Rasanya semua yang berjaya dalam peperiksaan seperti UPSR dan PMR pastinya mengidamkan tempat untuk belajar di sekolah berasrama penuh. Hari ini saya tergerak hati untuk membuka laman web kementerian pendidikan. Tiba-tiba ternampak aplikasi untuk semakan tawaran ke tingkatan 1 sekolah berasrama penuh. Saya terus teringatkan sepupu saya. Semalam baru saja saya menghubunginya. Katanya, ada kawannya yang telah mendapat tawaran ke SBP. Dan dia setakat ini belum lagi menerima apa-apa tawaran.
Dari Wikipedia...
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.
Ada sebanyak 55 buah sekolah berasrama penuh tersenarai di website wikipedia ini di mana seperti biasa KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) mendahului senarai. (hehe,turutan ikut abjad~~'Kolej'- memanglah. yang lain semua 'Sekolah').
Semasa tamat darjah 6 dahulu, saya tidak pernah bermimpi untuk masuk ke asrama. Namun setelah seorang demi seorang rakan meninggalkan saya setelah mereka mendapat tawaran ke SBP seperti Kolej Tunku Kurshiah(TKC), Sekolah Tun Fatimah (STF) dan sebagainya, saya mula terfikir, "Kenapalah saya tak masuk asrama penuh..."
Seingat saya, permohonan untuk ke SBP setelah tamat sekolah rendah dahulu dibuat oleh pihak sekolah. Jadi saya kurang mengambil tahu. Tidak tahu di mana silapnya atau mungkin juga tiada rezeki, tidak seorang pun dari sekolah saya yang mendapat 5A ketika itu mendapat tawaran ke SBP.
Saya tidaklah begitu terasa ditinggalkan ketika masuk ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu kerana majoriti pelajar dalam kelas yang pertama juga adalah mereka yang mendapat 5A, 6A dan 7A dalam UPSR (Campur Cina dan India). Jadi saingan masih mantap di situ.
Kemudian ketika saya di tingkatan 3, adik saya mula meninggalkan rumah kerana dia diterima untuk masuk ke Maktab Rendah Sains Mara Mersing ketika tingkatan 1. Dari sinilah bermulanya cita-cita saya untuk masuk ke asrama. Kondisi maktabnya (1 bilik 4 orang, bangunan baru)amat seronok dan selesa untuk belajar amat mengujakan. Kedudukan MRSM Mersing yang 'isolated' dan terpelihara dari hiruk pikuk juga amat damai dirasakan. Sedikit sebanyak saya rasa cemburu melihat adik saya seronok belajar di sana. Maka saya terus menanam azam untuk turut masuk ke asrama sebaik selepas PMR nanti.
Justeru, selepas PMR, saya mengisi borang permohonan untuk ke SBP dan MRSM. Namun saya lebih berharap untuk ke MRSM. Ketika itu entah mengapa, saya hendak sangat ke MRSM di Terengganu. Ayah saya pula sangat berbesar hati jika saya diterima masuk ke MRSM Pontian (Dekat dengan kampung katanya..Nanti atok boleh hantar lauk ungkep setiap hari. :p)
Namun perancangan Allah lah yang terbaik.
Saya sempat ber'tingkatan 4' di SMKKKB selama beberapa minggu sebelum tawaran ke SBP/MRSM dikeluarkan. Ketika itu memang saya rasa tiada hati lagi di sekolah itu. Rasa ingin masuk ke asrama membuak-buak. (Tak sabar nak packing barang..:P)
Akhirnya tawaran yang ditunggu-tunggu pun tiba.
"Tahniah, permohonan anda diterima."....(Saya pun tak ingat ayatnya exactly bagaimana..) Tapi yang saya tahu, saya diterima masuk ke...KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Sekolah yang pernah saya dengar namanya dahulu. Pernah menghantar wakil dalam pertandingan debat di sekolah saya. Pernah juga kedengaran nama ini di dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi.
(Gambar ihsan yang dicopy-paste dari http://bondsoflove90.blogspot.com)
Ketika itu, saya masih mengharapkan jawapan permohonan ke MRSM. Walaupun saya tahu, sesiapa yang telah mendapat tawaran ke SBP, maka unlikely lah dia akan mendapat tawaran ke MRSM pula. Setelah beristikharah dan berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut.
Pertama kali menjejak kaki ke KISAS, saya masih ragu-ragu. Inikah tempat saya?? Semuanya berbeza dari sekolah lama saya. Perbezaan yang agak ketara tentulah dari pakaian..(Pakaian sekolah agama), biahnya.. Saya memang mengalami 'homesick' yang parah selama beberapa bulan tinggal di KISAS. Pernah rasanya ingin saya kembali pulang bersekolah di SMKKKB. Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Di sinilah saya temui pelbagai pengalaman baru, suka duka, dan rakan-rakan. Juga antara perkara yang berharga dalam hidup, saya rasa telah temui di sana...
Dalam memori...
Sek. Men. Keb. Kuala Kubu Bharu (1999-2001)
KISAS (2002-2003)
memang bertuah rasa dapat masuk kisas walaupun stat kat situ lah macam-macam perkara 'noneng2' berlaku dalam hidup, huhu
ReplyDeletekalau ada pintu suka hati macam cite doremon tu, ada jugaklah rasa nak ulang balik 2 tahun di kisas tu tapi bukan 3 tahun sebagai pelajar hostel sewaktu menengah rendah (tobat x nak masuk asrama...)
kan fez?
yupp.. perkara 'noneng2' dan 'nenong2' sume berlaku.
ReplyDeleteBut if I could turn back time and ada pintu doraemon sekalipun, saya memang tak mahu duduk asrama lagi. Tak mahu.. tak mahu..
Salam Fez. At first, akak wanted to comment on the KISAS story part. But then, reading through your lines above this, I just wanna tell u how much I feel the same. By any chance, I don't wanna be in hostel anymore. Freaking homesick and strict. No freedom (Do we deserve that? Hehe) and our study timetable can't easily be fixed since we are bounded to the school and hostel activities too. For nerdy, it's a big problem. Huhu. Does that mean I'm a nerdy? No. I'm just a freedom seeker =D
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletefaeza!!! haha..best cite mu nih..kte ingat lg wkt sma2 kt 4/5 zmn muda2 dolu..kte, faeza, n am..dok bncang2 psl skolah lama..(konon2 homesick la time tu..hihi~)..al mklumlah, tiga2 pn dr skolah harian biasa..kalu budak dr smka, level mcm up skit..sbb kisas kn terkenal dgn ke'siqah'an nya..kalu skolah biasa, msti la xsiqah lg (siqah lmbat skit..haha~)..tp alhmdulillah, kte bersyukur sgt x keluar kisas..n ditakdirkan sbg slh seorang kelahiran bumi waqafan..title ex-kisas yg kte bw ke mana2 shingga ari sgt la mahal..semahal mutiara yg terdapat kt sna..(jmpa x mutiara tu? hehe~)..k fez, pjg dh ni..hehe..wassalam~
Kak Aya,
ReplyDeleteSaya ingat akak sangat seronok duduk di KISAS. Maklumlah akak kan student yang cemerlang dalam pelbagai arena. :). Anyway, semua kenangan manis atau pahit di sana hanya tinggal kenangan. Kalau saya tak masuk KISAS, saya mungkin tak kenal akk. 3ala kulli hal, alhamdulillah.
Cik Odah,
Oh memang dulu ada pakatan dalam 4/5~Siapa yang boleh bertahan tinggal di KISAS sampai tingkatan 5. Pakatan ni saling menguatkan antara satu sama lain supaya tak patah semangat dan balik sekolah lama. Kita kan selalu menghitung setiap minggu berapa pelajar yang tinggal..(minggu-minggu terawal di KISAS).
Erm, mutiara?? alhamdulillah dah jumpa..:p
faezza ke nih??salam ziarah..lame xdgr berita..tp ble bace blog ni..rase cam dekat plak..huhu
ReplyDeletehai ain..
ReplyDeletewelcome. ya, lama x dgr kbr. keep in touch ya!
Great and that i have a dandy give: Full House Reno small home renovations
ReplyDelete