Saturday, February 21, 2009

Dewasa...

Malam yang lampau dingin menyukarkan saya untuk lelap. Hendak dikacau orang Dublin sana, mungkin dia juga telah lama mengulit mimpi. Buku cuba diselak, namun sukar dirasakan untuk mencapai tahap fokus memandangkan buku yang saya selak adalah rotation yag belum lagi bermula.

Saya menyelak langsir melihat titisan hujan berteritipan turun membelah kesunyian dan hening malam ini.

Entah jam berapa mata ini bisa lelap, saya mencapai laptop dan melawat dari satu ke satu blog rakan-rakan.

Teryata ia membuat kenangan lama kembali terimbau. Tahun 2010 yang bakal mejelang, dengan izin Allah pastinya akan menyaksikan sebahagian besar dari kami bakal pulang sebagai graduan. Memang ramai juga rakan-rakan yang telah pun tamat pengajian ijazah mereka seperti Syahidah (Uniten). Tahniah diucapkan. Namun bagi mereka yang bakal bergelar doktor, kebanyakan dari kami akan tamat pada tahun 2010 dan 2011 nanti. Baik yang di dalam negara, mahupun di luar negara.

Kelas 5 Sains 6 (SPM 2003)
Daripada 25 orang keluaran 5 Sains 6, saya anggarkan 75% daripada kami bakal bergelar doktor.
Dari Jordan : Saya, Shaima dan Hetty.
Dari Mesir : Sy. Aisyah dan Rai
Dari Russia : Amnah, Amie, Ainul dan Sab.
Dari Ireland : Odah, Hanan.
Twinning IMU :Zark, Zarin, Diyanah
Dari UM : Nafisah, Nenny, Azira, Aminah

Yang bukan mengambil jurusan perubatan : Saadi, Naem, Ayu, Aisyah Mas, Izzah, Marhamah, Hamizah.



Semuanya saya rasakan telah dewasa dan mempunyai haluan masing-masing. Teringat dahulu kami sama-sama belajar sekelas, sama-sama didenda berjalan di balkoni dari kelas kami sehingga ke hujung kelas 501 (putera) semasa kelas Teacher Syah kerana mengantuk dan pasif, sama-sama membaca yasin di dalam kelas setiap malam jumaat menjelang peperiksaan, sama-sama 'terasa' apabila 'diperli' Ust Sheikh :p, sama-sama bangga bila kelas kita jadi juara kebersihan hampir setiap minggu. Semua dikongsi bersama-sama. Biasanya ketua kelas (Amnah) akan mula bising sekiranya kelas kami mula berserabut. Itulah rahsia kejuaraan kami. Betul tak semua??

Malam-malam begini, tiba-tiba rasa rindu kepada mereka semua kembali menyapa. Saya menanti saat untuk semua berkumpul kembali. Waktu itu, mungkin kami telah bergelar aunty-aunty untuk si comel Puan Marhamah yang bakal lahir dan mungkin dari Puan Saadi juga? (hehe..)

Tidak lupa juga rakan-rakan 4 Sains 5,
Masih saya ingat, kelas tersebut merupakan satu-satunya kelas puteri di blok tersebut. Bayangkan 4 kelas lainnya di tingkat tersebut merupakan kelas sains putera. Maka tandas dan tangga bersebelahan kelas kami menjadi milik kami sepenuhnya. Memang kami memandang jengkel pada putera yang curi-curi lalu di situ. (Haha, memang terseksalah mereka terutamanya kelas sebelah kami 404, yang terpaksa mengambil jalan jauh untuk turun tangga).
Kelas 405 juga sering mendapat teguran dan 'tazkirah percuma' apabila ada suara kami yang kedengaran ke sebelah. (Senyum sendiri apabila teringat kembali memori-memori itu)

Saya tumpang berbangga melihat ramai rakan-rakan yang kini menjadi pimpinan persatuan baik di dalam dan luar negara. Dari hasil tarbiah dari bumi waqafan itu dan juga istiqamah yang diamalkan, semoga kita semua bakal menjadi pemimpin yang dinantikan agama.

9 comments:

  1. salam fez..
    wah, rindunya kat sume orang..
    ramai gak doktor ek.. tu belum campur dari kelas lain lagi tu..
    bila la dapat jumpa lagi ek ngan sume..

    ReplyDelete
  2. wslm amnah.
    alhamdulillah ramai bergelar doktor. boleh la sama2 memberi rawatan free kepada cikgu harlina, cikgu nik norlan, teacher shah, ust sheikh, cikgu eliza dan lain2 cikgu. banyak pula nak dilistkan di sini.
    ok am, tahun 2010 nanti kite janji jumpa balik semua nak? insyallah kalau panjang umur ada rezeki kita jumpa semula.

    ReplyDelete
  3. salam fez!

    adeh, sory2..sejak semalam xde kt rumah, merantau dr stu pelusuk ke pelusuk lain di dublin..(hyperbola la pulak)..al mklumlah 14 ari je lg nk jd warganegara msia secara rasminya..hehe~ sebak nya baca entry ni..teringat zaman2 muda2 kt kisas dulu..byk pengalaman manis..yg pahit pn bila dikenang2 jd manis..=D jom wat reunion..tp xnk tggu ktorang grad dulu ke..leh wat kt cafe mana2 general hosp je..hihi~

    ReplyDelete
  4. ct adah,
    sebak ke.. isk2. nak bt reU, tapi x mo lambat sgt smpi 2011. orang tu kan nanti dah ada kereta. boleh drive ke mana2. mana tahu nanti kita boleh reU di Kompleks Bukit Jambul. Haha, tau x kat ne?

    yellowrose,
    yup, gambar dah hitam putih dah tu. menambah lagi mood nostalgianya.

    ReplyDelete
  5. salam fez!!
    kalau citer psl kisas mmg sgt nostalgic..
    rinduuu sgt2..kat sahabat2, cikgu2 dan suasana di kisas~
    u all yg bakal jadi doctor ni kena buat satu hospital sama2! heehee bleh la u all keje sama2..hihihi

    ReplyDelete
  6. insyallah.. islamic hospital nanti yeah.. syidah pun kena join. bahagian management n computer2 ni kan..

    ReplyDelete
  7. sape yang curi-curi jalan depan kelas 405 ni?? sila insaf ok. :p

    ReplyDelete