Tuesday, April 28, 2009

Anesthesia



5 perkara kenapa saya suka 'round anesthesia'.

1. 'Boleh bernafas'. Kelas hanyalah attend Operation Theatre (OT) dan seminar. which is akan habis dalam pukul 11 pagi setiap hari. Maka apabila pulang ke rumah, bolehlah berehat-rehat petang dan mengulangkaji subjek untuk final.

2. Bertemu dengan surgeon-surgeon idola dan melihat mereka bekerja secara live. Selama ini kita hanya mengenali surgeon di dalam round di wad. Belum kelihatan secara 'live' kepakaran mereka bekerja. Maka apabila masuk OT, boleh lihat skill mereka bekerja. Mana yang gelabah, mana yang garang. Saya paling suka masuk ke OT neurosurgery. Dr. Barbarawi dan Dr. Husam gemar meraikan pelajar, setiap teknik akan diterangkan kepada kami. Sejak hari pertama anesthesia, setiap hari saya menanti untuk attend OT Dr. Barbarawi. Kelmarin pembedahan dibatalkan kerana pesakit tiba-tiba dikesan hypertension. Hari ini, awal-awal lagi saya ke OT neuro dan melihat ada pesakit sedang disiapkan. Jengah ke fail, saya lihat dia pesakit Dr. Barbarawi. Oleh itu saya menunggu dari pesakit di'induce' sehingga dia 'recover'.

3. Semua doktor anesthesia 'benign' dan sangat baik. Resident pula kebanyakannya mahu memberi kerjasama apabila kami bertanya.

4. Merasa pakai scrub berjubah.

5. Dapat pengalaman baru yang sukar didapati dalam round lain seperti meng'canula' dan meng'inject' orang.


5 perkara yang saya kurang gemar dalam round anesthesia.

1. Kebanyakan nurse OT yang dijumpai garang. Semua kena tegur. Sana tak boleh masuk, sini tak boleh jalan. Pening kepala. Pada hal kita pun tahu je, barang sterile sememangnya tidak boleh disentuh. Memandangkan memang mereka berpengalaman, makanya, akur saja. Tak perlu layan kegarangan mereka.

2. Kebanyakan pelajar perempuan kumpulan saya tidak gemar masuk OT. Jadi, selalunya saya seorang saja perempuan di dalam OT. Segan tak segan? Memang segan. Tetapi namanya belajar, maka tidak boleh terlampau segan. Jika segan dan malu bertanya, banyak benda yang sepatutnya kita tahu, kita tidak tahu.

3. Seminar dibentang oleh pelajar tanpa alat bantu mengajar. OHP rosak, LCD dan lap-top perlu disiap sedia sendiri jika diperlukan. Memandangkan seminar hanyalah sejam, dan semua pelajar sendiri ala-ala 'malas' masuk seminar, maka ia hanya diadakan secara 'ala-kadar'. Jika tak prepare, boleh mengelamun dalam seminar.

4. Jika bernasib kurang baik, dapat scrub dan gown yang koyak. Takpe2. Janji sterile. (Yeke sterile...):p

5. Peperiksaannya 'oral'. Makanya perlu menghafal bertubi-tubi setiap anesthetic-agent. Kebaikannya, cara ini lebih membuatkan saya lebih bersedia untuk final.

::One thing saya rasa, kalau seseorang itu rasa dia cepat cemburu, jangan masuk OT untuk lihat suami atau isterinya (surgeon) bekerja. Betul kan Qilah?? :p::

::Being a surgeon -->increase risk of having DVT::

13 comments:

  1. hehe..ak rasa ko senang jeles la..ak tk kesah sgt..as long as dia tahu border..jgn dia pn naik skali sude(kata leh madu..apakah aku ni..)

    btw,itu la ak kata tdi..tunjukkan keposessivean selagi boleh..hahahaha

    ala,yg mcm aku ajar ko tdi tgh jln nk balik skola tu la..
    pd masa akan dtg,harap ko boleh praktikannya..=P

    p/s:the whole story is about anes..but I stressed more on the least thing u said..gatal ak ni..hehe

    ReplyDelete
  2. nurse OT mmg paling garang dlm sume murse kt spital...ahahahahahha
    yela taula sume tuh sterile....
    tp ttp kagom ngn nurse OT gak..doc perintah2 dorg jek..dorg tros amek tuh amek nih.tau sume bnde.cekap giler.

    ReplyDelete
  3. xphm aape kaitan cemburu ngn surgeon?har3

    ReplyDelete
  4. asma'..awk kena masuk OT utk tgk apa yg jadi..
    apply dekat org senang jeles je..haha

    aah,nurse OT mmg cekap

    ReplyDelete
  5. kilah,
    selalu threshold ko untuk semua bnda rendah dari kte. tp threshold ko tang ni tinggi sket plak. haha.
    nak tunjuk possess dan obsess eh? :p
    yang penting semua jaga hati dan concentrate pada tugas. makanya semua dapat dihindari. well3x.

    asma,
    awak kan dh banyak kali masuk OT. tapi may be x terperasan lagi kot. heh. tunggu kak qilah cite dalam blog dia apa kaitan2nya. :p. well, memang kagum la tengok nurse bekerja. laju je kan. mmg la, klu lambat confirm dh kena harsh.

    ReplyDelete
  6. huhu. so far y kt jmpa sorg je y garang banget tuh. Kalau nak ikut y lg garang & broca's + wernicke's area sgt aktif O&G kot. hee. my mom said so (pengakuan iklas misi neh? :P but i guess such comment applies to most nurses of old generation lah. nowadays,the newest generation are super latheef & nice :O

    lg 1, kt rs nurse tu just trying to make the best of her job, educating ppl the importance of precaution in OT. Since mcm doktor ajar, the ideal OT should have only 8-10 persons per time (decrease risk of infxn etc2) so ni kira dah masuk kes keperluan VS kemahuan? sy sbg pelajar pastinya nk y kemahuan tu since bukan mudah nk gain experience macam ni. so?

    p.s:anyway my mom is not a O&G nurse

    ReplyDelete
  7. cik semplit,
    memahami kerjaya nurse betul enti ni. nurse atau bidan kat wad bersalin memang tiada taranya.kadang yang bersalin sorang. arahan dia, satu wad dengar. (hiperbola ni. heh)

    kemahuan vs keperluan?
    Hm, 1 keperluan juga. kalau tak masuk, tak tahu pula propofol tu warna apa, nak inject time bila. nak harapkan semua belajar masa houseman? itu sebabnya graduan perubatan dicop 'tak tahu apa2'.

    ReplyDelete
  8. sekali lalu baca komen di atas ni ingatkan ko tulis cik sempit..aku tergelak sendiri..apsal sempit?.. rupanya cik semplit..payah nama meletop2 sangat ni..kan dah salah baca..apa pun tahniah kerana ko enjoy masuk OT..bila kita dah lalui semua rotation..ianya jd sgtla bermanfaat dan sgtla seronok..tetapi bg insan2 seperti aku..hari2 yang dilalui agak memilukan..sbbnya time tu tak tau menahu apa2..makanya tgk mende tanpa ilmu memang agak mumil..hehe..nak tanya apa pun taktau..lagi satu asyik kene suh dok kat bilik ONG..menambahkan kebosanan kerana 1.tak masuk rotation ONG lagi..2.kesnya adalah sama je lebih kurang..3.doc pun macam tak nampak ko ada kat situ, so tak rasa nak berkongsi ilmu sgt ehe.doc yasin asyik suh kitorg pegi balik bilik tu..makanya tak banyak blaja dr surgery2 yg ditengok..huhu..walaubagaimanapun cik faeza janganla kuathir dgn exam oral itu..kerana memang agak perit nak menghafal segala2 nya..tapi Allah itu Maha Adil..sekiranya anda berusaha gigih..yakinlah pertlngan Allah amatlah dekat..makanya soklan insyaAllah dapat dijawab dgn baik..Biiznillah..okla fez..moga sukses dalam oral tatata salam

    ReplyDelete
  9. hahahaha apekah ade skandal ke dlm OT..har3..

    ReplyDelete
  10. Panjangnya komen cik sambal. good luck for ur exams too!

    asma,
    skandal kalau x jaga hati ok. :p

    ReplyDelete
  11. salam..one thing yg saya tak suka pasal OT..tak leh pakai tudung..leher bukan aurat ke..terus batal cita2 nak jadi oral surgeon

    ReplyDelete
  12. wslm akk, oo y itu pun jadi masalah dkt OT di malaysia kan. kami yang kat jordan ni, alhamdulillah la, siap pakai jubah lagi. :p

    ReplyDelete
  13. OT kat cni best... tudung dibenarkan, tapi wajib la pakai cap tu.. (kene marah bile curi2 tak pakai cap.. abes kelepet tudung)

    tak tau nak bayangkan camne OT kat mesia..
    waaa... takleh pakai tudung langsung2 ke..
    but la tudung sterile.. hehe

    ReplyDelete