Friday, February 26, 2010

Kesopanan dan Kesusilaan

Bukankah pernah saya katakan, 'menjadi tua' itu sensitif?
Proses 'penuaan' itu menyakitkan.. (Heh, macam dah 60-an pulak..)

Ibarat wanita menopause, apabila kehilangan hormon estrogen dalam badan, banyak perubahan yang tidak menyedapkan berlaku, makanya mereka mudah beroleh 'depression', perubahan mood dan lain-lain lagi.

Itu sebabnya dikatakan orang tua itu sensitif. Sedar, usianya tidak lama.

Baiklah, saya bukan nak bercerita tentang proses penuaan, bagaimana ia berlaku, bla2..

Cumanya sedikit tentang isu 'kesopanan dan kesusilaan'. Semua orang kata ia 'common sense'. Biasalah, manusia selalu saja hilang 'that common thing'. Orang tua memang sensitif dalam isu sebegini.


::Contoh 1 - Telefon::

"Unregistered Number".
(Nombor dan suara yang tidak saya kenal atau cam) "Hello akak! Saya nak tanya..."

Saya pun ibaratnya seperti, "Hellllllllloooooooo, siapa budak ni??? Telefon orang tak perkenalkan diri. Cukup 'condifent' kita ada simpan nombor dia..."

Selalunya orang tersebut mungkin jarang kita hubungi atau tidak pernah, itu sebabnya kita tidak menyimpan nombornya.

Maka bukankah elok jika begini...
"Hello akak, saya Ekin Mawi. 2nd year JUST. Akak ape kabar? Sibuk ke? Sorry kak, saya nak tanya..."

Ok this is the most proper one. Inshallah kalau dia bertindak begini, saya akan terus save no dia.. (haha)..Memang nampak skema. Tapi inilah namanya sopan dan hormat. Saya tidak minta dihormati. Tetapi saya ada hati.

::Contoh 2 - SMS::

Sakit hati juga kalau begini.
"Akak, saya nak minta tolong bla..bla... asap."

Nescaya hati saya akan berkata lagi, "Tanpa salam, (nasib baik ada panggilan 'akak'), plus ASAP, kamu mahu minta tolong dari saya??!!"
Tambahan pula kalau saya tidak mengenali nombornya. Kalau diikutkan hati saya mungkin tidak mahu membalas mesej itu. ASAP la sangat. A.L.A.P boleh?? (As late as possible)
(Kalau orang yang rapat dengan kita itu lain ceritanya)

Alangkan ibu pun menaip "Salam" apabila mengutus mesej pada saya...

Bukankah 'suweeeeet'nya kalau begini,
"Asslmkm akak. Sorry ya, nak minta tolong.....klu bleh asap ye kak."

Saya suka menggunakan perkatakan "ya" di dalam mesej. Contohnya.. "Sorry ya", "TQ ya". Sebab bila tulis "ya/ye", saya rasa seolah saya bercakap dengan dia dengan sopan. Walaupun dia menulis 'asap'. (ASAP itu kelihatan seperti 'pushy' tapi saya boleh terima jika tulisannya sopan)

Semalam saya menerima mesej dari seorang syabab junior. Mesej yang ditaip lebih kurang begini..
"Salam akak. Saya ..... - .......(Dia mungkin tahu saya tidak punyai nombor dia, jadi dia perkenalkan diri dengan jawatan dia sekali dalam PERMAI).
Nak ganggu jap boleh? (Ok, saya faham dia mahu bertanya sesuatu dan ambil masa saya sebentar)..
Bla..bla.. TQ. (Dia cakap 'tq'. Saya kira itu sempurna, sopan.)

Lain situasinya jika kita berutus mesej dengan kawan hari-hari atau rakan serumah atau adik beradik kita. Kita mungkin boleh menggunakan bahasa mesra atau pun bahasa yang mungkin hanya kita berdua fahami..

Contoh : "Oitttt caaaa!!!! Fakit pewuut ke???" (Biasanya 'seorang' saja yang akan dapat mesej dari saya sebegini. iaitulah budak itu yang sedang berada di UKM sekarang. :p..Dia tidak kisah pun apa 'tanda bacaan' yang saya guna saya kira. :))

::Contoh 3 - Di YM atau ruang chat::

"BUZZ!!!!"

Terkejut.
Saya rasa macam kena renjatan elektrik jika dibuzz. Saya terdengar 'seperti' orang tersebut sedang memanggil saya.."Hoiiii, aku nak cakap dengan ko ni!!!"
Daripada asalnya saya tengah ber'chatting' dengan dia, kalau ikutkan hati, cepat saja saya rasa nak menekan ikon 'pangkah' di hujung kotak YM tersebut.

Saya rela mendengar bunyi 'audible' yang 'entah apa-apa bunyinya' berbanding bunyi 'buzz' yang menyakitkan hati (saya).

Saya tidak pasti penerimaan orang lain bagaimana. Tetapi ini cara yang saya selesa. Tidak kisahlah dengan siapa pun kita berurusan; senior, junior, orang tua, syabab atau akhawat, sama ada kita kenal atau tidak, sila bersopan dan bertatasusila.

Cara kita mungkin berbeza. Namun 'by default', tidak kisah bagaimana jua gaya anda, sila terima kenyataan bahawa, "CARA YANG BERSOPAN ITULAH YANG PALING BAIK dan boleh diterima oleh semua orang..."

::...Dan bertutur-katalah yang baik kepada manusia...(2:83)::

The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله صلّوا على رسول الله الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله صلّوا على رسول
الله الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me

I pray to be close to you
On that day

and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله

Oh Peace be upon..
Oh The Chosen One





::Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi)::

12 Rabiulawal 1431H

Monday, February 22, 2010

Debat P.P.P 2010

Saban tahun semakin berprestij pula 'Pesta Debat Piala Presiden PERMAI'. Siap ada perutusan Presiden lagi untuk tahun ini. Ok good job guys!




Malam ini memperlihatkan 1 usul diterima dan 1 usul ditolak selepas didebatkan di dewan parlimen menteri-menteri wanita sahaja.

Usul yang pertama yang diterima adalah 'Gagasan 1Malaysia, satu simbol politik.' Manakala usul yang ditolak pula adalah 'Pakatan Rakyat adalah tidak relevan masa kini. (Selepas ditolak, maka bunyinya jadi begini; Pakatan rakyat adalah relevan masa kini.) Usul pun mantap dan mencetus minat untuk lebih mendalami isu politik.

Kena pula minggu debat dengan minggu cuti selepas peperiksaan kami. Makanya jadi lebih tidak sabar untuk menonton 'Debat Pusingan Akhir Piala Presiden PERMAI' pada malam hari khamis nanti yang bakal menyaksikan pertembungan perdebatan 2 kumpulan makhluk yang berasal dari planet yang berlainan, Mars dan Venus. Namun mereka lahir, membesar dan menetap di bumi dan kini bergelar mahasiswa dan mahasiswa PERMAI!


Ini bukan reunion...

Apabila bergelar seniorita (yang semakin lembap dengan kerja-kerja persatuan), saya jadi terharu 'lebih' apabila melihat junior yang bersungguh bekerja dalam persatuan.

Ada yang membantu teknikalnya, pengurusan programnya, yang syabab pun sanggup jadi 'murakibnya' untuk akhwat yang pulang lewat. Pendek katanya semua ber'sinergi' dalam membentuk satu kondisi masyarakat yang baik. Jazakumullah elkher.

Semoga Allah terus menyuburkan hati-hati kita dengan semangat itu, disamping jangan jadikan kesibukan itu sebagai alasan untuk lewat atau ponteng ke kelas atau malas untuk belajar!

::Esok bakal ada sambutan untuk 'sesuatu'...Yeay!::

Sunday, February 21, 2010

Gloomy-doomy

Alhamdulillah.
Today we finished an O&G OSCE exam.

Even if you finished studying all of these, not necessarily you will be able to save the fetus...

One of the examiner said to me today,
"Dr, you'll kill the baby!"
OMG, I nearly 'killed' a patient today even I do not yet hold my 'real' white coat and stethoscope.:(
Only then I changed the answer, the baby was saved immediately.
Poor me. Ok, it's my fault.
(Tula akibat 'cuak kentang' dalam OSCE..)

Pasti ingat sampai bila-bila!

This is tuna salad, (or so-called 'tuna cinta'. haha) which we ate at Oroba Restaurant just after we won the 'battle' today.

What happened to this entry..
It is just an expression of how I feel today.
Gloomy, to be perfectly frank...:(




Friday, February 19, 2010

Satu minit...

Hari Ahad ini, kami akan menghadapi Exam OSCE yang kesekian kalinya, OSCE Obstetrics & Gynecology. Selepas ini, bakal tinggal satu rotation saja lagi, Internal Medicine. (ECG bakal menunggu untuk ditatap setiap hari!)

Pagi ini saya dengar Sinar FM (Muzik retro terbaik). (Bak kata Ustaz Maszlee, "Saya saja dengar. Yang lain tak payah ikut"). Telinga 'gatal' nak dengar Sinar FM sebab asyik dengar lagu Maher Zain saja. Sakit tekak dia nyanyi hari-hari di komputer ni :p

Apabila di sini (Jordan) waktu pagi, sudah tentu di Malaysia ketika itu, tengahari. (Ketika itu jam Malaysia 1 petang)

Tertarik dengan pesanan dj nya ketika itu. "Kepada lelaki muslimin, jangan lupa menunaikan solat jumaat. Matikan telefon bembet anda. Dan pakailah baju yang senonoh. Mana tahu, anda terpakai kemeja T yang bergambar yang tidak sesuai. Selamat menunaikan solat jumaat."

Dj Abby Fana memang bagus. Banyak nasihat-nasihatnya yang memang 'boleh pakai'. Mereka adalah antara golongan yang dekat dengan masyarakat Malaysia yang 'sangat suka hiburan. Justeru, amat wajarlah bagi mereka untuk menggunakan peranan dan peluang yang ada untuk menyampaikan 'sesuatu' kepada rakyat Malaysia. Bukannya menjadi seperti 'ikon-ikon' hiburan lain yang semakin merosakkan tidak boleh dicontohi.

::All the best semua!::

Tuesday, February 16, 2010

E.Y.E

Entry santai kali ini, saya ingin menjawab soalan yang ditag oleh Cik Oney...

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Tahun kedua di Jordan kalau tidak silap.

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu
Tulisan di slide-show kelihatan kabur di Science Hall 2 ketika itu.

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
R: -0.75, L: -0.50

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Full-frame, purple in colour.

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
Ada 2. Satu full-frame, hitam. Lagi satu, half frame, pink-maroon.

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
R: -1.75 L: 1.25 (Enough. Hopefully they will stop worsening..)

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
5-6 pasang kot.

8. Jika anda ada sentimen tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
Tak selesa. Pandangan terhad apabila berkaca mata, bila pandang view luar spek mata, hopeless...(Selalu terlepas bas ke Hospital Eidon atau Badiah.. hehe)

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Contact Lens. Senang. Borderless view.. cewah.. Tidak terasa ada bendasing tersangkut di atas hidung.

10. Optometrist pilihan anda?
Tiada. Semua sama je. Bertukar-tukar.

11. Pasangan anda berkaca mata?
Man in glasses looks 'studious'...

12. Apa pandangan anda pada kanak-kanak yang memakai kaca mata?
Kasihan, kecil-kecil lagi mata dah rosak. Comel bila pakai spek mata plastik macam sepupu saya, Hasya Nabihah.


Sekian.
Saya cemburu pada mereka yang tidak memakai kaca mata. Senang.
Pergi ke mana-mana tidak perlu kisah untuk memakai spek, atau bawa contact lens solution bagi yang memakai contact lens.

Walaupun telah memakai spek atau contact lens, kadang-kala apabila memandu pada waktu malam, masih tidak selesa. Silau cahaya dan pecah. (Orang rabun saja yang faham kot..:))

Di sini, ada beberapa jenis makanan yang baik untuk mendapatkan mata yang cantik. Eh bukan..
Makanan yang dipercayai hasil dari kajian yang dapat melambatkan 'proses kerosakan mata.'

((Mata yang baik dianugerahkan untuk melihat yang baik-baik saja. Nanti Allah tanya, nikmat mana yang kamu dustakan?))


Berries
Berries contain natural plant chemicals called flavonoids that play an important part in the protection of the most sensitive areas of the eye.


Tuna
Tuna and other oily fish, such as salmon and mackerel, are rich in omega-3 which research has shown to protect the macula lutea - the area of the eye effected by macular degeneration. Studies have suggested that eating fish three times a week can reduce the risk of developing the age related disease by up to 50%.


Sweet Potato
Sweet potatoes are a great source of vitamin A (in the form of beta-carotene) which is essential for healthy eyes.


Carrots
Carrots contain high levels of vitamin A (one medium sized carrot provides up to ten times the RDA) which protects the eyes and enables them to function effectively.

::Setuju dengan tagline Ain- "Mata amat berharga" (In fact, semua nikmat Allah pun amat berharga dan perlu disyukuri:)::

Monday, February 15, 2010

Jangan!!!

"Jangan buang bayi luar nikah"

Antara tajuk dalam Utusan Malaysia esok- 15/2/2009. (Sekarang saya mengikut waktu Jordan)

Klik untuk baca selanjutnya di sini.

Kejadian pembuangan bayi di Malaysia semakin berleluasa kini. Tidak banyak sebab yang menjadi faktor mengapa bayi dibuang.

Sama ada bayi itu, bayi kepada pasangan yang 'berdosa' bertuhankan nafsu,
atau,
ia bayi kepada seorang wanita yang menjadi mangsa nafsu seorang lelaki berhati syaitan.

Sebab lain?
Saya tak terfikir. (Takkan ada orang 'keciciran bayi' kot.)

Jika benar hipotesis saya - bayi yang dibuang itu adalah kebanyakan bayi hasil anak luar nikah, mari kita lihat statistik yang dipaparkan dalam BH Nov 2009.

Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Sumber- Jabatan Pendaftaran Negara

Masha-Allah!!!

Artikel Utusan Malaysia pada hari ini pula membawa tajuk "Jangan buang anak luar nikah.."

Sekali baca, ia seolah; "'Tidak mengapa ber'anak' luar nikah, cuma jangan buang.."

Macam senang.

Dalam kursus yang saya sertai, PERTAMA tempoh hari, saya teringat akan slot Ustaz Hasrizal.

Masalah ada 2 jenis.
1. Presenting problem.
2. Real problem.

Real problem adalah asal-usul yang melahirkan 'presenting problem'. Teorinya, untuk menghapuskan 'presenting problem', maka 'real problem' perlu dibasmi terlebih dahulu.

Contoh.
Dalam kes ini, pembuangan bayi adalah 'presenting problem'. (Masalah yang kita nampak sekarang)
Maka, sekiranya sedaya upaya kita cuba selesaikan masalah pembuangan bayi, namun sekiranya 'real problem' masih tidak dapat dikesan dan dibiarkan berlaku, jika dahulu setiap 17 minit seorang bayi didaftarkan, akan datang, tidak mustahil menjadi 1 minit seorang bayi luar nikah akan didaftarkan!

Justeru, cari, apakah 'real problem' nya??
Kenapa bayi itu dibuang?
Kerana dia anak luar nikah.
Kenapa luar nikah?
Sebab ibu bapanya belum berkahwin!

MAKA, 'real problem'nya adalah, betapa berleluasa gejala zina dan rogol di kalangan rakyat Malaysia!

Saya rasa pihak berkuasa terlalu 'baik'. Jabatan Kebajikan Masyarakat diarah bersedia 24 jam untuk menerima mana-mana saja bayi yang bernasib sebegini untuk dijaga.

"Janganlah buat perkara-perkara yang kejam, jika tidak mahu memelihara anak itu dan berasa malu untuk tampil ke pihak berkuasa sekurang-kurangnya letakkan anak itu di tempat yang selamat,''.- Menteri X

Saya kurang setuju. Saya rasa sepatutnya ayatnya jadi begini, "Jauhilah dosa zina tersebut. Takutlah kepada Allah. Inshallah jika masyarakat Malaysia menjauhi dosa zina, maka tidak akan lahir anak-anak yang tidak diingini dan kejadian buang bayi tidak akan berlaku.."

Sedih apabila terkenangkan nasib si anak. (Sampai terasa nak tunjal-tunjal kepala mak ayah dia yang tidak bertanggungjawab!)

Justeru, masa untuk bertindak!
Saya tinggalkan semua untuk berfikir, DI MANA POSISI KITA UNTUK MENJALANKAN AMAR MARUF NAHI MUNKAR DEMI MEMBANTERAS DOSA INI?

Lihat pergaulan saudara-mara perempuan kita, ambil berat tentang aurat mereka. Bukan mereka saja, kita juga!


”Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’ : 32)

“Dan orang-orang yang tidak menyembah sesembahan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya)…….. “ (Al Furqan: 67 – 68)

::Semoga Allah memelihara diriku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan seluruh muslimin dan muslimat daripada melakukan dosa ini.Naudzubillah..::

Sunday, February 14, 2010

The place where I learned a lot..

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuangIslam
pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam


Semalam, lagu ini berkumandang di Dewan Masrah Universiti Mu'tah sempena Majlis Perasmian Penutup Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan (PERTAMA). Yang paling bertuah, lagu ini turut dinyanyikn bersama penyanyi merangkap pencipta lagu dan liriknya, Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com).

Tanpa disedari, terasa seperti berbalam pandangan mata saya rasakan. Jernihan air mata sedikit bergenang, terkenang perjuangan kami di bumi Urdun ini dengan izin Allah yang bakal berakhir lebih kurang 4 bulan saja lagi.

Hati ini seolah sempit diusik kesayuan dalam kedatangan saya ke Mutah kali ini. Dalam perjalanan kami ke Universiti Mutah, medan perang Mutah kami lalui. Medan yang menyaksikan syahidnya 3 orang sahabat Rasulullah; Zaid Bin Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Ibn Rawahah. Bumi Mutah harum dengan bau semerbak darah sang shuhada.

Di Mutah inilah, saya kenali para ustaz dan ustazah yang saya segani satu ketika dahulu. Masih terbayang ketika kami di tahun satu, kami menyanjung tinggi mereka yang belajar di Universiti Mutah terutamanya. Masuk saja ke rumah mereka, rak-rak kitab memenuhi segenap ruang tamu. Sering terdetik di dalam hati, "Subhanallah, hebatnya mereka.." Terasa seperti jauh jaraknya 'iman' kami dan mereka. Dari mereka, kami banyak belajar. Setiap kali bertandang di Mutah juga kami dilayan bukan setakat seperti tetamu, malah seperti adik beradik sedarah sedaging. Saya rindu mereka - Kak Dura, Kak Reha, Kak Aniza, Kak May, Kak Yong, Kak Muna, Kak Ti, Kak Ijan, Kak Midah, Kak Syafa.. (Banyak lagi nama, tapi saya tak boleh ingat recall semua. Kalau bertemu, inshallah masih kenal..)

Meniti hampir 6 tahun, seorang demi seorang meninggalkan kami di Bumi Urdun ini. Mereka pulang untuk menunaikan tanggungjawab kepada tanahair, Malaysia yang tercinta.

Terkini pada hari Jumaat lalu dan hari ini, pulangnya juga 2 orang sahabat dan juga teman sekerja semasa kami sama-sama menjawat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) 2008/2009.

Norhidayah (Yaya) - Mantan Timbalan BPMA MPPM 08/09
Seorang yang 'easy-going'. Dia yang saya kenali, tidak banyak bercakap. Namun, sedap diajak berbual. Perancangannya setelah kembali ke Malaysia, katanya ingin terus melanjutkan pelajaran jika ada rezeki. Semoga dimurahkan rezeki, Yaya!

Muhammad Shahrul Ifwat - Mantan Timbalan Presiden 1 MPPM 08/09
Seorang anak muda yang saya rasa berjiwa cekal dan hebat. Sering kedengaran namanya disebut di Mutah sebagai 'pencinta ilmu'. Walaupun ber'mother-tongue' pekat loghat Terengganu, dan bertutur dengan laju saya kira, namun itu tidak menghalangnya dari sering melemparkan pandangan yang bernas dan mantap dalam mesyuarat dan perbincangan persatuan. Sebelum dia pulang, 2 buah buku berjaya dihasilkan, 'Kafe Idari' dan 'Kembali Mencari Tuhan'. Tahniah. Semoga usaha perjuanganmu menuntut ilmu diberkati dan dipermudahkan.

Melambai seorang demi seorang sahabat yang meninggalkan bumi Jordan ini membuatkan waktu kami semakin hampir.

Lagu 'Tetamu Dataran Syam' yang berkumandang semalam seolah-olah memuhasabah kehidupan yang saya lalui sepanjang di sini.
5 tahun yang lalu, banyak mana ilmu yang saya mampu kutip? Ilmu perubatan di hospital dan univeristi? Ilmu akhirat? Ukhwah yang tersemai, jauh mana? Duit biasiswa yang diguna, ke manakah? Masa saya di sini, bermanfaatkah?

Kenangkan memori manis, seolah terasa tenggelam dalam kebahagiaan ukhwah, dan selamanya ingin di sini. Namun apabila kenangkan kesusahan hidup sang perantau pencari ilmu, kerinduan yang memuncak kepada keluarga di tanahair, dan tanggungjawab yang ingin ku galas sekembalinya ke Malaysia, lantas hati ini menjerit, "Aku ingin segera pulang!"

Biarlah waktu itu terus berlalu,
Cepatnya ia, jangan kau hitung,
Masa itu akan tiba,
Bumi Urdun ini akan kau tinggalkan.

Pulanglah...
Sertai juang sahabat yang menantimu,
Di tanahair yang menuntut pengorbanan.

Sekiranya roh shuhada itu
masih belum mampu kau rasai kehebatannya,
MUHASABAHLAH!!

Tuesday, February 9, 2010

Baiknya...

Hari ini saya ke klinik. Klinik mana lagi kalau bukan Klinik Pakar Obstetrics & Gynecology. Bukankah saya sekarang masih rotation O&G? Lagi 2 minggu lebih saja lagi kami bakal mengakhiri posting ini.

Hari ini klinik bersama Dr Amir Obaidat, baiknya doktor ni...
Beliau sangat bersemangat dalam memberi penerangan. Bukan itu saja, kerusi di klinik itu pada hari ini cukup-cukup saja untuk seorang doktor pakar, seorang MO, seorang nurse dan dua kerusi untuk pesakit. Dah tu, dia pula yang keluar ke bilik sebelah untuk mengambilkan kerusi untuk saya. Doktor pakar ok, doktor pakar.. bukannya HO mahupun MO..

Kemudian datang nurse menghidangkan secawan kopi dan secawan teh untuknya. Dia jemput saya minum kopi dia. Kata dia, "Minum ni, kau kan tetamu.."
Tapi saya tak minum pun. Sebu perut nak minum kopi pekat pagi-pagi.

Ke hulu ke hilir saya menurutinya melihat kes. Tengok ultrasound, jenuh dia menerangkan bagaimana nak mengenal jantina fetus. Berbalam-balamlah mata melihat ultrasound tu. Saya masih ingat, doktor di HKKB pernah mengajar juga bagaimana ingin mengenal jantina fetus dari ultrasound. Carilah 'hamburger sign'..:p

Doktor pakar juga boleh bertepuk tampar dengan MO. (Pakar je la yang menepuk tampar. MO gelak aje.) Mesra. Malaysia macam ni tak... Hmm, setakat yang saya pernah jumpa, jarang sangat. Selalunya MO atau HO bermuka tension saja. Itu yang kebiasaannya.

Oh ya, Ahad lepas, ada satu kes menarik di OT.
Sebentar. Minta permisi untuk menukar bahasa. Mudah saya menulis banyak 'medical term' dalam bahasa inggeris.

Patient was complaining of having abdominal pain. She was previously admitted to the hospital about 1 week ago after pregnancy confirmed by urine and serum B-HcG but by ultrasound, no gestational sac found intra-uterine. No further intervention, she was then discharged after 3 days? in the hospital against medical advice.
(This is just a short history, not a summarization since it's not complete)

On examination, patient was ill-looking, pallor, semi-concious, BP : 70/60, pulse ??. Abdomen - Tender, guarding?? On ultrasound, amount of fluid was found in the pouch of douglas. She was then urgently admitted to the Operation Theater.

Differential??
Yup.. Suspected Ruptured Ectopic Pregnancy.

Upon surgery, 4 bags of IV fluid plus 1 pack RBC admitted. 2 specialists did the operation. No M.O needed then in a case of super duper urgent-emergency. Heh.

Now let's open... Skin.. subcutaneus fat.. Rectus sheath.. muscles..peritoneum.. then.. SPLASH!!

Like a fountain! Ok. This is too hyperbolic.. Like an 'air mata air' only. Gush of blood spilled out from the peritoneum. Quickly doctor looked for the Fallopian tube. Gosh, there you are! A swelling left fallopian tube - about 2cm in diameter! Krekkk.. Cut!

The doctor removed the left fallopian tube in a procedure called what ??
Salpingectomy of course..

There was a massive blood clots. Estimated blood drained was 2000cc. (Can you imagine??)

All in all, alhamdulillah, the surgery was successfully done. Yesterday when I saw the patient in the ward, she was still sleeping. Hopefully everything will be ok inshallah.

::Ectopic pregnancy - Kandungan luar rahim. Dalam kes ini, pesakit mengandungkan bayinya di tiub fallopian.::

Sunday, February 7, 2010

Reviving the Islamic Spirit

Have you ever heard about 'Reviving the Islamic Spirit Convention'?

Never? Not yet?

Actually, it is an Islamic Convention which annually held in Toroto, Canada during the winter. Since 2003, they already had organized 8 conferences, while the latest one was held on Disember 2009.

What makes it become very interesting event? You'll be interested. And me indeed!

Over 15,000 Muslims in Canada (non-muslim country) gathered in that event!

They discussed issues regarding Islamic knowledge, aqidah, Sirah of the Prophets, and also world-wide problems that related to Muslim in attempt to revive the Muslim's awareness and inside.

Famous Muslim scholars also were invited to share their wisdom by delivering their lectures throughout the program. Among them were Dr. Zakir Naik, Ustaz Amr Khaled, Tareq Sweidan. Dr Zakir Naik was really amazing! I think he memorized not only chapters in Quran, and the old plus brand-new versions of Bible, but also Jewish's testament. Masyaallah...

Every year they also invited singers and nasheed groups yet they show to the world that Islamic scholars have their own way of entertainment. Owww, they were Maher Zain, Outlandish, Sami Yusuf and even Raihan was invited formerly. I just love listening to Maher Zain's song 'Barakallahuma' - a catcy song, not only catching ur ears but ur hearts ^__^


By clicking here, you can view >> trailer (video-promo) of 8th RIS Convention..


::I wish someday I could be there too ; love to join other Muslims and being united with them in such an event. Inshallah..::

Tuesday, February 2, 2010

SBDH ::Part 2::

Oleh sebab saya sangat suka cerita ini, maka saya ingin me'review'nya di sini. Ia cerita lama. Saya fikir ramai yang pernah menontonnya.
Surgeon Bong Dal Hee (SBDH) - Korean Series yang saya rasa berbaloi ditonton!::

3 watak utama-Surgeon Lee Gun Wook (General Surgeon), Surgeon Bong Dal Hee (1st year surgical resident), Surgeon Ahn Jeung (Cardiothoracic Surgeon)



Ia menggambarkan kisah realiti kehidupan seorang doktor baru yang 'miserable'. Lihatlah bagaimana intern-doctor dimarah, dimaki, diherdik oleh specialist. Kena present di morning report, sampai menangis-nangis ditengking.
'Fatal mistake'..
'Silly-mistake'..

Antara adegan yang saya suka...
Apabila surgeon Lee Gun Wook bertanya Dr. Bong Dal Hee dalam 'morning report'. (See, bukan KAUH saja ada morning report. Han Geuk Hospital juga ada!)
"Give me 3 criterias to diagnose MI mentioned in Harrison!!"
(Harrison adalah buku rujukan untuk Internal Medicine)

Gaya dia bertanya sebiji macam gaya doktor 'specialist' bertanya medical student.
"Sebutkan apa yang Browse cakap" (Browse : Buku rujukan Surgery)
"Davidson cakap apa?" (Davidson : Buku rujukan Medicine)

Huhu... Sama!!

Bila kena marah, specialist akan cakap dengan nada hinaan...
"Are you a graduated medical student?"
"Which university are you graduated from?"
Ayat ni sangat biasa didengari! Pedas!

Saya suka...
Tengok kegigihan watak utama dalam cerita ini Surgeon Bong Dal Hee yang kuat semangat, tidak mudah putus asa walaupun berbakul-bakul dimarahi. Untuk adegan terawal, lihatlah betapa 'naive' nya dia. Sikit-sikit nak call senior resident, tanya macam-macam. Sampai tertukar prosedur untuk patient. It's real. Kesungguhan SBDH wajar dicontohi. Siang doktor bekerja, pada waktu malam jika tidak mempunyai kes kecemasan, doktor perlu buka buku, belajar, update pengetahuan dari buku atau medical journal! That's why bila melihat SBDH belajar tekun di bawah lampu mejanya, saya terus rasa bersemangat lagi untuk belajar seperti dia!


Saya suka...
'Love-story' among doctors yang dipaparkan dalam series ini. Dalam cerita ini, pada awalnya Surgeon Lee Gun Wook dan SBDH menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun mereka profesional. Yang salah tetap perlu ditegur dan adakalanya dimarahi.
Realitinya, kadang-kadang apabila kita leka bekerja, kita lupa perkara-perkara lain. Termasuklah hal orang yang kita sayang, hal perasaan dan sebagainya. Perasaan bukanlah segala-galanya. Begitulah kisah SBDH, akibat kesibukan, dia memang tiada masa langsung untuk 'buang masa'. Ada juga dikisahkan dalam cerita ini, hubungan seorang doktor yang tidak kesampaian akibat pasangannya tidak memahami kerjayanya. Hubungan mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya putus di tengah jalan. Pada pandangan saya sendiri, sukar untuk doktor bercinta seperti gaya orang lain bercinta. Mana tidaknya, kejap-kejap ada panggilan dari ER, kejap lagi nanti, ada pesakit V-Tach, esok, kena oncall, lusa out-station. Tiada masa untuk melayan angan-angan. Justeru, perlu saling sabar dan memahami.


Surgeon Lee Gun Wook

Saya suka...
Babak kekeluargaan yang digambarkan dalam cerita ini. Krisis timbul apabila ibu SBDH tidak mahu anaknya menyusahkan diri menjadi doktor. Akhirnya ibunya sendiri sedar akan cita-cita dan minat anaknya yang mendalam dalam bidang itu setelah melihat anaknya sendiri menebuk dada pesakit di tepi jalan yang didapati 'hemothorax', melakukan intubation dan sebagainya. Adegan ini sangat mengharukan.

Bab 'kurang' real dan 'kurang' best?
Ada juga...
Saya rasa tak real kalau doktor perlu menangis dan 'sentimental' untuk semua pesakit. Bukan tak boleh, bagus to put ourselves in other's shoes. Tapi jangan sampai 'affect mood' kita untuk bekerja. Boleh terganggu tu. Benar, kerja kita sentiasa berdepan dengan kesedihan, kematian. Tapi kita kena cekal dan bersedia menghadapinya! (Mau dehydrated agaknya kalau setiap kali jumpa pesakit mahu nangis.. Haha, ada ke dehydrated sebab menangis? :p)

Yang lainnya,
Saya tak suka Surgeon Lee Gun Wook (SLGW) apabila dia kelihatan tak 'certain'. Dia suka SBDH, tapi dia juga kelihatan masih sayangkan bekas isterinya (yang juga Dr Pediatrics kalau saya tak silap).
Ada satu adegan apabila SLGW menceritakan tentang kisah lama dia dan bekas isterinya, SBDH kemudiannya berkata, "Why this man has to be so frank.." (Saya rasa adakalanya kita tidak perlu buka kisah lama di depan orang yang kita sayang. Sebab ia boleh jadi sangat menyakitkan...T__T)
Lain-lain, saya memang suka SLGW ni. Cool..terutamanya dalam OT..:p



Ok penat me'review'. Tonton sendirilah, baru tahu dan dapat pengajaran...:)

::Saya rasa subtitle dia mesti budak medic yang buat. English yang baik tapi panjang-panjang. Kadang-kadang saya perlu pause sekejap untuk fahamkan..:p::

::Teringat kata-kata MC Program bersama delegasi Dr. Mashitah hari ini, "Kalau tengok cerita Korea, bukan saja untuk mendalami bahasanya, malah untuk kenali budaya sebab mana tahu ada rezeki kita untuk panjangkan dakwah kita ke sana! Huhu, very optimistic...::

Monday, February 1, 2010

SBDH ::Part 1::

1. Apabila habis kelas, rasa nak cepat-cepat balik rumah... (Padahal.. Macamlah ada baby Asiah macam Asma, tunggu kat rumah. :p)

2. Apabila buka buku, rasa nak belajar rajin-rajin! Kalau boleh nak 'stay-up' di bawah lampu belajar tatkala orang lain sedang nyenyak.

3. Apabila melintas Operation Theater, fikiran pun terbang melayang sekejap...

4. Apabila jumpa perkataan V-tach, V-fib, CPR, Aortic Rupture, Whipple Procedure, .. boleh senyum sensorang...(haha, abaikan)

Siapa tahu, kenapa simptom-simptom begini boleh terjadi? Siapa tahu, boleh belanja ViaVia. (:p..JPA pun tak masuk duit lagi~~)

::Cik Qilah: sila 'mute'kan suara mahupun taipan anda::