Friday, November 20, 2009

Selamat Beramal!

Tak tersedar kita sedang berada dalam bulan terakhir kalendar hijri 1430- Zulhijjah...
Kita bekerja dan belajar seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan kita beribadah seolah-olah esok kita akan mati. Di situlah penghayatan ibadah sebenar dapat dicapai sekiranya kita menganggap ibadah tersebut merupakan ibadah terakhir yang mampu kita buat sebelum pulang ke pangkuan Ilahi. Justeru, jika sedemikian, 'fastabiqul khairat' (berlumba-lumbalah berbuat amal kebajikan) kerana kita hidup untuk mati. Rebutlah peluang keemasan yang telah banyak Allah dan Rasulullah janjikan buat kita. Pokok pangkalnya, hendak atau tak, rajin atau malas, kuat atau lemah... Tepuk dada tanya iman!!

Banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan 10 hari pertama dalam bulan ini.

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).


Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).


Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).


"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Mahu menambah amalan?
Jom lihat amalan khusus yang sunat diperbanyakkan pada 10 hari pertama Zulhijah!!

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah.
Sabda Nabi SAW : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga.

2. Berkorban
Allah SWT berfirman وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

3. Berpuasa
Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.


Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

4. Bertakbir
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai.
Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya, takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Tunggu apa lagi??
Selamat beramal!!


Sumber bacaan :
http://www.zaharuddin.net/
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2060

2 comments:

  1. Beramal selagi hayat dikandung badan!

    "Renung-renungkan, dan selamat beramal" bak kata Prof Izi di Hot FM :)

    ReplyDelete
  2. Betul2.. hehhe teringat Prof Izi tu..:)

    ReplyDelete