Lokasi : Taman Safari
Sekumpulan anak-anak singa sedang bermain yang terdiri daripada abang-abang dan adik-adik.. Ibu bapa singa tinggal jauh di Hutan Amazon sana.
Sedang mereka asyik bermain, datanglah sekumpulan manusia, datang menghampiri mereka. Berklik-klik kelihatan 'flash' kamera dihalakan ke arah mereka.
Adik-adik singa mula takut dan bimbang kalau-kalau manusia tersebut akan menghampiri mereka yang comel ala-ala anak kucing itu.
Abang singa yang menyedari ketakutan si adik-adik singa mula mengaum. Walaupun ngauman abang singa ada yang gagah, ada yang macam tersekat-sekat seperti sesak nafas, namun ia cukup membuatkan si manusia teruja dengan ngauman abang singa tersebut dan langsung melupakan niat untuk menghampiri adik-adik singa. Abang-abang singa terus mengaum dan membuat aksi sarkas menarik perhatian manusia sambil adik-adik singa menyorok di belakang abang-abang singa berharap agar manusia itu tidak sedar akan kehadiran mereka.
Akhirnya, KLIK.
Lampu sarkas dinyalakan.
Dan adik-beradik singa terus dimasukkan semula ke dalam sangkar untuk tidur dan berehat.
Mereka menarik nafas lega...
"Terima kasih abang-abang singa."
"Terima kasih abang-abang singa."
Daripada adik-adik singa yang tidak pandai mengaum seperti abang-abang singa...
kenapa anak singa erk?
ReplyDeleteak rasa ini mcm personafikasi erk?
ko gantikan kuarga singa dgn manusia..
sape abg singa?sape anak singa?
p/s:ak nk jadi kakak singa boleh?haha
Kenapa anak singa? mungkin sebab mereka itu comel.
ReplyDeletePersonafikasi? Hmm, tak semua orang tahu.
Kakak singa? Sila tocangkan 'mane' dia dahulu kalau nak jadi kakngah singa.
cis ko..anak singa reti buat juga mcm abang singa la..
ReplyDeletebetter tau tk??
hahahaha..
mmg sangat berterima kasih dgn abg singa..
dan anak2 singa yg sama2 support masing2 utk kita survive masa tu..
kita survive..tk mati..tambahan,kita enjoy apa..haha
cuma,ada sedikit ketidak berapa sedapan yg berlaku..
tk apa,lain kali mungkin paham..
jom,esok g beli 'set kamera' satu...
flash..flash..click..click..
hahaha..
p/s:ak ingt kisah singa2an ni..hari ni dh dua kali ak gelak..sakit perut..
ye..aku paham..turut kagum dengan ke'concern'nan singa2 yang cuba melakukan sesuatu..juga kepada naga2 yang turut menyumbang tenaga..sbenarnya kita slalu pk ape yang org lain buat, tapi yang lebih penting apa yang kita buat..walau sedikit tapi yang sedikit kan lama2 jd bukit..hidupla untuk menyumbang dan menyelamatkan org2 lain..hidup singa2 dan naga2!!!jasamu dikenang dalam lipatan kenangan^_^
ReplyDeletelipatan kenangan?
ReplyDeletetkpe lah..aku prefer lipat baju ak yg basuh semalam kot..hahaha
lipatan kenangan terindah yg prnah kita ada spnjg 5 tahun lebih kot??hahaha
ye la..mungkin kita cm asik mkn je..tk nmpk apa2 yg bond kita sama2..
tp,dri mkn2 n perut kenyang..kita tau..kita concern dgn kita semua..
haha, ko memang lawak la dong...ape kes lipat kenangan vs lipat baju..lawak2 aku baca trus tergelak
ReplyDelete