Thursday, July 30, 2009

Cabaran hidup

Kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...
(Jika bimbang mati dibawa tsunami, jangan buat rumah di tepi laut...)

Kata orang lagi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
(Jika hendakkan sagu, korbankanlah tenaga dan tangan bisa tercedera ketika memecahkan ruyung...)
(Siapa tahu apa maksud 'ruyung'? Saya lupalah.. Periuk ke, tempayan ke??)

Apabila kita bersedia untuk menjalani kehidupan, ia bermakna, kita perlu rela menghadapi apa juga cabaran yang bakal datang dalam kehidupan ini.

Benar, kita tidak tahu apa yang ada di seberang sungai sana. Kita juga tidak tahu apa yang bakal kita tempuhi sepanjang perjalanan meyeberangi sungai itu. Namun,kita perlu ke seberang untuk menuju ke destinasi seterusnya. Justeru, mengelakkan diri dari menyeberangi sungai yang deras dan ber'buaya' itu akan melengahkan masa dan merugikan kita.

Fikir sebaiknya, bincang sebentar, dan solat istikharah mohon petunjuk...
Semoga didatangkan oleh Allah kepada kita ilham dan petunjuk yang akan memandu hidup kita.

::Pening tak pening baca entri ni?? Seni penulisanku kian meluput::

Sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu.
(Riwayat Muslim)


Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله
Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.
( Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)

"Ya Allah, aku tidak mahu bersangka buruk. Kurniakan daku keberanian untuk melalui jalan itu..."

No comments:

Post a Comment