Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan secebis perasaan takut dan merasai kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira pada orang-orang yang sabar... (2: 155)
Hari ini telah masuk hari keempat dalam bulan November.. Namun masih tiada tanda-tanda duit biasiswa JPA akan masuk ke akaun pelajar-pelajar di Jordan. Mungkin esok, mungkin lusa. Rata-ratanya kelihatan resah menanti.. (Pagi petang siang malam ada orang tu cek bank.. :p).. Tapi rasanya bagus juga duit masuk lewat, barulah 'beringat' nak berbelanja...
Beginilah kan, jika Allah ingin menguji.. Selama ini kita jarang merasai kesusahan. Hajatilah apa saja, dengan duit yang cukup dan kekadang berlebihan di dalam bank, kita mampu untuk membeli apa saja yang diidamkan. Duit bukan jadi halangan. Oleh itu, apabila sesekali tiba ujian harta dari Allah sebegini, mampukah kita menahan diri dari mengeluh??
Perjuangan menuntut ilmu boleh juga diibaratkan seperti perjuangan keluar berperang. Segala jenis kekuatan diperlukan, fizikal, mental, spiritual... Maka jika orang yang berperang dijanjikan oleh Allah akan kedatangan ujian seperti yang disebutkan dalam ayat di atas, samalah juga dengan orang yang keluar menuntut ilmu..
Penuntut ilmu juga diuji.
Kita juga tidak terkecuali dari diuji. Dari firman Allah di atas, ujian kelaparan, kekurangan harta benda, perasaan takut akan kegagalan, kekecewaan, semua bakal kita hadapi dalam proses perjuangan ini. Namun janjiNya juga, orang yang sabar akan beroleh berita gembira. Sabar dengan setiap ujianNya. Hadapi dengan penuh keredhaan dan tawakal kepadaNya.
Sediakan payung sebelum hujan,
Mungkin secebis nasihat untuk adik-adik yang masih setahun jagung di sini. Buatlah tabungan atau simpanan sebaiknya dengan duit biasiswa yang berlebihan. Jadualkan perbelanjaan anda supaya apabila anda melangkah ke tahun-tahun akhir pengajian, simpanan anda cukup untuk membuatkan anda rasa tidak sempit untuk kegunaan selepas tamat belajar. Banyak gunanya nanti...
No comments:
Post a Comment