Jika saya ajukan satu soalan,
Berapa muka surat Al-Quran akan kita baca dalam sehari?
Dalam setahun berapa kali kita khatam?
Setahun sekali setiap Ramadhan saja??
Ada orang kata, biar baca sedikit, asalkan dihayati maknanya. Tidak mengapalah begitu. Tapi kalau dalam sehari tidak sempat untuk membacanya langsung? Boleh percaya ke? Satu hari ada 24 jam, untuk menghabiskan 1 mukasurat, tidak sampai 5 minit diperlukan.
Untuk lebih mudah, carilah Al-Quran yang mempunyai terjemah di tepinya. Selesai membaca ayat, kerlingkan saja mata ke sebelah untuk membaca terjemahannya.
Saya pernah berbual dengan beberapa orang rakan arab. Mereka sangat pelik jika kita mengatakan bahawa kita membaca Al-Quran setiap hari. Mereka sendiri akui bahawa sukar untuk memahami maksud ayat al-Quran tersebut justeru mereka jadi liat untuk membacanya. Walaupun begitu, ramai lagi orang Arab yang lebih istiqamah dengan bacaan al-Quran ini saya yakin.
Rasullullah meninggalkan kita Al-Quran dan As-sunnah sebelum baginda wafat untuk kita jadikan panduan supaya tidak sesat. Justeru zalimlah kita sebagai umat baginda jika tidak memperdulikan warisan itu.
“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara yang apabila kalian berpegang teguh kepadanya, pasti kalian tidak akan sesat sesudahku, yaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya”(HR Malik dan al-Hakim)
Saya mula belajar mengaji ketika itu umur 4 tahun mungkin dan khatam ketika darjah 2. Saya menggunakan sistem 'muqaddam' biasa. Jadi apabila melangkah ke sekolah rendah dan ustazah mula mengajar menggunakan sistem Iqra', saya rasa sangat mudah dan kurang mencabar. ewah.. Yelah, kita akan membaca ayat-ayat yang sama. Itu sebabnya senang. Kalau baca muqaddam, bahagian pertamanya sebegitu dan bahagian keduanya kita akan mula membaca surah-surah lazim. Namun yang paling saya ingat, ketika belajar mengaji dulu, selalu juga saya menangis kerana takut. Kami adik-beradik akan bergilir-gilir mengaji di hadapan abah, biasanya dimulai dengan abang saya. Disebabkan rasa takut, saya selalu kelu dan 'lupa'.Oleh itu, abah akan marah dan saya jadi takut. Maka gugurlah beberapa titisan air mata mengembang di atas muka surat muqaddam tu. Namun apabila berpindah kepada Al-Quran, bacaan jadi lancar dan saya pula yang minta dengan abah untuk baca lebih daripada 2 mukasurat setiap kali mengaji. chewah..
Walau bagaimanapun saya lihat sekarang, liat benar sepupu-sepupu saya yang cilik-cilik ini untuk membaca Al-Quran. Manja agaknya. Penat sedikit, cutilah mengaji. Pada pandangan saya, ibu bapa sepatutnya lebih tegas dalam mengajar anak dalam hal-hal yang melibatkan solat dan mengaji. Tegas, bukannya garang tak berasas. Supaya anak-anak lebih berdisiplin dan apabila dia besar kelak, dia lebih berdisiplin dan
sedar mengapa ibu bapanya mementingkan hal-hal tersebut.
Last but not least,
Sentiasalah mendampingkan diri dengan Al-Quran, jika kita diberi umur selama 40-50 tahun, namun tiada usaha untuk kita melazimkannya dalam kehidupan seharian, apatah lagi usaha untuk menghafaznya, alangkah ruginya.
ngaji Qur'an..waktu kecik,lepas khatam,sebok mintak mak buat kenduri..nk pulut kuning la..nk kek la..
ReplyDeleteak ada anak nanti,tk tahu la sempat ke tk nk ajar sndiri anak bc Qur'an..
skrg,kalo duduk kt kwsn bndar,mak ayah lepaskn tggungjwp mengajar,mendidik anak kt cikgu kelas ngaji,cikgu skola..
kdg2,mak ayah pn tk smpt dgr anak2 bc qur'an..
apa tah rupa kita nanti..
p/s:kita khatam umur sama..ko ada mkn pulut kuning tk?aku ada tau..haha
haha..msti la ada. wajik ngan bunga telur pun ada kot.ish sedapnya. pastu duduk atas bantal kan. dengan kawan-kawan dan sepupu yang mengiring mengaji bersama.
ReplyDeletekalau ko ada anak?? hmm.. kalau kawin ngan cikgu boleh je ngajar anak ngaji. dont worry ye. :p
.."Maka gugurlah beberapa titisan air mata mengembang di atas muka surat muqaddam tu.."
ReplyDeletealahai, ciannya die..smpai mata berkaca2 sbb mengaji..huahua~ kte pn ingat lg zaman kecik2 wkt ngaji dulu..suka ngaji ngan ayah sbb leh cpt abis..kalu ngan mak, btul2 lancar, bru alih muka surat..haha..truk kn kte..pk nk abis cpt je..
nnti dh ada anak, jgn la antar diorang gi klas mengaji, pengalaman mengaji bersama ummi n abi yg bakal mendewasakan mereka (poyosss gle ayat..hihihi~)