Saturday, February 14, 2009

PERTAMA '09 in memory

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana dengan kemurahan dan kasih sayangnya, Persidangan Tahunan Mahasiswa Jordan atau lebih dikenali sebagai PERTAMA berjaya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) buat kali ke3 pada tahun ini. Persidangan tahunan ini berjaya menghimpunkan sebahagian besar mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di seluruh Jordan di 4 mantiqah utama ; Irbid, Amman, Mutah dan Mafraq.

Menyingkap kembali detik sejak mula-mula program ini dirancang oleh Biro Pembangunan Minda dan Akademik MPPM, saya pada mulanya agak bimbang kerana ia merupakan program besar dan melibatkan tetamu luar negara, kami juga agak menemui jalan sukar ketika mencari AJK kerana ramai pelajar Jordan telah bercuti keluar negara ketika itu. Namun atas kesudian mereka untuk menerima tugas ini, committee lengkap akhirnya terbentuk dan kerja dapat dimulakan walaupun agak lewat.

Saya mendapat tugasan untuk membentang kertas kerja 'Feminisme dan Islam' bagi mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan. Namun disebabkan peperiksaan dan pembentangan seminar Ophtalmology pada hari Isnin dan Khamis ini yang lebih memerlukan perhatian, justeru pada mulanya saya menolak tugas tersebut. Walau bagaimanapun, pada malam terakhir sebelum pembentangan, setelah berbincang semula dengan rakan pengganti, Arda, saya rasa kasihan melihatnya yang tidak sempat melakukan persediaan secara rapi kerana baru saja berpulang dari bercuti di Mesir. Oleh itu walaupun agak berat hati, saya akhirnya bersetuju untuk membentang bersama-samanya dan persediaan untuk itu- mencari maklumat dsb hanya bermula pada jam 11 malam sehingga hampir pukul 2. Mata mengantuk sudah tidak dapat disengkang lagi. Pagi itu selepas subuh saya menyambung lagi, menambah dan mencari bahan-bahan tambahan untuk dibentang. Habis website Sister In Islam dan semua yang berkaitan feminisme saya cari. Maka pada jam 8.30 pagi hari Jumaat itu, selamatlah kami membentang. Pada mulanya saya rasa agak gugup apabila melihat pembentang-pembentang kertas kerja lain yang terdiri daripada ustaz-ustaz yang hebat, pelajar MA, wakil PMRAM dan sebagainya duduk di baris paling hadapan di dewan. Namun saya menyedapkan hati dan berpikiran positif saja. Doa saya, semoga kalam saya dilancarkan, dan pendengar boleh menerima dan faham apa yang saya perkatakan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Peserta juga menunjukkan respon yang baik berdasarkan soalan dan respon bernas mereka. Maafkan saya untuk semua kekurangan dalam pembentangan itu. Benar, manakan sama bidan yang terjun dengan penerjun profesional.

Yang paling istimewa program ini telah dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari sebahagian negara dari timur tengah - Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Pelajar Perubatan Mesir, Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Yaman, dan Arab Saudi. Semuanya hadir untuk membentangkan kertas kerja sebagai agenda utama dalam PERTAMA kali ini.

Setinggi penghargaan buat pihak MSD dan semua tenaga kerja PERTAMA kali ini yang memang telah banyak bertungkus-lumus sejak hari pertama anda dilantik sehingga terlaksananya program besar ini dengan jayanya. Hanya Allah yang bisa memberi ganjaran untuk usaha kalian.

Untuk 7 AMT JK PERTAMA yang di atas (Girls : Fathiyah, Arikah, Amalina n Su): You all worked so hard and managed this program successfully!

Biro Program : Alhamdulillah program berjalan lancar walaupun kita sedikit diuji pada hari kedua. Namun hasil kerjasama semua AJK dan MPPM, kita tetap dapat meneruskan baki acara di tempat yang juga selesa. Pengurusan masa juga baik. Good job Laila and the gang!

Biro Strategi : A special thanks to this 'biro' kerana kecekapan mereka sebagai elemen tulang belakang program ini. Resolusi yang mantap terhasil dari pengurusan strategi yang tersusun. Thanks untuk Aisyah dan kawan-kawan kerana sudi menerima jawatan ini walaupun pada mulanya biro ini kelihatan baru dan begitu asing sekali untuk kita semua. May Alah grant you His bless.

Biro Persiapan & Teknikal : Excellent. Kelihatan tiada kecacatan dalam program. Background slide menarik. Dewan, ruang solat dan makan disiapkan dengan baik. Thank's Dik Adah dan angkatannya!

Biro Penempatan & Keselamatan : Rata-rata pelajar mantiqah lain berpuas hati dengan pengurusan penempatan, pengangkutan dan khidmat muraqib yang cekap. Tilam dan bantal yang dipinjamkan juga sudah dipulangkan. Caya lah! Thanks Along dan AJKs!

Biro Publisiti dan Percetakan : You did well. Dengan kewujudan blog PERTAMA, dan promosi-promosi yang dibuat, program ini berjaya menarik peserta sehingga berjumlah +-300 orang. Kertas Kerja dan Booklet yang terhasil - Thank you Anis dan yang lain.

Biro Pendaftaran & Perhubungan : Biro yang turut bersusah-payah mempromosikan pendaftaran dan melobi program ini dikalangan pelajar. Terima kasih Cik Santun dan konco-konconya.

Biro Persegaran : Superb! Makanan sedap. Roti special, lauk ikan masak kicap, kari, lemak cili api dan ayam masak merah. Tidak lupa kuih-muih untuk VIP. Pastinya ramai biro-biro ini yang hampir saja patah pinggang menyiapkan santapan untuk hadirin. Nothing able to pay your work. Thank you orang dapur (Fida dan rakan-rakan)!

Biro Tugas-tugas Khas : Special thanks for this biro atas kerja-kerja rencam yang dilakukan. Hadiah, anugerah dan lain-lain -Thanks wawa and AJKs.

11 resolusi telah berjaya dicapai daripada program ini untuk MPPM dan semua mahasiswa realisasikan. So it is the time to work them out.

Seinfiniti penghargaan juga buat semua yang menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah memberi ganjaran untuk kalian semua.

“…dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perkara munkar dan permusuhan…”


Dewan penuh bersejarah - Al-Kindi. Suka duka PERTAMA di sini...


Dewan sementara - Solah Petra pada malam kedua...


Dato' Duta merasmikan upacara pembukaan bersama Pengarah Program


Photographer peribadi mensabotaj pembentang kertas kerja. aishh...

11 comments:

  1. ksian k.faezah xclear pic die..wahh..xsgke akk ade blog..sye dh jumpe.hehe...bes2.
    ala tp sygla sye xdpt tgk akknye presentation..nk crla vdeo tang akknye present.
    teruskan lg PERTAMA...seyes sgt bes.tahniah2 wt sume terlibat.huhu

    ReplyDelete
  2. salam fez!

    ptt la dirimu begitu bz sejak dua menjak ni..ada prog besar yg perlu di'handle' rupanya..hihi~ seronok kn pengalaman meng'organize' suatu2 program..wkt tu mmg rasa letih yg teramat..tp bila kenang blk, mmg pengalaman yg sgt manis..=D alahai, ciannya gmbr kna sabotaj..ada motif x cik photographer tu berkelakuan sebegitu? hihi~

    ReplyDelete
  3. lavenderpurple (siapa ye?),
    ruginya awak tak dapat datang masa akak present. padanlah ada rasa kekurangan.cewah..
    ala kulli hal, alhamdulillah satu program besar dah selesai. Program lain ada menanti. Terima kasih pada awak juga!

    ct adah,
    betul tu. masa nak melaluinya, memang susah. tapi bila dah selesai, nampak lega semua AJK. Photographer peribadi tu tak berniat utk sabotaj sebenarnya. Tapi dia malu nak ke depan. heh.. nama je photographer, tapi pemalu..(teka siapa dia)

    ReplyDelete
  4. nk teka..cik hetty kah? hihi~

    p/s: lepas mkn grapes, xde mood plak nk study mlm sbtu mcm ni..=P

    ReplyDelete
  5. haha..abis la hety ngamuk lepas ni.
    malam sabtu wat pe study.. haha. rileks2 di hujung minggu. wah nikmatnya. tak pun pergi farewell.(itula kerja dia semenjak dua menjak ni)

    ReplyDelete
  6. oh lavender purple,
    sory akk lupa, yati kan? ahlen2.

    ReplyDelete
  7. slm kak faezz..

    tahniah juga buat akk.

    nk tau ke ape part dlm pmbntngan akk yg pling rmai yg ingat?

    ape yg perempuan buat sume same dengan lelaki kecuali satu je.ape die? haha..

    key la..sje je interframe..haha

    slm

    ReplyDelete
  8. kak faezza,, tahniah2!! nk mik satu ayat dari kate2 tmbln pgrh 2.. "sy syg ajk sy", huk3.. sgt merindui pertama..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak YDPad MPPm..
    hehehe tahniah atas gabungan mantap ngan adda.. terima kasih juga memberi "penghargaan" kay kami a.k.a ajk kecik bawah biro resolusi yang diketuai piya bawah kelolaan aisyah sopian..

    pandai kak faezza ni buat kelakar ek areeqa.. kan kan!!! ^_^

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Bravo untuk Faiza, nape tak bgtau Faiza bentang kertas kerja...rugi betul k Ina tak pi.

    Tahniah untuk semua

    ReplyDelete
  11. Areeq,
    Wah itu je ke yang awk ingat?? heh. akak pun pelik gak masa tanya soalan tu, akk tengok ramai yang geleng. nape eh.. blur kot.. :p

    Cik Santun,
    Akak rindu juga..

    Ahiasah,
    wslm mantan KH. kalau tidak akak nak ajak awak juga bentang sama biar jadi trio wakil MPPM.

    Kak Ina,
    Tak sempatlah nak btau akak. Kalau akak datang, kita bagi laluan pada akak je yang bentang. :p

    ReplyDelete