Alhamdulillah, pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya juga, kita semua dipanjangkan umur jua dipermudahkan urusan selama setahun bekerja dalam MPPM (Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia) sesi 2008/2009.
Banyak kerja. Tapi saya mahu siapkan entri yang satu ini dahulu sebagai tanda penghargaan buat Team akhwat MPPM 2008/09.
Kenangan.. Timbalan Presiden 2
Saya sendiri tidak menyangka begitu cepat masa berlalu. Terasa seperti baru semalam, terdengar nama diumumkan untuk menyandang kerusi ini. Realitinya, telah kedengaran ucapan pembubaran saf kepimpinan MPPM 2008/2009 oleh Mantan Presiden MPPM
Terlalu banyak yang saya pelajari ketika memengang taklifan ini. Lain daripada pengalaman yang pernah saya perolehi semasa menjadi Ketua HELWI PERMAI dahulu. Pengalaman berharga dalam berpersatuan, berurusan dengan pihak kedutaan dan MSD, berkenalan dengan ramai kenalan baru dari keempat-empat mantiqah di Jordan. Yang nyata, saya bersyukur untuk segalanya itu.
Banyak yang ingin dicoretkan. Setiap figura dalam struktur organisasi ini mempunyai cara kerja tersendiri. Seronok dan alhamdulillah, mudah bekerja dengan mereka.
Timbalan Setiausaha Agung, Mahfuzah Azmilumur
Adik yang saya kenali ketika mula-mula berjiran dengan saya satu ketika dahulu. Kemudian, kami jadi lebih rapat apabila bekerjasama dalam persatuan ini. Dia rajin, cekap, dan tak banyak ragam. Boleh jadi adik, boleh jadi kawan, boleh jadi teman meluahkan kegeraman dan perasaan, (haha) dan yang seronoknya, boleh dibuli. :p. Saya rasa dia ni takde perasaan. (eheh, suka hati cakap orang takde perasaan). Tidaklah. Sebenarnya dia pun macam saya juga agaknya. Kurang berperasaan. Tidak mudah ambil hati. Itu sebab enjoy bekerja dengan seseorang yang bernama Mahfuzah ni..) Terima kasih Mahfuz. Semoga ukhwah ini selamanya berkekalan. (Undilah Mahfuz menjadi Ydpah MPPM tahun depan!) (~_~)
Timbalan Bendahari Agung, Rabiatul Adawiyah @ Arda
Saya mula mengenalinya sejak dia bergelar Timbalan Presiden Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan. Orangnya boleh tahan nakal, tapi sangat serius bila bekerja. Tegas dan berpendirian. Juga cermat dalam membuat kerja. Berbaloi dilantik menjadi Bendahari. Dia juga seperti Mahfuzah. Boleh jadi kawan, boleh jadi adik, dan jadi kakak juga. Dia akan pulang ke tanahair 15 Julai 2008 ini. Semoga Arda terus berjaya, dan sebarang berita terbaru, sila update ok.:)
Timbalan Biro Pembangunan Minda Akademik, Yaya.
Kita dipertemukan dalam MPPM kan, Yaya. Tiada masalah bekerja dengannya. Rajin. Apa yang diminta, akan disiapkan. Saya senang sekali bekerja dengannya. Dalam MEKAR, bakat barunya telah dikesan. Eheh. Terima kasih buat Yaya kerana sudi bekerja bersama kami. Semoga terus cemerlang di dunia dan akhirat.
Timbalan Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Farah.
Saya kira, dialah orang paling aktif di Mu'tah. Inshallah boleh dapat anugerah tahun depan ye Farah. Kini dia telah pun bergelar Timbalan Presiden untuk BKMNS (Badan Kebajikan Mahasiswa N9). Sebut apa saja majlis, pasti namanya tersenarai sebagai AJK. Kecil-kecil cili padi. Farah, terima kasih banyak-banyak. Semoga pengorbanan masa dan tenaga awak walaupun di tengah-tengah kesibukan exam akan diganjari Allah.
Timbalan Biro Pembangunan Ekonomi, Khairunnisa @ Kakcik.
Bak kata Ketuanya, kalau nak hire pekerja untuk syarikat, carilah dia. Nanti kalau ada rezeki akak buka klinik atau hospital, akak bolehlah lantik awak jadi penasihat bahagian ekonomi kan..:) Kerja Kak cik pun lancar dan cepat. Terima kasih Kakcik. Sambung belajar cepat-cepat ye, seperti yang awak cita-citakan.
Timbalan Biro Perhubungan dan Kemasyarakatan, Kak Ti.
Bukan saya yang paling tua dalam team MPPM. :) . Kak Ti sangat bersifat ke'kakak'an. Senang sekali berbual dengannya walaupun jarang bertemu. Walaupun terpaksa membahagi masa untuk 2 jawatan besar, terima kasih buat Kak Ti kerana dapat menyempurnakan tugas yang ada. Semoga akak berjaya di dunia dan akhirat.
Buat akhirnya untuk semua AMT, BP, ME PZ dan BKAN, semoga usaha kita ikhlas keranaNya, dan hanya Dia yang bisa membalas jasa kalian. Maaf untuk segala salah silap. Semoga berjaya!!
Majulah MPPM untuk Islam.
No comments:
Post a Comment