Sunday, November 29, 2009

C.I.A

C.I.A

Bukannya Cute Intelligent Attractive...

Tapi yang real punya, CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY.
Ini apa yang Wak Wiki cakap tentang CIA ::

The Central Intelligence Agency (CIA) is a civilian intelligence agency of the United States government.
It is an independent agency responsible for providing
national security intelligence to senior United States policymakers. The CIA's primary function is to collect information about foreign governments, corporations, and individuals, and to advise public policymakers.


Dari BH hari ini,


CIA 'kalut' cari ejen fasih bahasa Arab

IKLAN muka penuh CIA dilihat dalam akhbar Arab American News di Michigan, baru-baru ini.


Agensi beli iklan muka penuh akhbar, televisyen DEARBORN:

Akibat terdesak untuk mendapatkan ejen yang fasih berbahasa Arab, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat melancarkan usaha merekrut di sini, bandar dengan kira-kira 100,000 penduduk Arab Amerika. CIA membeli iklan muka penuh dalam akhbar berbahasa Arab dan di televisyen menyasarkan penduduk keturunan Arab-Amerika dan Iran-Amerika menyertai agensi perisikan itu. Perekrut CIA berkata, agensi itu terdesak memerlukan ejen yang fasih berbahasa Arab dan bahasa lain berikutan pemberontakan hebat terhadap askarnya di Afghanistan dan Iraq.

"Jelas, faktor itu menjadi sebab mengambil pekerja dari kalangan masyarakat Arab ketika perang berterusan di Asia Barat," kata Henry Medina, yang ditugaskan merekrut ejen di sebelah barat Amerika. "Kami akan merekrut orang yang ada pengetahuan, bahasa, linguistik dan budaya yang kritikal untuk memahami musuh," kata Medina ketika taklimat media menayangkan iklan baru agensi itu.

Satu iklan televisyen menunjukkan satu parti makan malam di sebuah rumah Arab-Amerika, dengan pencerita menerangkan: "Negara anda, dunia anda. Ia perlu dilindungi. Kerjaya dalam CIA." Ia menunjukkan parti dalam bangunan tinggi dan pemandangan Amerika dari angkasa lepas.

Iklan kedua memperkenal profesional Arab-Amerika - seorang jurutera, saintis, pakar ekonomi, peguam dan ahli akademik, kemudian menunjukkan mereka mengumumkan, "Kami bekerja untuk CIA." "Kami cuba untuk memperkenal latar belakang agensi yang sebenar. Kami tidak mahu orang lihat kami seperti diceritakan dalam filem atau novel perisik," kata perekrut CIA, Zahra Roberts. CIA, bagaimanapun, enggan mendedahkan kos kempen iklan atau bilangan warga Arab-Amerika yang mahu direkrut untuk bekerja dengan agensi itu.

Penduduk Arab yang berasal dari Asia Barat adalah lebih satu pertiga daripada keseluruhan 100,000 warga kota ini. Baru-baru ini ramai pelarian Iraq turut berpindah ke sini.

Di Warren Avenue, papan tanda dipasang bahasa Arab melebihi papan tanda bahasa Inggeris. Tetapi, ada yang ragu-ragu CIA berupaya merekrut warga Arab bekerja di agensi itu. "Ia bukan disebabkan kurangnya semangat patriotik. Ia adalah mengenai kesilapan dasar," kata Mohammed, 24, pelajar lulusan ijazah dari Libya ketika mengulas mengapa tidak ramai warga Arab berminat. – Reuters

******************

Orang arab, kalau tiada pegangan agama yang kukuh, kalau tiada rasa sayangkan bumi asal nenek moyang mereka, mereka memang mudah lupa diri...

Jika ditanya pelajar-pelajar dalam batch saya (Arabs), berapa ramai yang akan kekal berkhidmat di Jordan, pastinya majoriti bangga mengatakan mereka akan memohon untuk bekerja di US dengan alasan gaji untuk para doktor di Jordan tidak memuaskan!

Maka tidak mustahil juga, untuk mengejar gaji yang lumayan itu, ramai orang Arab, terutamanya yang mempunyai taraf warganegara US mungkin sanggup bekerja untuk CIA.

Orang arab mesti marah kalau faham apa yang saya cakap. Tapi biarlah! Betul apa...(Benar bukan semua, tapi ada...)

Saturday, November 28, 2009

Aidiladha

Aidiladha,
Kisah pengorbanan,
Kisah haiwan disembelih,
Seringkali menyempurnakan halwa telinga apabila Hari Raya Aidiladha menjelang.
Tidak lengkap hari raya ini jika kita sekadar berseronok-seronok meraikannya tanpa pengisian rohani.

Di sana,
Berduyun-duyun umat manusia tekun beribadah untuk menyempurnakan ibadah rukun Islam ke5 kepada Allah SWT.
Banjir di Jeddah,
Hujan lebat di Mekah,
Ia tetap rahmat juga dugaan buat semua.

Dan kami?
Masih meneruskan rutin hari raya seperti biasa, takbir dan tahmid diulang-ulang sebagai tanda syukur.
Syukur kerana masih hidup dalam Islam.
Syukur kerana masih bernyawa dan sihat.
Syukur kerana masih dikurnia akal yang waras...
Pasti gema takbir diselangseli dengan suara kanak-kanak di masjid akan menjadi kerinduan buat kami satu hari nanti.

Kali ini, dan mungkin yang terakhir kali , Masjid Fayha' menjadi pilihan kami serumah untuk menunaikan solat raya...

Thursday, November 26, 2009

Kenali ciri kanak-kanak pintar

Ciri-ciri POSITIF dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.


Ciri-ciri NEGATIF dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitif dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

::Sumber primari saya tak tahu ia dirujuk dari mana. Namun sumber sekundernya dari iluvislam.com.::

10 Zulhijah 1430H





Salam Aidiladha buat semua...
Semoga beroleh maghfirah dan rahmat dariNya,

Kullu 3am waantum bi alf 5er

Ikhlas,

NUR FAEZZA MOHD MOHTAR
JORDAN UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY.

Wednesday, November 25, 2009

Lengkapkan diri sebelum...

Cuti sempena raya haji dah mencecah seminggu walaupun belum raya-raya lagi. Lusa raya...
Insyallah raya yang terakhir di Jordan.

Bercakap tentang cuti, saya rasakan ia boleh dilihat daripada 2 perspektif. Boleh dikatakan produktif dan juga tidak produktif.

Kenapa produktif?
Kerana kami pergi menjalani latihan tarbiatul-aulad (pendidikan kanak-kanak) secara tak rasmi di Amman. (Wah, mantap je bunyinya..)

Dan...
Kenapa tidak produktif?
Kerana sampai sekarang saya masih belum sempat study. Ada lagi 2 minggu sebelum rotation di KAUH bermula. Dr Sulaiman Sweidan akid sedang menanti..T_T. Lagipun kesihatan macam tak selalu mengizinkan. Ada hikmahnya kami tak pergi jalan-jalan cuti ini. Kalau demam di Spain, haa.. mesti nikmat berjalan tidak dapat dirasai sepenuhnya.

Berbalik kepada kem latihan Tarbiatul-Aulad tu, poyo je sebenarnya..
Kami hanya menolong-menjagakan-anak-anak Ustaz Mujahid yang pergi menunaikan haji. Tak lama mana pun shift kami - 4 hari 3 malam saja.
Memandangkan saya dan Farah memang tak sempat beradik kecil, maka agaklah susah pada mulanya. Tapi alhamdulillah masuk hari ke 3 semuanya ok - under controlled. Yang paling kelam kabut adalah semasa kami ingin menyiapkan budak-budak kecil itu untuk ke konsert Rabbani di Jordan University. Memang kelam kabut menyiapkan budak-budak. Pilih baju, 3-4 helai sorang. Dan bila meraka sudah disiapkan, baby-sitter mereka pun perlu bersiap. Tak lama kemudian datanglah Kak Pah (salah seorang warga Malaysia di Amman) yang telah berjanji untuk pergi bersama-sama kami.

Tiba-tiba Kak Pah bertanya, "Beg baby mana?"
"Susu dah siap?"
"Pampers??"
"Bubur ke, biskut-biskut ke dah bawa??"

Haa??!!! Oh kena bawak eh? Ingatkan keluar sejam takyah bawa..huhu..(Ok ini memang common sense yang perlu dititikberatkan oleh ibu-ibu sebelum membawa anak kecil mereka keluar. Tapi ya ampun..., dalam keadaan genting waktu itu memang kami tak teringat langsung!) 'Bagus'kan baby-sitters ni.. Akhirnya kelam kabut lagi kami mencapai apa yang patut. Alhamdulillah Munsief sangat enjoy menonton konsert Rabbani. Siap goyang-goyang badan lagi. Good boy! Yaya pun best!

Yaya dan Ishin

Munsief loves his habit...


Memang comel

Dan lagi satu,
Ini adalah kali pertama sepanjang hidup selama 23 tahun, terjaga dari tidur dek tangisan kanak-kanak. (Memandangkan di rumah saya memang tidak pernah berbudak kecil, adik kecil tiada, anak saudara ape tah lagi...Sepupu-sepupu ramai, tapi mak diorang ada.. heee) Yang ini memang mencabar ok. Sekali lagi saya rasa sangat kagum dengan ibu-bapa yang mampu bersabar dengan kerenah anak kecil pada waktu malam. Tiba-tiba malam itu, terdetik soalan dalam hati, 'Erm, nak kena kawin ke camni..." huhu... Tapi bak kata Shaima, pengorbanan besar, ganjaran pun besar.

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (64:15)..

Alhamdulillah done...

Entri ini bukan saja-saja ditulis untuk bercerita. Tapi saya nak mereka yang membaca ini tahu, TANGGUNGJAWAB ITU BESAR. Kalau kita rasa tak mampu untuk berkorban untuk anak-anak, yang suami hanya mengharapkan isteri untuk bangun malam (bukan tahajud eh.tapi untuk menenangkan anak yang menangis), tak cukup ilmu agama untuk mendidik anak-anak, saya rasa baiklah dia melengkapkan dirinya sepenuh-penuhnya dengan bebanan dan rasa tanggungjawab itu sebelum melangkah ke hadapan. Kerana memang benar saya rasakan, tidak semua mampu menjaga dan mendidik anak-anak dengan cara yang sepatutnya.

Jangan kerana kejahilan kita, anak-anak menjadi mangsa, seterusnya mencalitkan kekotoran itu pada imej agama dan masyarakat.

Renung-renungkan!!

Friday, November 20, 2009

Selamat Beramal!

Tak tersedar kita sedang berada dalam bulan terakhir kalendar hijri 1430- Zulhijjah...
Kita bekerja dan belajar seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan kita beribadah seolah-olah esok kita akan mati. Di situlah penghayatan ibadah sebenar dapat dicapai sekiranya kita menganggap ibadah tersebut merupakan ibadah terakhir yang mampu kita buat sebelum pulang ke pangkuan Ilahi. Justeru, jika sedemikian, 'fastabiqul khairat' (berlumba-lumbalah berbuat amal kebajikan) kerana kita hidup untuk mati. Rebutlah peluang keemasan yang telah banyak Allah dan Rasulullah janjikan buat kita. Pokok pangkalnya, hendak atau tak, rajin atau malas, kuat atau lemah... Tepuk dada tanya iman!!

Banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan 10 hari pertama dalam bulan ini.

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).


Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).


Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).


"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Mahu menambah amalan?
Jom lihat amalan khusus yang sunat diperbanyakkan pada 10 hari pertama Zulhijah!!

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah.
Sabda Nabi SAW : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga.

2. Berkorban
Allah SWT berfirman وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

3. Berpuasa
Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.


Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

4. Bertakbir
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai.
Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya, takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Tunggu apa lagi??
Selamat beramal!!


Sumber bacaan :
http://www.zaharuddin.net/
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2060

Monday, November 16, 2009

Comel

Cuba teka, siapa nama baby yang sangat comel ni??

(Baby ok, bukan Bibies..Kempen anti-Bibies masih berjalan..Huhu)


A. Musa

B. Zakaria

C. Yahya

D. Isa



Saja suruh teka nama dia..

Sebab saya rasa inilah pertama kali saya mengagah bayi dengan memanggil namanya yang sangat dewasa. Comel kan..(~_~).




Budak comel ini ditemui di Amir Rasyid Military Hospital, Eidoun (Mustasyfa Askari).


Baby hari ini, sebelum di 'discharge'....

Semenjak dua menjak ni, rasa asyik nak bergambar je di semua tempat. Hari tu bergambar sakan hari terakhir di Princess Rahma Pediatric Hospital. Minggu ini di Military Hospital pula..


Maklumlah setiap saat bakal jadi kenangan satu hari nanti...


Jawapannya :: Baby Zakaria..~~ Heheh.


Saturday, November 14, 2009

Demam tempe...

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta



Ok, cerita ni memang best. Lagi best dari Ayat-ayat Cinta kot..(Bak kata Qilah dalam AAC, Fahri nampak lembik). Dalam KCB ni, Azzam memang berjaya membawa watak dengan baik. Jika dari novel saya lebih suka pada watak Furqan yang digambarkan sempurna pendidikan, kaya.. Namun dalam filem ini, saya memang lebih suka pada watak si penjual tempe, Khairul Azzam. Dia nampak tegas, abang yang baik, dan lain-lain lagi...

Scene yang paling best, dan yang paling saya suka adalah ketika Azzam, Anna dan pemandu teksi di Mesir mengejar bas yang dinaiki oleh Anna. Kelakar... Malas saya nak bercerita semula. Tapi cubalah untuk menonton. Memang best!

Filem ini menerbitkan rasa rindu saya pada Alexandria, sebuah kota yang pernah saya singgah suatu ketika dahulu. Alex memang cantik.. Di mana ada lautan, di situ cinta saya berputik.. (wek2...)

::Mahasiswa Azhar, penjual tempe dan bakso wanted... Hetty mesti marah dengar ayat ni .. haha:) ::

Tuesday, November 10, 2009

Bila Allah utus sang lebah...

Langit tak selalu cerah... Sesekali Allah turunkan hujan, meskipun cuaca suram, ia tetap bagi rahmat untuk sekalian alam...

Hari ini seawal jam 10.30 pagi saya telah kembali dari hospital. Tidak sengaja, lebah kuning-hitam 'tersengat saya'. Sebaik saja ingin duduk di Morning Report Hall pagi ini, saya rasa seperti satu tusukan yang tajam, pedih dan membuatkan saya terenjat bak terkena elektrik. Saya lihat di pergelangan tangan ada beberapa bintik 'petechiae'. Sakitnya mencucuk. Saya pegang pergelangan tangan saya, terasa kebas dan panas. Saya bertahan untuk menghabiskan MR pagi itu. Tangan kanan semakin sakit untuk menulis.

Tamat saja MR, saya terus ke ER. Doktor tidak kelihatan. Saya terus ke tingkat atas dan berjumpa dengan salah seorang MO. Doktor terus bagi arahan pada nurse IV hydrocortisone dan IM epinephrine.

IM selesai diberi. Sakit di tangan masih terasa. Kata nurse, '1 more for IV'. Kali pertama dia mencuba di bahagian right flexor of the arm, darah tidak keluar, menandakan ia bukan tempat yang betul diikuti dengan bengkak serta merta dan biru. Satu vein telah dirupturekan di situ. Dia cuba tangan kiri pula. Juga tidak dijumpai. Dia terpaksa menukar ubat yang telah bercapur dengan darah dalam syringe tadi. Cubaan ketiga di tangan kanan semula namun masih tidak berjaya.

"Wallahi gharib.." (Pelik ni..) Nurse menggeleng kepala.

5-6 kali cubaan di kiri dan kanan flexor arm tidak berjaya. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya dicucuk serupa itu. Saya rasa mula pitam dan segala isi perut terasa seperti mahu keluar. Kata Qilah, muka saya pun dah pucat lesi.

Akhirnya nurse kata, "Aku nak try canula, kalau tak aku panggil doktor.."

Bapak susah nak cari vein mengalahkan budak kecil. Rasanya ini semua disebabkan vasoconstriction akibat mild hypovolemic yang saya alami since decrease intake 2 days back and history of diarhea and nausea...Lagipun rasa memang macam dah anemic. Minta Farah air, mulut pun dah rasa kering.

Kemudian baby canula pun cuba dimasukkan di bahagian extensor hand. PERFECT. Darah tak keluar. Sekali lagi bukan tempat dia. Badan saya dah menggigil dan sejuk. Nurse pun cakap, "Tangan kau dah macam salji sejuknya..

"
Dan cubaan terakhir sebelum saya sendiri yang surrender adalah di pergelangan tangan. Alhamdulillah. It's truly perfect. Darah keluar melongsor dengan cantiknya. IV Hydrocortisone di'inject'.. "Salamtik, sorry to put you in pain." Nurse kata..

Sebaik saja telah diinject, maka terkeluarlah segala isi perut sarapan saya pagi ini.. Ada kesan bengkak dan lembam biru di semua tempat cucukan. Bukan satu vein rupture. Semuanya menyakitkan. Tempat sengatan lebah tadi pun masih mencucuk. Pergerakan terhad.
Menangis bukan sebab sedih, tapi sebab sakit. Farah pun dah nak pitam melihat saya dicucuk. Tiba-tiba terus rasa mengantuk tanda kurang oksigen berkualiti sampai ke otak akibat banyak darah hilang. Hb saya pun bukanlah sekuat mana. Baik berehat sekarang..

Saya bercerita di sini supaya para doktor atau nurse dapat merasai apa yang pesakit rasa bila dah 7-8 kali dicucuk. Jangan syok sendiri mencucuk dengan agresifnya. Kadang-kadang kita lebih 'eager' untuk mencuba padahal tidak yakin darah akan keluar atau tidak dari situ. Saya teringat salah seorang nurse di wad 5 berkata, "Saya tidak akan cucuk-cucuk try kalau tak yakin itu bukan tempatnya.." So that ia tidaklah menyakitkan pesakit.

Namun jika patient yang datang bertaraf 'shock' dan perlukan rawatan segera, cucuk sajalah. Jangan takut-takut. Nyawa pesakit lagi penting dari kesakitan sementara itu...

::Alhamdulillah, thank you Allah yang telah mendatangkan lebah untuk memberi peringatan. Kepada sang lebah, nanti kau, aku picit-picit nanti! heh....::

Aaaaaaa.. sakitt.......(T____T)

Glosari (untuk pembaca bukan doktor atau pelajar perubatan):

MR : Morning Report
IV : intravenous (masuk darah dalam salur darah)
IM : intramuscular (cucuk je mana-mana di daging yang sedap.. heh)
Canula : jarum yang dipasang untuk masukkan air / ubat pada badan pesakit di dalam wad, bukan syringe biasa.
Hb : Hemoglobin (Bahagian dalam darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan)
Petechiae : Bintik kecik warna merah di kulit.

Monday, November 9, 2009

Elektif @ HDKKB

Oh, bila ada beberapa orang kawan telah pun membeli tiket untuk balik ke Malaysia raya haji ni, hati pun jadi cair rasa bagai 'nak ikut sama'. Cuti 2 minggu akan datang ini agak lumayan. Namun jika tak pulang, dan terus mengumpul 'harta' dalam bank pun bagus juga.

Masuk minggu ketiga Pediatrics, sehingga hari ini masih belum ada seminar lagi kerana seminar hanya akan bermula esok. Maka kami akan berpetang-petang di hospital lah nampak gayanya.

Bila kelas bermula, meskipun waktu tidak 'pack', namun ketensionan tetap terasa. Masa terasa banyak (jika tiada oncall) tapi untuk belajar dengan tekun, sememangnya ia memerlukan azam dan ketekunan yang tinggi.

Terkenang lagi hari-hari di Malaysia. Meskipun agak tension memandangkan terpaksa menjalani elektif dengan 'punch-card 8-5' setiap hari, namun ia tidaklah memberi tekanan yang hebat pada hidup. 'Punch card 8-5 hari-hari pun, tapi kalau tiada kerja, tiadalah gunanya..

Maka rutin punch card saya pun bermula di Hospital Kuala Kubu Bharu...

Seawal 7.30 saya keluar rumah untuk memastikan kereta saya mendapat parking yang terbaik. Maka punch in memang tak pernah merah. Tetapi untuk punch-out, untuk dua hari yang pertama, masih tiada mood untuk duduk di hospital. Suasana yang sangat baru dirasakan kurang selesa. So dengan selambanya pukul 12.30 tengahari saya dah punch-out. Maka dapatlah warna merah di punch card saya.
Hari pertama saya tak perasan, jika balik awal, kita akan dapat warna merah pada punch card tersebut. Apabila pulang ke rumah, abah tegur, "Apesal balik awal hari ni?". "Saja, boring.." saya jawab. Abah kata lagi, "Habis, merah la punch card."
Saya baru teringat punch card saya sebentar tadi. "Aah la merah!" Gelabah sekejap apabila mengenangkan punch card tersebut dikatakan akan dicek oleh pengarah hospital.

Hari kedua pula, merah lagi, tapi kali ini terhormat sedikit kerana berjaya bertahan sehingga jam 4.00pm. Saya terpaksa balik awal hari itu kerana ada tetamu di rumah. Makanya perlu membantu ibu yang tentu-tentu keletihan pulang dari sekolah.

Hari-hari seterusnya, saya terus bernekad untuk menghitamkan punch card saya. Maka bermulalah rutin seorang pelajar elektif yang skema 8-5. Pagi - review vital sign pesakit, morning ward round, buat BSP (Blood sugar profile), observe and assist labour, attend O&G specialist clinic every Monday, Pediatrics clinic on Tuesday and FMS on Thursday.. (FMS = Family Med Specialist). Breakfast campur lunch sekali bersama kakak-kakak nurse yang baik hati.

Dalam banyak-banyak aktiviti, yang paling menyeronokkan dan memberi kepuasan adalah apabila menyertai klinik pakar. Banyak yang dipelajari. Banyak juga kerja. Sampai haus-haus menahan dahaga tak sempat nak minum akibat ramainya patient. Saya membantu doktor pakar mencatat rekod dalam fail pesakit. Dah la mereka menulis laju, bercakap laju, tulisan cakar, lenguh juga lah nak buat semua benda jadi laju. Duduk bangun duduk bangun review ultrasound dan catat finding. Ambil B/P untuk pre-eclampsia patient, buat P/E. Tapi yang bestnya bila doktor pakar tersebut menghargai kerja kita, " Wah senanglah saya kalau selalu ada pembantu macam ni.." ;) Best, best..

Ha, ada satu hari, saya berklinik bersama Dr Goh, O&Gist dari Hosp Selayang. Sedang dia melakukan Ultrasound ke atas seorang pesakit, dia bertanya saya,

Dr. Goh : Faezza, are u married?
Me : No, not yet la dr. Why?
Dr. Goh : Do you have boyfriend by the way?
Me : (Takkan nak buat pengakuan yes or no kat sini kan..:))
Dr Goh : Anyhow take my advices. First, do not marry until you finished your houseman. And 2nd, do not marry a doctor. (saja kasi terang..:p)
Me : ?? (Mari pengsan bersama..lol)

Dan dia pun menjelaskanlah kenapa dia berfikir sebegitu. Tapi pada saya, hal-hal sebegini memang subjektif. Terpulanglah kepada individu masing-masing. By the way, thank you Dr Goh and Dr Yu dari Hospital Selayang.

Untuk elektif kali ini, saya baru tahu, perjawatan jururawat-jururawat sekelian. Yang bergaris biru- jururawat terlatih yang kita panggil biasanya staffnurse. Yang ungu, jururawat masyarakat. Yang hijau - bidan. Yang merah assistant staffnurse kot.(kalau tak silap. Ingat-ingat lupa..). Yang beruniform biru - Sister. Yang besar lagi dan tidak pernah dijumpai di HDKKB - matron.

Terima kasih kepada kakitangan Hospital Daerah Kuala Kubu Bharu, terutamanya Dr. Azran (MO yang paling cool), Dr Sevu, Dr. Lidya, kakitangan wad 5, klinik pakar, Jabatan Pesakit Luar, batch pelatih jururawat masyarakat dari Kolej Kejururawatan Port Dickson (Kak Ila, Teha, Aying, Kak Yam, Nanthini, Yosh), makcik kantin, pakcik dan makcik guard, makcik cleaner dan semuanya yang telah berjasa dan banyak membantu.




Entah apa-apa istilah "Pelajar Latihan Industri".. Terasa macam industri mengimpal logam.. hehe


Sunday, November 8, 2009

Sesungguhnya engkau tahu...

Siapa rajin, kliklah 'play' pada kolum 'Let's listen' di bahagian bawah kiri blog ini...

Ada sebuah lagu 'best' yang saya kira bisa menggetarkan hati mereka yang menghayati nilai sebuah persaudaraan, persahabatan, dan perhubungan...



Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam

Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela





( 8:63 ) Dan Dia (Allah) lah yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allahlah yang telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Maha perkasa lagi Maha Bijaksana...


Agak lewat juga saya dapat belajar menikmati harga sebuah ukhwah. Perkataan 'ukhwah' itu memang pernah saya dengar sejak kecil disebut-sebut oleh abah, oleh ustaz, oleh ustazah.. Namun ketika itu saya kira, semua persahabatan adalah ukhwah. By it means, mungkin benar. Tetapi nilainya??

Di KISAS, selalu senior-senior mem'brainwash' kami pelajar junior, "Mana ukhwah adik-adik??" Sampaikan ayat tersebut sudah terlalu sinonim dengan kami dan selalu juga kami ajuk-ajukkan di dalam kelas, di dewan makan, di kantin.. (Hehe, kurang asam betul).. Saya rasa tetap sama.. Semua persahabatan adalah ukhwah...

Namun... apabila saya diperkenalkan dengan usrah semasa di tingkatan 4, saya mula sedar, di mana nilai sebuah ukhwah... Saya tidak silap sebelum ini. Benar persahabatan adalah ukhwah. Tetapi 'nilai' sebuah ukhwah tidaklah dapat dinilai dari persahabatan tersebut.

Ukhwah tidak bernilai jika tiada kasih sayang, ukhwah tiada nilai jika tiada rasa susah bila melihat sahabat kita susah, ukhwah jadi lesu jika tiada 'nasihat-menasihati' dalam persahabatan, DAN.. ukhwah mungkin tiada makna, jika tiada janji antara mereka untuk sama-sama hidup dalam Islam dengan doa untuk bertemu di syurga.

Saya akui, sayang sahabat seusrah itu lebih kerana kami berkawan disebabkan kami punyai 'janji yang luar biasa'. Bukan setakat janji, "Jom makan di kantin..", atau, "Nak pergi kelas nanti tunggu eh.." Hakikatnya lebih dari itu. Kakak naqibah ketika itu, berjaya menyedarkan kami, erti dan nilai sebuah ukhwah.Setiap kali selepas tamat usrah, kami sentiasa menanti untuk bertemu pada usrah yang akan datang. Memang benarlah, usrah sebenarnya bermula selepas tasbih kafarah dan surah al-asr yang acap kali kita lafazkan pada hujung waktu pertemuan.

Kasih sayang yang telah dipupuk di dalam usrah, kami bawakan ke luar supaya kasih sayang itu bercambah bukan setakat ahli-ahli usrah kami saja ketika itu. Alhamdulillah biah solehah di KISAS memang sangat-sangat membantu kami mengekalkan ukhwah itu walaupun bukan dengan ahli usrah saja. (Rindu betul kawan-kawan di KISAS...T_T)

Kepada mereka yang pernah dan sedang merasai nikmatnya ukhwah itu, berdoalah agar ia berkekalan sehingga ke akhirnya. Kepada yang masih mencari, dampingilah sahabat-sahabiah yang soleh dan solehah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan jalan kita menemui nilai ukhwah dan syurga yang dicari.. Insyallah...:)

Abu Hurairah r.a. berkata ; bersabda Nabi s.a.w. ; "Ada seorang lelaki menziarahi temannya di sebuah kampung yang lain, maka Allah mengutuskan seorang Malaikat (dengan berupa manusia) menahanya di tengah jalan dan ketika bertemu, Malaikat itu bertanya ; Engkau hendak ke mana? Jawabnya ; Aku hendak bertemu saudaraku di kampung ini. Maka ditanya ; Adakah dia ada berbudi kepadamu hingga kamu terhutang budi padanya? Jawabnya ; Tidak, (tiada sebab lain) melainkan sesungguhnya aku mengasihinya semata-mata kerana Allah. Berkata Malaikat itu ; Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, (untuk menyampaikan) bahawa Allah sesungguhnya mengasihimu sebagaimana kamu kasih kepada saudaramu keranaNya (Allah)" - HR Imam Muslim

Wednesday, November 4, 2009

2:155

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan secebis perasaan takut dan merasai kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira pada orang-orang yang sabar... (2: 155)

Hari ini telah masuk hari keempat dalam bulan November.. Namun masih tiada tanda-tanda duit biasiswa JPA akan masuk ke akaun pelajar-pelajar di Jordan. Mungkin esok, mungkin lusa. Rata-ratanya kelihatan resah menanti.. (Pagi petang siang malam ada orang tu cek bank.. :p).. Tapi rasanya bagus juga duit masuk lewat, barulah 'beringat' nak berbelanja...

Beginilah kan, jika Allah ingin menguji.. Selama ini kita jarang merasai kesusahan. Hajatilah apa saja, dengan duit yang cukup dan kekadang berlebihan di dalam bank, kita mampu untuk membeli apa saja yang diidamkan. Duit bukan jadi halangan. Oleh itu, apabila sesekali tiba ujian harta dari Allah sebegini, mampukah kita menahan diri dari mengeluh??

Perjuangan menuntut ilmu boleh juga diibaratkan seperti perjuangan keluar berperang. Segala jenis kekuatan diperlukan, fizikal, mental, spiritual... Maka jika orang yang berperang dijanjikan oleh Allah akan kedatangan ujian seperti yang disebutkan dalam ayat di atas, samalah juga dengan orang yang keluar menuntut ilmu..

Penuntut ilmu juga diuji.
Kita juga tidak terkecuali dari diuji. Dari firman Allah di atas, ujian kelaparan, kekurangan harta benda, perasaan takut akan kegagalan, kekecewaan, semua bakal kita hadapi dalam proses perjuangan ini. Namun janjiNya juga, orang yang sabar akan beroleh berita gembira. Sabar dengan setiap ujianNya. Hadapi dengan penuh keredhaan dan tawakal kepadaNya.

Sediakan payung sebelum hujan,
Mungkin secebis nasihat untuk adik-adik yang masih setahun jagung di sini. Buatlah tabungan atau simpanan sebaiknya dengan duit biasiswa yang berlebihan. Jadualkan perbelanjaan anda supaya apabila anda melangkah ke tahun-tahun akhir pengajian, simpanan anda cukup untuk membuatkan anda rasa tidak sempit untuk kegunaan selepas tamat belajar. Banyak gunanya nanti...

Monday, November 2, 2009

Hari bermotivasi...

Pagi ini saya rasa sedikit bermotivasi. Kiriman SMS dari Kak Yati (JUST batch 2002) yang kini sedang menghitung hari untuk memulakan dunia HO nya menjadi sumber kekuatan untuk saya meneruskan hari ini dan esok-esoknya dengan lebih ceria...

Panjang mesejnya..Saya ingin kongsikannya dengan rakan-rakan lain agar semua turut termotivasi juga...:)

1. Jangan tension-tension.


2. Hayatilah saat-saat belajar Peds, O&G and Medicine. Nanti jangan terkenang-kenang.

3. Doa banyak-banyak.

4. Doa untuk kawan-kawan.

5. Hargai benda yang kita lalui hari ini walaupun pahit kerana yang pahit itulah akan kita jadikan sempadan.

6. Jangan mengeluh dengan hidup.

7. Istighfar dan zikir banyak-banyak..

8. Dapatkan talian aduan 24 jam dengan segera. :)


Suntuk untuk dibazirkan...

Itulah yang saya rasakan kini. Jangan terlalu berharap agar detik itu berputar dengan derasnya. Kelak kita kan cukup terasa dengan pemergiannya..

::Esok on-call lagi.. Nak mengeluh?? Ingat Kak Yati pesan, "Jangan mengeluh, hargai benda yang kita lalui..."::