Thursday, February 5, 2009

Gila Kuasa

Melihat kepada senario politik yang berlaku di Perak akhir-akhir ini, dan yang terbaru berita tentang pengisytiharan angkat sumpah MB Perak yang baru akan dilangsungkan esok (6/2/2009) cukup membuat semua orang 'speechless'.

Sekejap benar rasanya kita melihat Dato' Seri Nizar (MB Perak) memerintah. Belum pun sampai setahun, kini kerajaan Perak bakal beralih tangan.

Dengan bangganya Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa BN akan mengambilalih semula kerajaan Perak. Benar atau tidak berlaku suapan yang amat dahsyat terhadap 4 orang Exco Perak yang terlibat tersebut, wallahua3lam. Kejadian melompat-lompat parti memang biasa kita dengar. Namun ia menjadi amat luar biasa apabila 'lompatan' tersebut menghasilkan perubahan dalam tampuk pemerintahan kerajaan.

Ramai merasakan adalah tidak adil jika perubahan kuasa berlaku semudah itu. Di mana kuasa dan suara rakyat dilemparkan? Kebiasaannya rakyat akan memilih wakil berdasarkan calon dan juga parti. Namun apabila 3 orang wakil rakyat tadi mengisytiharkan diri mereka keluar parti, adakah rakyat masih memilih mereka? Di mana proses keadilan yang sepatutnya ditunjukkan melalui pilihanraya?

Bukan senang proses untuk kerajaan pakatan rakyat mendapatkan sesebuah negeri. Ya, mungkin tidak sesenang BN. Namun negeri yang satu inilah yang membuatkan BN 'tak senang duduk' dan seterusnya bekerja keras untuk mendapatkannya semula tanpa ingin menunggu lagi sepenggal.

Politik di Malaysia dirasakan sudah seperti politik di luar negara. Krisis dalaman yang tidak henti. Namun masih bersyukur kerana tiada istilah 'angkat senjata' atau rusuhan atau pertempuran. Na3udzubillah.

Semoga pemimpin, rakyat dan negaraku terus diberikan pencerahan olehNya.


"Ke arah kematangan ideologi mahasiswa" (Pinjam sekejap moto PERTAMA '09)

4 comments:

  1. salam..

    huhu, sakit hati ni bila baca kepincangan politik di negara sendiri..rasa mcm xnk blk je..huhu~ fez, permata 09 ke pertama 09..n stands 4 wut eh? =D

    ReplyDelete
  2. tak nak balik?? eh jangan.. Biar teruk mana pun, itulah realiti kan cik odah. Maka kitalah yang pewaris yang turut mewarnai dunia politik nanti. Tengoklah warna apa yang bakal kita pilih.. :p.

    PERTAMA stands for Persidangan Tahunan Mahasiswa Jordan. Insyallah akan berlangsung next weekend. Jemputlah datang.

    ReplyDelete
  3. eh kenapa id ishikawa yang komen ni. mesti gara-gara tak sign out lps guna komp ni.

    this comment was by me ok.

    ReplyDelete
  4. cik fez ke , cik ishikawa ke yg komen, kte ok je..asalkan soklan kte terjawab..hihi~

    ReplyDelete