Monday, February 16, 2009

Squint @-@

Hari ini, seorang budak kecil berusia 5 tahun datang ke klinik Ophtalmology ditemani bapanya. Dia mengalami 'hypermetropia' (rabun dekat) dan 'squint'(juling).

Doktor pun melakukan Visual Acuity Test. Doktor menyuruhnya menutup satu mata dengan tangannya dan dia disuruh meneka gambar di hadapannya. (Test mata biasa). Satu-satu gambar ditekanya.

Sayyarah..
Hammameh..
Wardah..

Kemudian setelah selesai mata kanan, doktor menyuruhnya menutup mata kiri pula. Namun dia menekupkan tangannya ke atas kedua-dua mata. (Aii dik, camne nak teka gambar kalau dah tutup dua-dua mata gitu.) Tergelak kami dibuatnya.

Dia perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan 'squint'nya itu.

Kasihan..

Pembentangan seminar 'Gradual Loss of Vision' hari ini. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan.

Exam Ophtalmology Khamis ini. Lagi 3 hari.. Banyak gambar mata saya tak kenal lagi!! Jom study!

7 comments:

  1. Excellent postin and nice blog! Congratulations!!!!

    ReplyDelete
  2. ooo teka gambar bukan teka huruf...good luck 4 exam, jawb betul-betul tau...dari faheem

    ReplyDelete
  3. aah teka gambar. budak umur 5 tahun takut pula tak kenal huruf lagi. terima kasih doakan kami. dah lama pula rasanya tak bertandang ke sweileh. apa kabar agaknya kakak, faheem, yaya comel dan munsief ye. semoga sihat2 dan ceria selalu.

    ReplyDelete
  4. "..Kemudian setelah selesai mata kanan, doktor menyuruhnya menutup mata kiri pula. Namun dia menekupkan tangannya ke atas kedua-dua mata. (Aii dik, camne nak teka gambar kalau dah tutup dua-dua mata gitu.).."

    haha..comey la adik tu..xnk komen pjg2..keadaan kesihatan x mengizinkan..hihi..btw, all d best utk exam esk..=D

    ReplyDelete
  5. Salam Ceria..
    Kadang-kadang perkara yang mudah tu kita tak sangka kan. Rupa-rupanya ianya sukar untuk capai. Begitu juga sebaliknya. MOga anda berjaya dengan hebatnya..aminn.

    ReplyDelete