Monday, December 15, 2008

Hari Bahagia Zayyani



Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


Bagi pihak warga kerja Majlis Walimah ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan sebatch (MEP4), Batch MEP5, dan semua ahli PERMAI yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pernikahan di Bayt Yara dan Kenduri di Dewan Al-Farabi. Jazakumullah khairan.

2 comments:

  1. Wah, dah terer dah guna fireworks. seharian suntuk dok gode2 trus jadi best student. hoho.

    Tahnia! (h sengaja ditinggalkan sebab kalau setiap gambar tu bleh adjust lagi kaler dia lagi cantek, i'll add the 'h' then okeh

    ReplyDelete
  2. Colour dia mmg I saja tak adjust lagi. Masaku begitu berharga...

    Btw, thanks sifu..

    ReplyDelete