Yang jelas, pulang saja dari exam tadi, saya sedih dan sedikit 'frust'.
Soalan senang. Tetapi, gambar semata tanpa history. Cukup mengelirukan saya. Opacification pun boleh jadi abscess, boleh jadi cataract..(Doctor kata, history taking 85% boleh bawa ke diagnosis sebenar. Tetapi dalam exam kenapa tak disertakan case dan history??? So macam mana nak reach right diagnosis??) :(
Tambahan pula, hanya ada 7 slide. Jadinya 1 soalan mempunyai nilai markah yang tinggi.
Soalan tadi..
1. Glaucoma and drugs given.
2. Corneal abscess and it causes.
3. Hypopion and Anterior Uveitis.
4. Exotropia (Squint)
5. Drug Anti-cholinergic and cycloplegic.
6. Ptosis
7. Diabetic Maculopathy (Hard exudates confuse dgn drusen)
Rezeki betul untuk mereka yang dimurahkan rezeki. Bukannya tak terbaca. Semua tajuk di atas sudah dibaca. Cuma tinggal ingat tak ingat, terfikir atau tak terfikir. Itu saja. Itu sebabnya sebelum exam, banyakkan berdoa agar Allah memberi kita ilham dan menggerakkan hati kita untuk membaca tajuk yang mungkin keluar menjadi soalan. Saya teringat nasihat Kak Kim (senior JUST dahulu yang kini telah bergelar MO), katanya, kalau tengah makan atau rehat-rehat, tiba-tiba terlintas satu soalan atau perkara yang kita belajar, lekas-lekaslah 'recall' atau catat atau rujuk semula tentang tajuk tersebut. Itu juga mungkin salah satu ilham dari Allah.
Exam Ophthalmology pagi ini juga merupakan pengajaran buat saya. Sangat besar pengajaran ini. Dia tidak mahu saya terus leka dan asyik mengejar apa yang zahir (markah) dan melupakan yang tersirat (ilmu).
(Floaters : Deposits of various size, shape, consistency, refractive index, and motility within the eye's vitreous humour, which is normally transparent = common symptom yang kita sering juga alami. Tapi boleh jadi sight-threatening juga when associated with retinal or vitreous detachment)
Semoga Allah mempermudahkan urusan doctor menanda kertas kami. Semoga markah kami juga lumayan dengan izin Allah..
Rakan saya yang menduduki exam psychiatry semalam bercerita, sebelum dia keluar dari bilik exam, doktor bertanya, "Are you Muslim?"
Hairan juga saya. Kalau orang-orang awam yang bertanya, boleh dipercayai lagi kerana mereka jarang bertemu dengan orang Malaysia malah mungkin tidak mengenali Malaysia itu sendiri. Namun apabila soalan itu keluar dari mulut doktor yang mengajar kami, saya sendiri bingung untuk membuat rumusan tentang soalan itu. (Mungkin pada pandangan mereka, berhijab bukan bermakna muslim.)
(Al-Ahzab :59) Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai agar mereka dikenali (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Inilah pandangan rumah kami di Jordan di kala salji. Haha. Boleh percaya ke? Indahnya Irbid. Acah je, ni sebenarnya gambar rumah orang yang pertama kali main snow di Dublin. Dublin tak pernah dihujani salji sebelum ini. Rezeki dia sebelum balik, dapat main salji kan cik siti odah?? :p)
::Masa untuk berkeluarga esok di Hari Keluarga PERMAI::
PERMAI : Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid, satu persatuan zon bernaung di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM)
Salam..
ReplyDeletehaha..ptt la smgt suh tgk entry bru ni..ada gmbr rumah org dublin rupanya..(sejak bila pulak org jordan pn dok rumah pintu merah? hihi~)..psl exam ophtal tu..kte doakan fez dpt result yg cemerlang, gemilang, dan terbilang..ameen~ okie dokie, jgn tension2 k..slmt berhari keluarga esk..daaa~ =D
ct adah,
ReplyDeletewslm. amacam syok tak lagu khas? nanti bila dah tiba masanya boleh ana upload lagu tu beserta entry khas. :p
tgu jordan trun salji baru boleh letak gambar rumah kami yang tak kurang cantiknya..
semoga enti juga berjaya!