Dan.. bila pula anda mula menyertainya secara rasmi?
Pertama kali saya dengar ketika itu mungkin ketika di sekolah rendah. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Walaupun itu bukan acara kanak-kanak di sekolah, bahkan ia adalah acara yang saya rasa membosankan kerana hanya melibatkan orang tua dan membahaskan laporan, kewangan dan apa-apa peraturan yang saya tidak faham, namun, saya tahu ia adalah acara tahunan yang amat penting. Dan apa yang saya nantikan setiap kali ibu atau abah pulang dari mesyuarat agung ialah... hadiah cabutan bertuah. eheh.
Di SMKKKB, di KISAS juga begitu, setiap kali Mesyuarat Agung berlangsung, saya tak pernah ambil pusing. (Ha, Muktamar Tahunan BADAR di KISAS yang diwajibkan untuk semua hadir- ngantuk juga dibuatnya. Isk isk (~_~))
Pengalaman menceburi 'lapangan mesyuarat agung' bermula ketika saya tahun 1 di Jordan. Namun ketika itu, sukar juga untuk saya memahami format mesyuarat agung, apa yang dibentang, apa yang disahkan, apa yang dicadang, apa yang dibahas.. Semuanya saya rasa memeningkan. Namun seronok bila melihat para senior ketika itu bidas membidas hujah. Namun apabila sudah bergelar senior, biar kita pula yang 'mengkritik'! Ehe.. Tidaklah sebenarnya. Bukan mengkritik. Memberi cadangan dan nasihat sebenarnya.
Dan saya tidak akan 'miss' untuk hadir setiap kali mesyuarat agung. Kadang-kadang bukanlah hendak sangat mendengar pembentangan atau perbahasan, namun lebihnya kepada ingin memberi sokongan kepada sahabat-sahabat yang telah memegang jawatan dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan program.
Mesyuarat Agung Tahunan PERMAI 06/07 ketika saya memegang jawatan Ketua HELWI
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Badan Pentadbir (BP) PERMAI 2006/2007
AMT dan BP Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) 2008/2009
Perlembagaan persatuan?
Saya memang 'lemah abis la' bab-bab perlembagaan ini. Ayat perlembagaan yang skema itu memeningkan. Namun sehinggalah saya memegang jawatan Ketua Helwi PERMAI 06/07, barulah saya mula memupuk minat dan memaksa diri untuk membaca perlembagaan. Sedikit demi sedikit saya belajar. Ketika menjadi Timbalan Presiden MPPM, timbalan setiausaha dan bendahari tersayang, Mahfuzah dan Arda sangat banyak membantu memahamkan saya bab-bab perlembagaan ni. (Hehe, promote Mahfuz lagi ni..:p)
Perlembagaan boleh jadi memudahkan, dan boleh jadi juga menyulitkan. Itulah perlembagaan ciptaan manusia. Serba kekurangan. Bersyukurlah kerana perlembagaan agung dari Allah SWT yang kita ikut selama ini langsung tidak cacat dan 100% memang memudahkan kita menjalani kehidupan seharian. Subhanallah.
Mesyuarat Agung 2009??
Tahun ini, alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menghadiri 3 kali mesyuarat agung tahunan iaitu untuk Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM), Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) dan Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ). Tiba-tiba terfikir, mungkin ini mesyuarat agung terakhir buat kami, batch-batch perubatan MEP4, inshallah jika dizinkan Allah kami tamat belajar pada tahun hadapan. Tahun depan mungkin tiada lagi kedengaran di telinga-telinga kami suara-suara pengerusi sidang, tiada lagi kedengaran suara pengusul dan pembahas cadangan, tiada lagi suara-suara pengkritik dalam mesyuarat agung. Saya pasti akan merindui saat-saat kita semua bermesyuarat dan bersidang!
Kepada adik-adik yang masih lama lagi di sini,
Persatuanlah medan mengasah semua kemahiran yang kita perlu ada untuk menjadi seseorang yang serba boleh. Sebut saja, kemahiran apa. Memimpin? Mempengerusikan mesyuarat? Kera-kerja teknikal? Kerja-kerja persiapan dewan? Nasyid? Menyanyi? Memasak? Semua tersedia untuk kita cuba. Kenangan-kenangan dan pengalaman inilah yang bakal menjadi kenangan manis buat kita apabila tamat belajar nanti.
Apabila mengenangkan kehidupan saya yang mungkin tiada masa lagi untuk menyertai aktiviti-aktiviti sosial seperti ini apabila telah bekerja nanti, itu yang menyebabkan saya menggigihkan diri untuk meyertai setiap aktiviti persatuan. Menyeronokkan! Mengenali ramai orang, mendapat pengalaman baru, semua best!
Saya bangga melihat adik-adik dan rakan-rakan yang turut sama menjayakan setiap aktiviti persatuan. Seperti Mesyuarat Agung BKASJ tadi, walaupun ramai yang datang sebagai pemerhati kerana mungkin tidak membawa bersama perlembagaan atau dokumen mesyuarat, atau kerana malas menyertai persidangan, but actually it doesn't matter. Yang penting kehadiran anda, sudah cukup membuatkan para MT dan BP dan juga semua AJK berbesar hati! (Tepuk tangan untuk diri sendiri bagi siapa yang hadir tadi..)
Kepada semua yang bekerja (AMT, BP, AJK dan lain-lain),
Semoga anda beroleh thousands of experiences and May Allah grants you with His rewards. Ameen.. :)
All in all, entri ini sebenarnya sudah lama ingin saya tuliskan sejak habis AGM MPPM lagi. Namun kerana sibuk yang memanjang dan sehinggalah AGM BKASJ tadi yang mungkin saya rasakan ia AGM terakhir buat saya di sini, saya mencuri masa untuk mencoretkan sesuatu buat kenangan saya berpersatuan di sini...
Alhamdulillah..
Terima kasih semua... :)