Wednesday, November 25, 2009

Lengkapkan diri sebelum...

Cuti sempena raya haji dah mencecah seminggu walaupun belum raya-raya lagi. Lusa raya...
Insyallah raya yang terakhir di Jordan.

Bercakap tentang cuti, saya rasakan ia boleh dilihat daripada 2 perspektif. Boleh dikatakan produktif dan juga tidak produktif.

Kenapa produktif?
Kerana kami pergi menjalani latihan tarbiatul-aulad (pendidikan kanak-kanak) secara tak rasmi di Amman. (Wah, mantap je bunyinya..)

Dan...
Kenapa tidak produktif?
Kerana sampai sekarang saya masih belum sempat study. Ada lagi 2 minggu sebelum rotation di KAUH bermula. Dr Sulaiman Sweidan akid sedang menanti..T_T. Lagipun kesihatan macam tak selalu mengizinkan. Ada hikmahnya kami tak pergi jalan-jalan cuti ini. Kalau demam di Spain, haa.. mesti nikmat berjalan tidak dapat dirasai sepenuhnya.

Berbalik kepada kem latihan Tarbiatul-Aulad tu, poyo je sebenarnya..
Kami hanya menolong-menjagakan-anak-anak Ustaz Mujahid yang pergi menunaikan haji. Tak lama mana pun shift kami - 4 hari 3 malam saja.
Memandangkan saya dan Farah memang tak sempat beradik kecil, maka agaklah susah pada mulanya. Tapi alhamdulillah masuk hari ke 3 semuanya ok - under controlled. Yang paling kelam kabut adalah semasa kami ingin menyiapkan budak-budak kecil itu untuk ke konsert Rabbani di Jordan University. Memang kelam kabut menyiapkan budak-budak. Pilih baju, 3-4 helai sorang. Dan bila meraka sudah disiapkan, baby-sitter mereka pun perlu bersiap. Tak lama kemudian datanglah Kak Pah (salah seorang warga Malaysia di Amman) yang telah berjanji untuk pergi bersama-sama kami.

Tiba-tiba Kak Pah bertanya, "Beg baby mana?"
"Susu dah siap?"
"Pampers??"
"Bubur ke, biskut-biskut ke dah bawa??"

Haa??!!! Oh kena bawak eh? Ingatkan keluar sejam takyah bawa..huhu..(Ok ini memang common sense yang perlu dititikberatkan oleh ibu-ibu sebelum membawa anak kecil mereka keluar. Tapi ya ampun..., dalam keadaan genting waktu itu memang kami tak teringat langsung!) 'Bagus'kan baby-sitters ni.. Akhirnya kelam kabut lagi kami mencapai apa yang patut. Alhamdulillah Munsief sangat enjoy menonton konsert Rabbani. Siap goyang-goyang badan lagi. Good boy! Yaya pun best!

Yaya dan Ishin

Munsief loves his habit...


Memang comel

Dan lagi satu,
Ini adalah kali pertama sepanjang hidup selama 23 tahun, terjaga dari tidur dek tangisan kanak-kanak. (Memandangkan di rumah saya memang tidak pernah berbudak kecil, adik kecil tiada, anak saudara ape tah lagi...Sepupu-sepupu ramai, tapi mak diorang ada.. heee) Yang ini memang mencabar ok. Sekali lagi saya rasa sangat kagum dengan ibu-bapa yang mampu bersabar dengan kerenah anak kecil pada waktu malam. Tiba-tiba malam itu, terdetik soalan dalam hati, 'Erm, nak kena kawin ke camni..." huhu... Tapi bak kata Shaima, pengorbanan besar, ganjaran pun besar.

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (64:15)..

Alhamdulillah done...

Entri ini bukan saja-saja ditulis untuk bercerita. Tapi saya nak mereka yang membaca ini tahu, TANGGUNGJAWAB ITU BESAR. Kalau kita rasa tak mampu untuk berkorban untuk anak-anak, yang suami hanya mengharapkan isteri untuk bangun malam (bukan tahajud eh.tapi untuk menenangkan anak yang menangis), tak cukup ilmu agama untuk mendidik anak-anak, saya rasa baiklah dia melengkapkan dirinya sepenuh-penuhnya dengan bebanan dan rasa tanggungjawab itu sebelum melangkah ke hadapan. Kerana memang benar saya rasakan, tidak semua mampu menjaga dan mendidik anak-anak dengan cara yang sepatutnya.

Jangan kerana kejahilan kita, anak-anak menjadi mangsa, seterusnya mencalitkan kekotoran itu pada imej agama dan masyarakat.

Renung-renungkan!!

4 comments:

  1. jaga anak2,memang kena bersabar kdg2..
    ak pnah tgk mak ayah balik keje,penat2..pastu anak lak bgaduh..
    telepon mak ayah kt pjbt ngadu sana sini..
    dgn kerja bnyak,otak serabut..
    tp,dlm masa yg sama kena jawap elok2 dgn anak2..

    nk tau sape??
    ak la tu..kecik2 mcm tu la..gaduh je kejenya..
    dh sume umur rapat2..haha

    ReplyDelete
  2. Masa kecik memang penatla sikit. Bukan sikit, tapi memang saaangat penat. Tapi bila anak dah besar, senang mak ayah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Wah tak sangka ada bab tarniyah awlad kat entry ni, siap dengan gambar lagi.

    Tak sangka adik2 Irbid bawa anak2 pergi konsert, mesti seronok diorang semua tengok Rabbani.

    Apapun, kami sangat berterima kasih sebab tolong jaga anak-anak semua tu, tolong berjaga malam dan tolong 'happy'kan mereka.

    Syukran jazilan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

    ReplyDelete
  4. Wslm Kak Ina,
    Hehe, Alhamdulillah masa cuti kami dapat diisi dengan 'baby-sitting practical'.. Banyak benda baru yang kami belajar.
    Memang Munsief seronok tengok konsert Rabbani tu. Audio kuat. Mula-mula terdiam dia. Kami takut juga dia nangis. Tapi thanx god. Happy je dia.. Yaya pun sama..:)
    La Syukran ala wajib kak.. Kita kan kena tolong-menolong.. hehe..:)

    ReplyDelete