Pernah main telefon rosak semasa menyertai perkhemahan kecil-kecil dahulu?
Peserta diberi satu ayat dan ayat itu hendaklah dibisikkan ke telinga kawan bersebelahan secara perlahan. Orang lain tidak boleh mendengar ayat tersebut sehinggalah ayat itu dibisikkan sendiri ke telinga mereka.
Contohnya : "Pasha Ungu dan Rossa sedang berduet menyanyikan lagu Terlanjur Cinta."
Pusing punya pusing punya pusing, dari satu telinga ke telinga yang lain, sampai ke orang terakhir, terus kedengaran hasilnya..
"Pasha dan Rossa sedang bercinta."
"Pasha dan Rossa sedang bercinta."
Rosak maksud ayat. (Harap maklum : Pasha dan Rossa tiada kaitan dengan cerita ini. Hanya contoh sahaja)
Ini contoh yang sangat ringkas dan mudah yang saya sedang terfikir di kala ini. Lihatlah betapa ayat yang berlainan sekali maksudnya boleh berubah apabila disampai-sampaikan antara individu ke individu yang lain.
Macam mana sempurna dan jelas pun mesej yang dibawa oleh orang pertama, namun apabila banyak mulut yang memperkatakannya, Mesej sebenar boleh jadi 100% berubah. Hal yang tidak berlaku pun boleh menjadi bahan percakapan dan dipercayai pula oleh orang lain. Kasihannya pada mangsa keadaan.
Tak baik menyampaikan berita yang tidak benar atau tidak diyakini kebenarannya.
Wahai orang-orang yang beriman. Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya. Agar kamu tidak memburukkan sesuatu kaum kerana kejahilanmu, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu. (Al-Hujurat : 6)
Ayat ini saya kira mudah benar untuk difahami. Tidak semestinya berita dari orang fasik, berita dari sesiapa saja yang tidak atau belum diyakini kebenarannya. Siasat dahulu sebelum membicarakannya dengan orang lain. Kesannya? Allah sudah pun menyebutkan dalam ayat tersebut. Supaya kita tidak memburukkan atau mendatangkan aib kepada sesuatu kaum.
Ringkas.
Jangan percaya pada cerita yang bukan-bukan.
Semoga ayat ini akan jadi pengajaran buat kita semua dalam kehidupan.
astaghfirullah al azim..
ReplyDelete(smbil geleng2 kepala..)
publisiti,kontroversi berada di mana2..
ini baru commit dgn komuniti kecil..
akan dtg..ish..ish..(geleng2 kepala lagi..)
p/s:mush maakul
lepas 1 stage, ok kot. ehe. akid ko x faham stage ape. kali ni jangan tanya belakang tabir eh. haha. sila fahamkan. :P
ReplyDeletehurm2...
ReplyDeleteape y hurm2 ni asma'...
ReplyDelete