Thursday, December 18, 2008

Perkara paling menduga...

Sepanjang saya hidup selama 22 tahun (counting the days to become 23), ditambah pula dengan kehidupan di luar negara, saya dapat belajar banyak benda tentang 'pengurusan'.

Namun dalam banyak-banyak urusan hidup, perkara yang paling atau seboleh-bolehnya saya ingin elakkan adalah 'urusan rasmi di pejabat-pejabat di Jordan' atau pun apa saja urusan yang memerlukan saya ber'muamalah' (berurusan) dengan orang arab ini.

I noticed that, they tried to run all the things smoothly but at the same way, they made people suffering.

Contohnya.. seperti yang pernah saya ceritakan dalam blog yang lalu.. Bagaimana susahnya untuk saya mendapatkan keputusan ujian makmal di Health Center. Turun naik ke atas ke bawah, semua orang di situ saya perlu tanya. Dia punya konfiden meyakinkan kita tu.. (Ok, setengah jam lagi siap, bla2). Sudahnya habis masa kita menunggu, kita pula disuruh datang esok untuk mengambilnya.

Dia punya 'sistematik' tu lagi yang kadang-kadang tak boleh tahan. Komputer sana sini ada. Tapi...(O_o)

Saya teringat satu masa saya mengalami masalah untuk mendaftar subjek di universiti. Saya terpaksa mendaftar semula di bangunan HEP (Syuun Tolabah), kemudian berjumpa Dean (di Medicine Department) untuk menunjukkan surat, kemudian hantar semula kertas pendaftaran tu di bangunan HEP tadi (utk key-in di komputer), kemudian hantar semula pengesahan di Pejabat Setiausaha Dekan di Medicine Department. Saya hairan, kenapa prosedur jadi susah sebegitu.. Seolah-olah semua kena dilakukan secara manual. Kenapa tidak di key-in kemudian secara automatik dihantar ke pejabat Dean? Jarak kedua-dua bangunan tu pula bukanlah bersebelahan. Kalau jalan kaki, mampu mengambil masa selama 15 minit. Alhamdulillah perkhidmatan bas gonggok disediakan. Bolehlah lega sedikit.

Setiap tahun pula kami perlu memperbaharui 'iqamah' (Jordan Identity Card). Dulu-dulu senang, mudah untuk kami uruskan sendiri di Balai Polis Irbid. Walaupun cap 10 jari diperlukan. (Teringat kata-kata Presiden PERMAI dulu,"Kenapa tak ambil jari kaki sekali?"). =P
Tetapi sekarang, lain pula urusannya. Ada pula urusan yang perlu dibuat di Amman. Kemudian setelah selesai di sana, di bawa pula ke Irbid untuk urusan seterusnya. Betapa sistematik kan??
Namun untuk urusan iqamah ni, kami sangat-sangat dapat menarik nafas lega kerana kami hanya perlu menyediakan surat akuan universiti dan mengisi borang saja.
Urusan selebihnyanya dibantu oleh pihak MMJ (Majlis Mahasiswa JUST) dan ISO (International Student Office).
**Terima kasih banyak-banyak kepada adik-adik dan sahabat MMJ yang banyak membantu. (Lihat bagaimana orang lain bersusah-payah membantu kita. Bagaimana pula kita boleh membantu mereka?? Fikir sendiri..)

Walaupun banyak kesusahan yang mungkin kita alami dalam sehari-hari kita berurusan dengan mereka ni, dapatlah saya mengenalpasti beberapa point yang sekiranya kita ada, insyallah kita dipermudahkan.. Apa dia??

1. Kemahiran berbahasa Arab yang marvellous.. (kalau tak marvellous pun, buat-buat confident bila bercakap.)- Cakap sehingga sampai maksud.

2. Ada orang yang dikenali. Contohnya di Pejabat Pos; Biasanya parcel yang sampai akan dibuka dan dicek satu-satu barang-barang di dalamnya. Namun apabila kita sering mendapat parcel dan pakcik n makcik di situ juga telah mengenali kita, insyallah, mudah je. Datang, sign dan terus bawa balik parcel.

3. Kena pandai meng'ayat' juga. (Nilai tambah kepada kemahiran berbahasa tadi). Kena tambah puji-puji sikit. Takpun marah-marah banyak. Cepatlah mereka buat kerja. (Tetapi untuk akhwat, tengok keadaanlah, jangan terlebih sangat)

4. Pastikan semua benda yang diperlukan lengkap. (Contoh : IC, iqamah dan lain-lain). Sebab kalau ada yang keciciran, dan ingin berpatah balik ke rumah, kadang-kala anda hanya akan kecewa kerana pejabat telah pun tutup. (Waktu kerja juga kadang-kadang ikut 'kepala' mereka).

5. Kena rajin follow-up. Contohnya ketika pemasangan internet; Kami serumah terpaksa menghubungi pakcik tersebut berkali-kali sehingga dia naik bosan agaknya (sampai panggilan kami dicancelkan). Janji demi janji ditabur, disebabkan geram kerana bayangannya tak juga muncul, kami terpaksa 'menghantui' hidupnya. Setiap hari, boleh kata dekat 10 kali kami menghubunginya. Sehingga akhirnya dia pasrah... (hehe.senyum kelegaan dan bersyukur)

Lagi?? Ada tips lain??

Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, urusan dengan mereka ni, boleh juga jadi se'senang-senang' urusan. Apabila kerap kali teruji dengan kerenah orang yang menyusahkan, sekali kita berjumpa dengan mereka yang memudahkan, heaven rasanya. Secara automatik mulut dan hati ini akan terus bersyukur kepada Allah dan memuji pakcik atau makcik yang baik tadi.

Bila Allah beri dugaan, baru kita kenali apa itu nikmat.


Hidup mesti sentiasa diuji. Baru kita sedar bahawa kita hamba.


Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-ankabut :2)

3 comments:

  1. salam..

    adoi, msg ni ditaip buat kali kedua sbb yg pertama n pjg lebar td tiba2 ilang..tp demi cik fez, kutabahkan juga jari2 tangan ini menari di atas keyboard..cewahhh..k, fasobrun jameel ya ukhti..biasa la tu, nk berurusan ngan org, mmg byk la cabarannya..ckp psl cap jari tu..wkt kte wat garda card (kad utk mengesahkan permastautinan kte sbg stdnt kt negara dia) ari tu, dh la beratur kt dpn pntu besar sesudah subuh..pastu, wkt nk collect kt tu, tiba2 dia kata x recognize cap jari kte n kna reprint blk kad tu..adoiii..ntah ape2 je..xpe, kali terahir utk wat kad mcm tu..kt msia, guna kad pengenalan sudaa..hihi, k la..nk ber'enjoy'an (post exam syndrome)..bye cik fez! =D

    ReplyDelete
  2. what a lovely, 'to-be-remembered' experience in Jordan :)) a lesson for the future tu

    layan je lah arabs tu. mujur masih ada yang tidak begitu (contohnya 3ammu khalid - pemilik kening yang chantek itu) :D

    ReplyDelete
  3. cik odah,
    thanks la kerna sudi menarikan jari enti di sini. sian dia penat beratur eh. haha. next time potong je barisan.. (org sini selalu gak buat mcm ni).. =D.. Sila contohi yang baik saja ye. Selamat bercuti.. Gunakan masa sebaiknya!

    methinks
    sape itu 3ammu khalid? 3ammu raja' atau 3ammu iyad kenal lah. =D

    ReplyDelete