Friday, April 10, 2009

Dunia vs Akhirat

Apa perasaan menjadi seorang pelajar perubatan tahun 5 di JUST?

A. Tension
B. Enjoy the lifestyle. Being hectic all the weeks.
C. Bila lah nak grad ni...
D. Takmo pegi kelas hari ini boleh tak?
E. Craving for the weekend.

Apa jawapan anda? Kawan-kawan, sila jawab...
Jawapan saya adalah.. kesemua jawapan di atas : ABCDE.

Apa yang saya rasa, pasti turut dirasai oleh semua rakan. Ada 11 subjek yang perlu diambil dalam tahun 5. Major (Obs & Gyne - 9 jam kredit), Submajor (Family Med, Psychiatry - 4.5 setiap satu), dan minor (8 subjek yang lain -2.25 setiap satu). Pengklasifikasiannya adalah berdasarkan jam kredit.

Saya masih menyimpan buku panduan akademik yang telah disiapkan oleh AJK MSR (Minggu silaturahim) semasa mula-mula sampai di Jordan dahulu. Dalam buku tersebut, telah lengkap disusun jadual subjek yang akan kita duduki dari tahun 1 sehingga tahun 6. Setiap kali selepas habis semester saya akan 'tick' di tepinya. 2-3 tahun lalu, saya lihat masih banyak lagi kotak-kotak kosong belum di'tick'. Kini sekali lagi saya buka buku tersebut, hanya tinggal 4 kotak kosong yang belum ditanda. Menandakan tinggal 4 rotation saja lagi yang tinggal selepas tamat tahun 5 kira-kira sebulan setengah lagi.

Walaupun letih dengan 11 subjek dalam tahun 5 ini, ia menjadikan saya seorang yang lebih menghargai masa. Qilah selalu saja membebel, "Ko ni asyik study je."

"Haha. Sorrylah Qilah. Hobby I memang study. Nak buat camne.."

Bukanlah rajin, tapi setelah difikir-fikir dan ditimbangtara kesemuanya, jawapannya adalah.. saya memang kena belajar selalu.

2 minggu untuk setiap subjek minor adalah tidak mencukupi. Seminggu yang awal saja, baru nak dihafal dan difahamkan anatominya. Itu pun, hari-hari akan berdepan dengan doktor yang pelbagai ragam. Sindrom 'kulit muka menjadi tebal' sudah menjadi agak biasa. Haha.. Ini adalah sindrom jika tidak dapat menjawab soalan doktor di dalam kelas atau round. Maka, untuk mengelakkan mengalami sindrom ini, hendak atau tidak, kita perlu membuka buku setiap hari.

Ilmu Allah itu luas. Salah satunya dalam bidang perubatan. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk mengkaji bidang ini. Alangkah indahnya jika kita dapat menggabungkan aplikasi ilmu perubatan dan islam, dengan tujuan untuk menambah keyakinan dan iman kepada Allah. Bukannya susah. Cuma perlu berfikir sedikit dalam.

Jika kita menghayati setiap apa yang kita pelajari, setelah tamat satu bab dibaca, pastinya beribu kalimah 'subhanallah' telah kita lafazkan. Betapa setiap kejadian yang Allah jadikan itu, membuktikan kebijaksanaan dan kebesaranNya yang bisa membuat kita takjub. Subhanallah...

Contoh yang paling senang. Kenapa air kencing kanak-kanak lelaki yang hanya minum susu ibunya (najis mukhafffah) - hanya perlu direnjis. Dan air kencing kanak-kanak perempuan (mutawasitah) perlu dibasuh?
Jawapannya mudah. Perempuan mudah dijangkiti urinary tract infection, kerana urethra (salur yang menyambungkan bladder ke permukaan luar adalah pendek. Manakala, lelaki mempunyai kelebihan kerana 'male's urethra adalah lebih panjang'. Manakala air kencing pula boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Oleh itu, air kencing kanak-kanak perempuan perlu dibasuh bersih dan lelaki pula hanya perlu direnjis.

Contoh lain : Otot, tulang dan salur darah kita memerlukan koordinasi pergerakan yang secukupnya untuk berfungsi. Setiap hari kita perlu bergerak untuk memastikan sistem ini baik. Jika tiada pergerakan, edema (bengkak), Deep Vein Thrombosis (Salur darah tersumbat) boleh berlaku. Oleh itu, umat Islam beruntung kerana diwajibkan solat setiap hari (kecuali mereka yang berada dalam keadaan uzur. ) Pergerakan dalam solat mengandungi hampir kesemua 'full range of motion'. Flexion, Extension, abduction, adduction. Pergerakan yang dibuat secara tetap dan seragam ini baik untuk koordinasi tulang dan muscle kita. Manakala apabila melakukan pergerakan tersebut, pernah tidak kita terfikir, muscle mana yang digunakan untuk mengangkat takbir contohnya (biceps, corachobrachialis, brachialis). Muscle yang diguna ketika jari telunjuk kita diangkat ketika bacaan tasyahhud. (extensor digitorum). (Kalau salah beritahu ya. Saya recall saja pelajaran di dalam round ni.)

Oh sangat banyak jika saya ingin senaraikan perkara-perkara yang boleh menggerakkan hati kita untuk bertasbih memuji Allah apabila kita menghayati setiap perkara yang kita belajar. Lihatlah betapa beruntungnya kita diberi peluang.
Justeru saya tidak bersetuju apabila ilmu perubatan dikatakan ilmu sekular. Mungkin benar bagi orang yang tidak mahu berfikir.. Sangat rugilah mereka yang tidak mahu berfikir tentang kekuasaan Allah ketika sedang mengkaji struktur dan fungsi badan makhluk ciptaanNya ini.

Setiap hari kita ke kelas untuk belajar tentang ilmu perubatan. Tetapi ia masih tidak cukup jika kita hanya menggunakan kaedah berfikir untuk mengkagumi Allah. Kita tetap memerlukan santapan rohani (membasahkan hati, istighfar), ilmu fiqh (untuk membaiki ibadah), tauhid (meningkatkan kecintaan), sirah (sumber motivasi) untuk menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur dan bertaqwa.

Mungkin pernah saya sebutkan dalam entri saya sebelum ini - Kita hidup, tidak tahu entah bila hujungnya. Alangkah ruginya kita jika kita mati esok berbekalkan amalan dan cinta Allah dan Rasul yang sangat minima. Sedangkan kita telah diberi peluang oleh Allah untuk menyiapkan bekal sejak 20 tahun yang lalu. Bagaimana nasib kita di akhirat nanti...

::From the story of hectic life of 5th year med student to the fate of our life - Hopefully it is just suits the title 'Dunia VS Akhirat. and enough to compile the whole-week story as I didnt write any for this week yet before::

2 comments:

  1. ak tahu..setengah jam lagik ak masuk bilik ko..
    ko tgh bc paper..tp buku dh ready depan komputer..haha
    bwk bertendang..sket je lagik..
    pstu..insya Allah kenduri la kita.hehe

    ReplyDelete
  2. yeah sikit lagi!kalau kita ni diibaratkan tgh memanjat gunung, mesti agaknya dengan gigihnya berpeluh-peluh merangkak ke, berpaut pada pokok-pokok ke sambil berjalan, utk sampai ke puncak. (haha, hyperbola x). org lain pun belajar juga. tapi relax aje.
    akhir kata, lain orang, lain caranya.

    ReplyDelete