Saturday, April 4, 2009

Sayu

Jumaat, 3 April.
Seusai memasak semalam, saya dapati.. ada 2 missed calls.
Klik.
~Unknown Number
~0800010

Sabtu, 4 April,
Setibanya di rumah sebaik kembali dari Mafraq bergegas saya menunaikan solat Asar.
Tiba-tiba saya teringat sesuatu.
2 missed calls..

Klik.
~Baiti Jannati
~Baiti Jannati

Ohh, saya 'missed' lagi.
Saya mengerling ke arah jam di dinding. 6.50pm.
Malaysia = 11.50.

Mereka pasti sudah tertidur.

Saya 'check' baki kredit.
1.700 JD.

Cukuplah nak panggil sekejap.

Lama telefon berdering, sabar saya menunggu panggilan berjawab.

"Hello.." Suara ibu sayup. Gayanya seperti terpisat-pisat baru bangkit dari tidur.
"Abah yang call tadi. Dari semalam lagi call tak dapat."

Hati saya terusik.
Mungkin sudah 2 minggu saya tidak berbual dengan abah.
Acapkali saya hubungi ibu pada waktu malam, abah masih di surau. Dan apabila leka berbual dengan ibu untuk 'update' berita terkini, saya terkadang hanya sempat bertanya khabar tentang abah. Jadi kerapkali juga saya tidak dapat bercakap dengan abah.
Saya kerap menghubungi ibu. 2 atau 3 hari sekali. Manakala abah pula, dia yang kerap hubungi saya jika dirasakan lama sudah kami tidak berbual.

Semalam dan hari ini, apabila saya gagal menjawab panggilan dari rumah, saya tahu, pasti abah yang mendail. Jika ibu, pasti dia akan menghantar SMS jika gagal menghubungi saya.

Tapi abah,.. Dia pasti akan hubungi sehingga dapat.

"Sorry bu, semalam tengah masak. Hp dalam bilik. So tak dengar."
"Tadi kelam kabut kejar waktu Asar sebab baru balik, ada program di Mafraq."

Kata ibu,
"Abah dah tidur"

"Oh yeke.. Abah rindu kot.." Saya jawab.

"Ha tu, abah dah jaga. Terkebil-kebil mata. Rindu bebenor lah tu." Ibu jawab.

Telefon diserah ke tangan abah.

"Kabare?" Biasalah abah. Jati diri jawanya masih menebal walaupun sudah lebih 20 tahun tinggal di kalangan bukan orang jawa.

"Waras.."

Perbualan kami berlarutan hampir 15 minit. Namun kredit saya tidak mengizinkan untuk kami berbual lebih panjang.
Akhirnya saya minta izin untuk mengakhiri perbualan.

Klik. Kedengaraan gagang telefon diletakkan.

Entri ini sepertinya anti-klimaks. Buntu memikirkan ayat penutup. T_T.. Sayu sungguh hari ini.

::Moral of the story : Fikirlah sendiri (Jangan asyik nak update gosip dengan ibu je. Kena rajin update dari abah gak::

3 comments:

  1. Hi, it's a very great blog.
    I could tell how much efforts you've taken on it.
    Keep doing!

    ReplyDelete
  2. slm.
    kak faezz..sayunye.. ape kate akk beli je a/k call gn internet.klo call umah free je..jimat duit n leh tepon slalu! hehe...

    ReplyDelete
  3. wslm. areeq..
    haha. nak promote eh. itu la nak beli juga plan nya. clear x.. klu clear boleh akk beli sedozen. haha.

    ReplyDelete