Tamat 2 minggu round Dermatology saya. Perit juga dirasakan untuk minggu pertama subjek minor ini. Round klinik di hospital tidaklah men'tension'kan. But when it comes to seminar, i got some sort of tremor, fasting heart pounding and black-out. Teruknya 'medical student symptom' yang dialami.
Alhamdulillah kini saya sudah berupaya mengeluarkan differential diagnosis untuk simptom di kulit-kulit (walaupun tidak sehebat mana, tapi boleh laa). Maka hobi baru saya adalah meneliti setiap biji butir objek yang ada di muka orang.(yang sah di sisi syarak saja)
Masalah yang kerap kita jumpa di klinik adalah seperti acne vulgaris (jerawat), eczema (radang kulit), tinea (kurap kot), ptyriasis alba (panau).
Kadang-kadang kita melihat pesakit yang datang, pernah juga terdetik di hati. "Eleh, sikit je jerawat pun nak datang."
Tetapi kemudian bila pulang ke rumah dan melihat sebutir permata baru tumbuh di muka, kita akan mula gusar. Begitu juga dengan pesakit. Jerawat tersebut tidaklah mengganggu urusan hariannya secara total tetapi turut memberi kesan di dalam diri. Keyakinan kurang, segan, rasa tidak senang apabila bercakap dengan orang dan dalam masa yang sama orang asyik meneliti muka kita yang penuh dengan jerawat.
Teringat kata Dr Fawaz apabila ditanyakan tentang apa yang kita perlukan lakukan untuk masalah 'mild acne' atau masalah jerawat yang simple.
Katanya, "For me the best thing is not to do anything but for the sake of pretty face, we have to do something."
Betul juga. Kalau orang yang tidak kisah, pastinya ketumbuhan jerawat tidak menjadi masalah baginya. Tumbuhlah banyak mana pun, life has to go on. But for those yang 'particular' dalam penjagaan muka, sebutir jerawat pastinya meninggalkan tekanan yang hebat baginya.
Berikut sedikit info tentang jerawat atau pun nama saintifiknya Acne Vulgaris.
Gabungan faktor-faktor tersebut akan menyebabkan jerawat:
1. Pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihan.
Sebum sebenarnya penting untuk kelembapan muka dan sistem pertahanan kulit. Namun masalah jerawat tidak akan hadir dengan satu sebab ini saja.
2. Hormon
Hormon androgen dan juga beberapa hormon lain akan meningkatkan penghasilan minyak yang berlebihan.
3. Liang roma yang tersumbat.(cthnya: kosmetik)
Apabila liang roma tersumbat, sebum tidak dapat dikeluarkan dengan lancar dan ia boleh menjadi medium untuk pembiakan bakteria dan pengumpulan 'fatty acids'.
4.Bakteria (Propionibacterium)
Ia merupakan bakteria komensal (bakteria yang diperlukan untuk keseimbangan kondisi kulit). Namun apabila ia membiak dengan banyaknya, maka akan berlakulah 'immune reaction' dan penghasilan jerawat.
5. Genetik.
Klasifikasi Jerawat
Mild : White head and black head.
Moderate : Ada biji-biji merah atau nanah yang dikenali sebagai 'papule' and 'pustule'.(Saiz :<0.5cm)
Severe : 'Nodule' (Biji tersebut berukuran >0.5cm)
Contoh severe acne
Klasifikasi penting bagi memastikan rawatan yang berkesan.
Jangan biarkan masalah jerawat menghantui diri anda. Tidak apa jika orang lain menilai kulit muka kita tidak halus disebabkan banyaknya jerawat. Namun jangan biarkan sehingga keyakinan diri kita terhakis disebabkan masalah ini. Jangan segan untuk bertemu dengan doktor.
Hargai ciptaan Allah, jaga kurniaanNya.
Salam..
ReplyDeletewah, bestnya entry psl jerawat..gedebuk terkena kt diri sndiri yg penah memicit jerawat di malam raya sehingga menjadi bacterial infection dan berbekas berminggu2 lamanya..horror x? huahua..tp kn fez, kdg2 ada je org tu muka dia byk je jerawat, tp sejuk je mata kte yg memandang..cahaya keimanan yg memancar kot..hehe~ to put everyting into a nutshell, jagalah wajah anda kerana dirimu begitu berharga..hihi~
Jangan picit jerawat! Cewah, ye je cakap. padahal diri sendiri pun bukan boleh dok diam klu dah ada yang tumbuh.
ReplyDeleteBetul, ada orang yang kita tengok muka dia rasa sejuk dan hilang masalah. Seronok bila berjumpa kan. Muka embun pun gitu juga tak? :p
cerita pasal jerawat.. ada 1 kes ni cikgu cerita. anak murid dia meninggal dunia hanya sebab memicit jerawat.. masa tu ada jerawat kat pipi. dia picit jerawat tu.. yela, kat pipi kan ada pterygoid plexus yg sambung ke cavernous sinus kat brain.. masa dia picit tu terus jadi sepsis.. pastu lecturer ni pun marah kitorang kalau picit jerawat.. benda tu nampak kecik tapi bahaya sebenarnya.. kitorang pun insafla kejap..
ReplyDeletehuhu.. panjang pulak cite jerawat nih..
oh ya memang merbahaya kawasan segi tiga bermuda di muka ni. haha. apekah..
ReplyDeleteok thx amnah for sharing this info!