjang-panjang. Kadang-kadang saya perlu pause sekejap untuk fahamkan..:p::

::Teringat kata-kata MC Program bersama delegasi Dr. Mashitah hari ini, "Kalau tengok cerita Korea, bukan saja untuk mendalami bahasanya, malah untuk kenali budaya sebab mana tahu ada rezeki kita untuk panjangkan dakwah kita ke sana! Huhu, very optimistic...::

6 comments:

  1. terkekeh ak tgk humiliation dr thadap students.
    sebiji mcm yg jadi kt alam btol.
    psycho!

    cerita ni real la mcm yg jadi kt btol2.
    house pn ok.
    code blue pn ok.
    apa tah lagik satu..yg hetty suka tgk cerita medic.cerita jepong.ak pn tk tau..

    tp,yg ni lagi real la..buku yg kita guna dia mention sama.kata2 mrh,sarcastic dia sama mcm dr buat..

    kes yg didiagnose common2..
    dan dia tnjuk mistake yg slalu dr buat..
    kalo mcm house diagnose dia tlalu complicated dan rare presentation.
    kalo code blue,ak rimas kot tgk si yamapi tu..haha =))))

    p/s:bape kali tah ak ckp btol2..hehe

    ReplyDelete
  2. Betul2. Kes dia 'common is common'. Appendicitis, cholcystitis, Aortic rupture.

    Code Blue? Best jugak. Apesal ko rimas tgok Yamapi? haha ada ke..Tak pasal-pasal dia 'tidak disukai'..:p

    Pendek kata, mmg sesuailah cerita utk jadi tontonan umum pelajar perubatan..

    ReplyDelete
  3. faezza, morning report kat hopital kajang juga ader yerrr.. d wad ONG.. maka sebenarnya morning report di setiap tempat juga adeee

    dia panggil pass over session, pagi2 pukul 8,kalau kad department ONG kajang

    tapi tak oernah la masuk.. sbb tak pernah on call kat sana.. n kite ni asik dok labour room je kejenye

    ReplyDelete
  4. huish..seronoknya mereview nih..akkpun minat gak tgk korean nih..cmna nk tgk nih?ada cd?hehe..

    mana yang elok , jdkan tauladan, mana yang tak elok,kita jdkan sempadan..

    ReplyDelete
  5. salam
    kalo jd dr ni mmg slalu kna marh ke...tension2~ blaja pon da penin kpala~ kna marh ngn lecturer pon da down gle..
    cter ni mmg best...ske tgk SLGW...code blue season 2 da kuar ^.^

    ReplyDelete
  6. Sarah,
    Kebanyakan hospital memang ada morning report. Harap maklum ye.hehe

    Ummu faqeh.
    Akk, cerita ni ada dalam harddisk kte.kalau akk nak tgok. Tak pastilah kat youtube ada ke x. Ada kot.. Oo akk pun suka tgok cte korea eh..hehe

    Faezah,
    Suka SLGW..:)Haa, CB2 dah keluar. Nanti klu ada masa boleh tengok..

    ReplyDelete