It is an independent agency responsible for providing national security intelligence to senior United States policymakers. The CIA's primary function is to collect information about foreign governments, corporations, and individuals, and to advise public policymakers.
IKLAN muka penuh CIA dilihat dalam akhbar Arab American News di Michigan, baru-baru ini.
Agensi beli iklan muka penuh akhbar, televisyen DEARBORN:
Akibat terdesak untuk mendapatkan ejen yang fasih berbahasa Arab, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat melancarkan usaha merekrut di sini, bandar dengan kira-kira 100,000 penduduk Arab Amerika. CIA membeli iklan muka penuh dalam akhbar berbahasa Arab dan di televisyen menyasarkan penduduk keturunan Arab-Amerika dan Iran-Amerika menyertai agensi perisikan itu. Perekrut CIA berkata, agensi itu terdesak memerlukan ejen yang fasih berbahasa Arab dan bahasa lain berikutan pemberontakan hebat terhadap askarnya di Afghanistan dan Iraq.
"Jelas, faktor itu menjadi sebab mengambil pekerja dari kalangan masyarakat Arab ketika perang berterusan di Asia Barat," kata Henry Medina, yang ditugaskan merekrut ejen di sebelah barat Amerika. "Kami akan merekrut orang yang ada pengetahuan, bahasa, linguistik dan budaya yang kritikal untuk memahami musuh," kata Medina ketika taklimat media menayangkan iklan baru agensi itu.
Satu iklan televisyen menunjukkan satu parti makan malam di sebuah rumah Arab-Amerika, dengan pencerita menerangkan: "Negara anda, dunia anda. Ia perlu dilindungi. Kerjaya dalam CIA." Ia menunjukkan parti dalam bangunan tinggi dan pemandangan Amerika dari angkasa lepas.
Iklan kedua memperkenal profesional Arab-Amerika - seorang jurutera, saintis, pakar ekonomi, peguam dan ahli akademik, kemudian menunjukkan mereka mengumumkan, "Kami bekerja untuk CIA." "Kami cuba untuk memperkenal latar belakang agensi yang sebenar. Kami tidak mahu orang lihat kami seperti diceritakan dalam filem atau novel perisik," kata perekrut CIA, Zahra Roberts. CIA, bagaimanapun, enggan mendedahkan kos kempen iklan atau bilangan warga Arab-Amerika yang mahu direkrut untuk bekerja dengan agensi itu.
Penduduk Arab yang berasal dari Asia Barat adalah lebih satu pertiga daripada keseluruhan 100,000 warga kota ini. Baru-baru ini ramai pelarian Iraq turut berpindah ke sini.
Di Warren Avenue, papan tanda dipasang bahasa Arab melebihi papan tanda bahasa Inggeris. Tetapi, ada yang ragu-ragu CIA berupaya merekrut warga Arab bekerja di agensi itu. "Ia bukan disebabkan kurangnya semangat patriotik. Ia adalah mengenai kesilapan dasar," kata Mohammed, 24, pelajar lulusan ijazah dari Libya ketika mengulas mengapa tidak ramai warga Arab berminat. – Reuters
******************
Orang arab, kalau tiada pegangan agama yang kukuh, kalau tiada rasa sayangkan bumi asal nenek moyang mereka, mereka memang mudah lupa diri...
Jika ditanya pelajar-pelajar dalam batch saya (Arabs), berapa ramai yang akan kekal berkhidmat di Jordan, pastinya majoriti bangga mengatakan mereka akan memohon untuk bekerja di US dengan alasan gaji untuk para doktor di Jordan tidak memuaskan!
Maka tidak mustahil juga, untuk mengejar gaji yang lumayan itu, ramai orang Arab, terutamanya yang mempunyai taraf warganegara US mungkin sanggup bekerja untuk CIA.
Orang arab mesti marah kalau faham apa yang saya cakap. Tapi biarlah! Betul apa...(Benar bukan semua, tapi ada...)
No comments:
Post a Comment