Sunday, December 21, 2008
Si embun
Entry hari ini khas ditujukan buat seorang sahabat yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati yang menyambut hari kelahirannya hari ini.
Selamat Hari Lahir Buat 'Siti Embun' (Siti Noorsaadah bt Md. Sarip) a.k.a Odah/Adah. ~~Banyaknya nama gelaran dia~
Saya mula mengenalinya sejak tingkatan 4 di KISAS. Berasal dari Negeri 9. Sering kedengaran loghat negerinya ketika bersembang dengan rakan senegeri. Kami berada dalam kelas yang sama, 405 dan 506. Pada mulanya kami hanya bertegur sapa biasa. Saya melihatnya sebagai seorang pelajar yang sangat sopan dan pintar (mana taknya, dia berjaya meletakkan dirinya di tempat pertama di kalangan puteri KISAS dalam peeriksaan akhir tingkatan 4). Saya mengagumi tulisan tangannya yang tak ubah seperti tulisan komputer. Baik jawi mahupun rumi. (Boleh tengok kalau tak percaya)
Kemudian kami mula rapat semasa di tingkatan 5. Tugas-tugas sebagai ketua pelajar (KP) yang banyak menghubungkan kami. Saya sangat senang berkawan dengannya kerana dia 'easy-going' atau pun lebih senang disebut 'macam takde perasaan'. Tetapi kadang-kala ada juga masa dia merajuk dan 'moody'. Normal lah tu.
Semasa di Pusat Asasi Sains UM, yang lebih manisnya, kami ditakdirkan dapat duduk sebilik bersama 2 orang rakan yang lain. Masa kerap dihabiskan bersama. Buli-membuli menjadi adat kebiasaan. Namun biasanya dia yang menjadi mangsa. :D Keluar saja dari surau, saya suka menyorokkan seliparnya. Nanti akan kelihatan dia kepeningan dan ke'blur'an mencari selipar yang hilang. (Jangan marah cik. Gurau senda mengeratkan ukhwah)
Semasa kami sama-sama mengisi borang JPA, dia membuat keputusan untuk memilih Perubatan Mesir. Manakala saya pula memilih Perubatan 'Twinning-Program'. Alasan saya, saya tak mahu berlama-lamaan di luar negara. 2 atau 3 tahun cukuplah. Saya juga sangat bercita-cita untuk belajar di Royal College of Surgeon Ireland (RCSI). Dia pula ingin ke Mesir kerana dia tahu di bumi ardul-kinanah itu biah solehahnya terpelihara di samping ingin memantapkan kemahiran berbahasa arabnya yang sememangnya telah hebat ketika itu. Memandangkan uminya seorang ustazah, maka dia juga mahu menjadi seorang 'protazah'(profesional ustazah). Ye ke odah?? :D
Setelah tawaran dikeluarkan, dia akhirnya mendapat 'Twinning-Program' yang memungkinnya ke Ireland, dan saya ketika itu masih menanti. Seingat saya dia sedikit kecewa kerana tidak dapat ke Mesir. Ada juga uminya bertanyakan kepada JPA tentang proses penukaran. Namun menurut umi, dia mungkin hanya akan dapat ke Jordan sekiranya proses penukaran diterima. Saya yang ketika itu masih belum mendapat tawaran, menasihati dia agar menerima tawaran ke Ireland tersebut. Kata saya, "Yang ke Ireland, dah tentu-tentu university di Ireland tu well-known and well-established. Yang kat Jordan ni, tak pernah pun dengar lagi produk yang mereka keluarkan."
Wah, sungguh bijak saya berkata-kata. Akhirnya takdir Allah juga yang meletakkan saya di Jordan. If there is one thing I could regret of, here it was the situation (by asking her not to change to Middle East Program (Mesir/Jordan). But supposed we believed in 'qada and qadar' and should regret nothing.
Dan bermulalah hidup kami yang berjauhan. Dia di Kolej Sunway dan saya di INTEC, Shah Alam dan seterusnya saya terbang ke Jordan dan dia ke Ireland (Uni. College of Dublin). Walaupun zahirnya memang kami berjauhan tetapi boleh dikatakan setiap malam kami akan 'chatting' bersama. Distance may separate us but not our heart.
(Sorry odah, tak sempat nak hantar kad. So terimalah hasil kerja tangan yang comot ni.)
Tika Itu (Unic)
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
Jadi sempena hari lahirnya yang ke 22 ni, saya ingin terus mendoakan agar dia sejahtera dalam rahmat dan maghfirah Allah, dikurniakan kejayaan dan tidak lupa juga, semoga cepat naik pelamin. Biiznillah, insyallah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nak tumpang wish kat sini boleh lah (huhu) sebab kat blog odah xde entry cakap dia dah makin 'naik umur' :) minta laluan ye cik sohibatul blog
ReplyDeleteTO ODAH:
"Sanah helwah yang helween, barakallahu fiki toul hayah, wannajjahki 3ala kulli hal dunya wal akhirah" :))
To sohibatul blog:
"If there is one thing I could regret of, here it was the situation"
>> ohhooo.. emm. you see and feel yourself more right? so i guess there's nothing left to say. But, just one thing for sure that wanna let you know (haha or should i say, you already know it) >> You do great here :bd
Tumpang le..
ReplyDeleteOleh kerana berlaku sedikit kesalahfahaman terhadap ayat "If there is one thing I could regret of, here it was the situation", saya telah mengeditnya sedikit. Penyesalan saya bukanlah kerana ditempatkan di Jordan. Sebaliknya adalah seperti yang tertulis di dalam edisi baru diedit ni.
Oh, alhamdulillah saya tak menyesal ditempatkan di Jordan. Malah saaaangat bersyukur. Sesyukurnya saya ditempatkan di KISAS dahulu. Allah knows better. Praise be to Allah. Glory be to Allah.
salam fez..
ReplyDeletehappy birthday untuk odah..
begitulah kan..
selalunya Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu..
salam..faezaaaaaaaaaaaaaaaaa~ (xleh lwn cik fez dlm menaip huruf pjg2..hihi~)..alahai, sweetnya cik kakkk! berkaca2 mata kte baca entry ni tau..terimbau kenangan2 manis kte bersama dulu2..cewahh..btw, thanks fez 4 this entry..it such a very meaningful present 4 me in my special day..inni uhibbuki fillah ya ukhti~ =D
ReplyDeleteeh, maaf..komen kedua..hihi~ thanks 4 all d wishes up here..syg korang sume! =D
ReplyDeleteamnah.
ReplyDeleteBetul tu am. Segala yang berlaku pasti yang terbaik buat semua.
Ct adah.
Letih tunggu birthday girl online. sibuk banget. wa inni uhibbukum kullu kaman fillah.
Salam Fez,
ReplyDeleteTakpe fez blaja kat mana2 pun akn ade naik turunnya, pasang surutnye, tp yg pasti apa yg Allah tetapkan tu pasti yg terbaik dan sesuai dgn diri kite, ye tak? heheheh
To Odah,
hehehe nk wish kat cni gakla...
HAPPY BIRTHDAY!!! Cik Odah bile nk tukar title jd Puan Odah..hikhikhik *winks*
Soalan yg sama ditujukan pd owner blog ni..huahuahua..
Salam..
ReplyDeletehaha..sorry nduk (mcm pggilan dlm bila cinta bertasbih..hehe~), bz bangat smlm..xsmpt bsday gurl nk online..kul 11 mlm bru smpt bukak laptop..syidah, thanks so much dear..nk jd Puan Odah, kna la tggu kewujudan Pn Syidah n Pn Faeza dulu..mana bole langkah bendul..haha~