Friday, April 24, 2009

Sana sini

Jika di Russia hari ini, mahasiswa Malaysia di sana sedang berkumpul di Volgograd untuk menjayakan Volgames2009, pada minggu hadapan pula Karnival Sukan Mahasiswa Jordan (KARISMA) akan berlangsung di Mutah.

Saya berminat dengan kempen yang dianjurkan oleh Volgames sebenarnya, "Pembudayaan Riadah berlandaskan Syariah."

Apa yang cuba dibawa?

"Fair Play And Cover Your Aurat"
Pendek katanya, kempen ini menganjurkan para atlet agar memastikan dalam kesibukan bersukan, aurat perlu dititikberatkan.

Maklumlah kerap kali apabila bersukan, semua perkara boleh jadi dilupakan. Keselamatan, kawan-kawan, kepentingan dan keselamatan diri menjadi perkara kedua. Yang paling penting adalah menang... which is.. tak betul lah sebenarnya.

Yang saya perasan, logo Volgames ini semacam gabungan huruf 'V' which stand for Volgograd lah kot, dan juga gambar ala-ala keris. (Mungkin hasil gabungan dengan identiti penganjur juga).. :p. Tidak penting siapa penganjurnya, yang penting gaya penganjurannya tidak lari dari apa yang digariskan oleh Islam.

Logo Volgames2009


Ok, dari bumi Volgograd, Russia, kita kembali bersiaran ke Jordan.


Dan yang ini pula tentang KARISMA 2009 yang bakal berlangsung di Jordan. Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM).

Logo KARISMA 2009




Kita juga ada misi yang semua sudah sedia maklum. "Misi ukhwah". Dan kita juga mengharapkan pembudayaan riadah berlandaskan syariah.. which is.. perkara yang perlu dititkberatkan, waktu solat yang perlu dijaga dan banyak lagi perkara lain.

"Aurat"
Penting. Namun masalah mungkin menjadi kurang ketara kerana acara lelaki dan perempuan sememangnya diasingkan. Maka 'unlikely' lah untuk terjadi masalah 'orang sana' tengok 'orang sini' dan 'orang sini' tengok 'orang sana'. Anyhow, jangan sesekali 'this matter of aurat' dikesampingkan meskipun sesama jantina.

"Berhenti sebentar untuk solat berjemaah di atas padang atau court".
Sempurna jika ia dapat dilaksanakan, bukan? Itulah istimewanya orang muslim. Sesibuk atau sesemangat bagaimanapun kita dalam berpasukan, apabila tiba seruan menghadapNya, kita pasti kembali bersatu lalu meninggalkan sebentar dunia ini yang terlalu banyak melekakan.

Last but not least, Selamat bersukan semua. 'Towards a healthy lifestyle'!

::Good Luck kepada para pemain hand-ball. :p::

3 comments:

  1. ape yang aha? mau ikut saya pergi karisma?

    ReplyDelete
  2. semoga same2 dapat merealisasikan solat jemaah bersam-sama tengah padang nanti.. insyaAllah..

    http://www.youtube.com/watch?v=ZUeKMLtCABM&feature=PlayList&p=534FDBB24CD5F963&index=2

    ReplyDelete