Tuesday, November 10, 2009

Bila Allah utus sang lebah...

Langit tak selalu cerah... Sesekali Allah turunkan hujan, meskipun cuaca suram, ia tetap bagi rahmat untuk sekalian alam...

Hari ini seawal jam 10.30 pagi saya telah kembali dari hospital. Tidak sengaja, lebah kuning-hitam 'tersengat saya'. Sebaik saja ingin duduk di Morning Report Hall pagi ini, saya rasa seperti satu tusukan yang tajam, pedih dan membuatkan saya terenjat bak terkena elektrik. Saya lihat di pergelangan tangan ada beberapa bintik 'petechiae'. Sakitnya mencucuk. Saya pegang pergelangan tangan saya, terasa kebas dan panas. Saya bertahan untuk menghabiskan MR pagi itu. Tangan kanan semakin sakit untuk menulis.

Tamat saja MR, saya terus ke ER. Doktor tidak kelihatan. Saya terus ke tingkat atas dan berjumpa dengan salah seorang MO. Doktor terus bagi arahan pada nurse IV hydrocortisone dan IM epinephrine.

IM selesai diberi. Sakit di tangan masih terasa. Kata nurse, '1 more for IV'. Kali pertama dia mencuba di bahagian right flexor of the arm, darah tidak keluar, menandakan ia bukan tempat yang betul diikuti dengan bengkak serta merta dan biru. Satu vein telah dirupturekan di situ. Dia cuba tangan kiri pula. Juga tidak dijumpai. Dia terpaksa menukar ubat yang telah bercapur dengan darah dalam syringe tadi. Cubaan ketiga di tangan kanan semula namun masih tidak berjaya.

"Wallahi gharib.." (Pelik ni..) Nurse menggeleng kepala.

5-6 kali cubaan di kiri dan kanan flexor arm tidak berjaya. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya dicucuk serupa itu. Saya rasa mula pitam dan segala isi perut terasa seperti mahu keluar. Kata Qilah, muka saya pun dah pucat lesi.

Akhirnya nurse kata, "Aku nak try canula, kalau tak aku panggil doktor.."

Bapak susah nak cari vein mengalahkan budak kecil. Rasanya ini semua disebabkan vasoconstriction akibat mild hypovolemic yang saya alami since decrease intake 2 days back and history of diarhea and nausea...Lagipun rasa memang macam dah anemic. Minta Farah air, mulut pun dah rasa kering.

Kemudian baby canula pun cuba dimasukkan di bahagian extensor hand. PERFECT. Darah tak keluar. Sekali lagi bukan tempat dia. Badan saya dah menggigil dan sejuk. Nurse pun cakap, "Tangan kau dah macam salji sejuknya..

"
Dan cubaan terakhir sebelum saya sendiri yang surrender adalah di pergelangan tangan. Alhamdulillah. It's truly perfect. Darah keluar melongsor dengan cantiknya. IV Hydrocortisone di'inject'.. "Salamtik, sorry to put you in pain." Nurse kata..

Sebaik saja telah diinject, maka terkeluarlah segala isi perut sarapan saya pagi ini.. Ada kesan bengkak dan lembam biru di semua tempat cucukan. Bukan satu vein rupture. Semuanya menyakitkan. Tempat sengatan lebah tadi pun masih mencucuk. Pergerakan terhad.
Menangis bukan sebab sedih, tapi sebab sakit. Farah pun dah nak pitam melihat saya dicucuk. Tiba-tiba terus rasa mengantuk tanda kurang oksigen berkualiti sampai ke otak akibat banyak darah hilang. Hb saya pun bukanlah sekuat mana. Baik berehat sekarang..

Saya bercerita di sini supaya para doktor atau nurse dapat merasai apa yang pesakit rasa bila dah 7-8 kali dicucuk. Jangan syok sendiri mencucuk dengan agresifnya. Kadang-kadang kita lebih 'eager' untuk mencuba padahal tidak yakin darah akan keluar atau tidak dari situ. Saya teringat salah seorang nurse di wad 5 berkata, "Saya tidak akan cucuk-cucuk try kalau tak yakin itu bukan tempatnya.." So that ia tidaklah menyakitkan pesakit.

Namun jika patient yang datang bertaraf 'shock' dan perlukan rawatan segera, cucuk sajalah. Jangan takut-takut. Nyawa pesakit lagi penting dari kesakitan sementara itu...

::Alhamdulillah, thank you Allah yang telah mendatangkan lebah untuk memberi peringatan. Kepada sang lebah, nanti kau, aku picit-picit nanti! heh....::

Aaaaaaa.. sakitt.......(T____T)

Glosari (untuk pembaca bukan doktor atau pelajar perubatan):

MR : Morning Report
IV : intravenous (masuk darah dalam salur darah)
IM : intramuscular (cucuk je mana-mana di daging yang sedap.. heh)
Canula : jarum yang dipasang untuk masukkan air / ubat pada badan pesakit di dalam wad, bukan syringe biasa.
Hb : Hemoglobin (Bahagian dalam darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan)
Petechiae : Bintik kecik warna merah di kulit.

7 comments:

  1. Salam fez..

    sedihnya baca entry ni..moga wkt ni dah recover dr kesakitan akibat sengatan lebah dan cucukan2 jarum tu..huhu~

    wkt kte posting kt wad A&E dulu, jarang la ada patient kna cucuk 5,6 kali..slalu nya kalu cubaan ke 3 dh gagal, nurse atau MO yg paling senior akan dipanggil..dan slalunya alhmdulillah berjaya..=)

    kte pn x berani nk cucuk org byk2 kali..kesian..dh la sakit kn..tp kt dublin dulu, ada pengalaman serupa mu ini (wkt tu nk wat blood test after hep b vaccination)..bezanya xperlu thn sakit sengatan lebah..

    apa pn, syafakillah ya ukhti..kte kirim doa jauh dr penang ni..moga dpt mengurangkan kesakitan yg dialami..Allahu yasahhil laki..=D

    ReplyDelete
  2. alaaa..siannye akak aku sorang nihhh...sabar yer kak!! love u!

    ReplyDelete
  3. YaAllah.!!!!sakitnya....sabar ye faezza.....dh la kene sengat then kene cucuk2 lak tu..nk IV tu mmg skt en....adoiyai...saba ek...

    ReplyDelete
  4. wslm cik odah,
    allahu yashfi. Sakitnya memang tiptop. Sampai sekarang berdenyut. Itulah sesekali diberi pengalaman 'merasai', maka rasain lah.. huhu..

    yah n hajar,
    thanx mendoakan...love u. muahahhha..")

    ReplyDelete
  5. ak sbnrnya berharap je iv line tk dpt utk cubaan terakhir tu..
    biar dia panggil dr..kalo dr dtg..ak pn mls nk p klinik..nk melangut dok depan dia..
    kalo la ko ckp kt dr adam tdi..haih
    ini dr 'uktubi' yg ada..
    sempat kan..tgh sakit pn gedik nk pilih2 dr..haha

    mmg pucat gile la muka ko tdi..
    ak tiba2 rasa ko putih cntik semcm pn ada..=P
    btw,salamtik..

    ReplyDelete
  6. salamtik akak~
    dahla sakit kena sengat, tambah plak kena cucuk banyak kali.. ish3...

    tapi kan saya respek betul lah dengan para pencucuk di jordan ni, tak kisah lah dokor ke nurse ke pakcik iqamah ke semuanya mostly time saya kena, semua main zas-zas je terus siap. Takdenyer check-check, usyar-usyar, tepuk2 ke apa macam kat malaysia.. sangat confident ah diaorg~

    ReplyDelete
  7. kilah,
    haha, ko ngan sarah la suruh kejap-kejap suruh cakap ngan dr adam, kejap-kejap suruh ngan dr uktubi tu.. pening dah tyme sakit-sakit tu.. last-last pilihla dr uktubi sebabnya nampak inviting semacam. Dr. Adam tu cam blurr je masa tu.

    Putih-cantik semacam eh? sesekali terasa macam edward cullen.. hahah kan cantik..thnx la ye be at my side.. (wahaha)

    Ainul,
    Diorang memang look-expert, but at sometimes, expert-expert pun payah gak. bayyin je veinnya kehijauan kelihatan dari kulit tapi cucuk keluar cucuk keluar x lepas gak.. haiihh..
    tak rugi pun menepuk tampak lengan patient utk menimbulkan segala macam bentuk vein.. hehe..

    ReplyDelete