Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan
Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan
Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah
Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan
Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu
Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah
Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan
Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuangIslam
pasti akan kau merdekakan
Selamat Datang Tetamu Dataran Syam
Semalam, lagu ini berkumandang di Dewan Masrah Universiti Mu'tah sempena Majlis Perasmian Penutup Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan (PERTAMA). Yang paling bertuah, lagu ini turut dinyanyikn bersama penyanyi merangkap pencipta lagu dan liriknya, Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com).
Tanpa disedari, terasa seperti berbalam pandangan mata saya rasakan. Jernihan air mata sedikit bergenang, terkenang perjuangan kami di bumi Urdun ini dengan izin Allah yang bakal berakhir lebih kurang 4 bulan saja lagi.
Hati ini seolah sempit diusik kesayuan dalam kedatangan saya ke Mutah kali ini. Dalam perjalanan kami ke Universiti Mutah, medan perang Mutah kami lalui. Medan yang menyaksikan syahidnya 3 orang sahabat Rasulullah; Zaid Bin Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Ibn Rawahah. Bumi Mutah harum dengan bau semerbak darah sang shuhada.
Di Mutah inilah, saya kenali para ustaz dan ustazah yang saya segani satu ketika dahulu. Masih terbayang ketika kami di tahun satu, kami menyanjung tinggi mereka yang belajar di Universiti Mutah terutamanya. Masuk saja ke rumah mereka, rak-rak kitab memenuhi segenap ruang tamu. Sering terdetik di dalam hati, "Subhanallah, hebatnya mereka.." Terasa seperti jauh jaraknya 'iman' kami dan mereka. Dari mereka, kami banyak belajar. Setiap kali bertandang di Mutah juga kami dilayan bukan setakat seperti tetamu, malah seperti adik beradik sedarah sedaging. Saya rindu mereka - Kak Dura, Kak Reha, Kak Aniza, Kak May, Kak Yong, Kak Muna, Kak Ti, Kak Ijan, Kak Midah, Kak Syafa.. (Banyak lagi nama, tapi saya tak boleh ingat recall semua. Kalau bertemu, inshallah masih kenal..)
Meniti hampir 6 tahun, seorang demi seorang meninggalkan kami di Bumi Urdun ini. Mereka pulang untuk menunaikan tanggungjawab kepada tanahair, Malaysia yang tercinta.
Terkini pada hari Jumaat lalu dan hari ini, pulangnya juga 2 orang sahabat dan juga teman sekerja semasa kami sama-sama menjawat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) 2008/2009.
Norhidayah (Yaya) - Mantan Timbalan BPMA MPPM 08/09
Seorang yang 'easy-going'. Dia yang saya kenali, tidak banyak bercakap. Namun, sedap diajak berbual. Perancangannya setelah kembali ke Malaysia, katanya ingin terus melanjutkan pelajaran jika ada rezeki. Semoga dimurahkan rezeki, Yaya!
Muhammad Shahrul Ifwat - Mantan Timbalan Presiden 1 MPPM 08/09
Seorang anak muda yang saya rasa berjiwa cekal dan hebat. Sering kedengaran namanya disebut di Mutah sebagai 'pencinta ilmu'. Walaupun ber'mother-tongue' pekat loghat Terengganu, dan bertutur dengan laju saya kira, namun itu tidak menghalangnya dari sering melemparkan pandangan yang bernas dan mantap dalam mesyuarat dan perbincangan persatuan. Sebelum dia pulang, 2 buah buku berjaya dihasilkan, 'Kafe Idari' dan 'Kembali Mencari Tuhan'. Tahniah. Semoga usaha perjuanganmu menuntut ilmu diberkati dan dipermudahkan.
Melambai seorang demi seorang sahabat yang meninggalkan bumi Jordan ini membuatkan waktu kami semakin hampir.
Lagu 'Tetamu Dataran Syam' yang berkumandang semalam seolah-olah memuhasabah kehidupan yang saya lalui sepanjang di sini.
5 tahun yang lalu, banyak mana ilmu yang saya mampu kutip? Ilmu perubatan di hospital dan univeristi? Ilmu akhirat? Ukhwah yang tersemai, jauh mana? Duit biasiswa yang diguna, ke manakah? Masa saya di sini, bermanfaatkah?
Kenangkan memori manis, seolah terasa tenggelam dalam kebahagiaan ukhwah, dan selamanya ingin di sini. Namun apabila kenangkan kesusahan hidup sang perantau pencari ilmu, kerinduan yang memuncak kepada keluarga di tanahair, dan tanggungjawab yang ingin ku galas sekembalinya ke Malaysia, lantas hati ini menjerit, "Aku ingin segera pulang!"
Biarlah waktu itu terus berlalu,
Cepatnya ia, jangan kau hitung,
Masa itu akan tiba,
Bumi Urdun ini akan kau tinggalkan.
Pulanglah...
Sertai juang sahabat yang menantimu,
Di tanahair yang menuntut pengorbanan.
Sekiranya roh shuhada itu
masih belum mampu kau rasai kehebatannya,
MUHASABAHLAH!!
Sekiranya roh shuhada itu
ReplyDeletemasih belum mampu kau rasai kehebatannya,
MUHASABAHLAH!!
fez, aku ingat time aku borak ngan salah seorang kawan ni d bumi urdun ni.. apa cita-cita ko?
cita-cita aku nak mati syahid di jalan Allah..
Aku terkesima..hebat sungguh..subhanALLAH
Bila aku baca bait last dalam entry ko ni.. aku senyum...
Sama-sama kejar roh syuhadah, kerana hidup cuma sekali..yang lepas tak mungkin kan dtg kembali..
Aku bila dgr n tgk kawan ko yang keje mppm skali ni..aku mesti teringat kata-kata dia di gunung ganang, di pulau dicampak hr tu..hehe tak tau apsal..tapi apa2 pon..memang benar pon apa yang dia cakap..
Thanks for a very touching entry..Allah ma'ak.
salam
Quote ni tiba-tiba terlintas di fikiran bila kenangkan adik-adik yang masih lama lagi sisa hidup di sini, sekiranya masa dibiarkan sia-sia melagha, biarkan saja kelas2 agama berlalu, rugi..
ReplyDeleteBak kata Ust Maszlee, "Kita ni kadang-kadang dalam banyak-banyak benda kita bincang, satu perkara kecik pula kita tumpukan." Apa sal ko teringat quote 'gunung-ganang' yang itu? Haha.
La syukran ala wajib, friend.