Monday, February 15, 2010

Jangan!!!

"Jangan buang bayi luar nikah"

Antara tajuk dalam Utusan Malaysia esok- 15/2/2009. (Sekarang saya mengikut waktu Jordan)

Klik untuk baca selanjutnya di sini.

Kejadian pembuangan bayi di Malaysia semakin berleluasa kini. Tidak banyak sebab yang menjadi faktor mengapa bayi dibuang.

Sama ada bayi itu, bayi kepada pasangan yang 'berdosa' bertuhankan nafsu,
atau,
ia bayi kepada seorang wanita yang menjadi mangsa nafsu seorang lelaki berhati syaitan.

Sebab lain?
Saya tak terfikir. (Takkan ada orang 'keciciran bayi' kot.)

Jika benar hipotesis saya - bayi yang dibuang itu adalah kebanyakan bayi hasil anak luar nikah, mari kita lihat statistik yang dipaparkan dalam BH Nov 2009.

Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Sumber- Jabatan Pendaftaran Negara

Masha-Allah!!!

Artikel Utusan Malaysia pada hari ini pula membawa tajuk "Jangan buang anak luar nikah.."

Sekali baca, ia seolah; "'Tidak mengapa ber'anak' luar nikah, cuma jangan buang.."

Macam senang.

Dalam kursus yang saya sertai, PERTAMA tempoh hari, saya teringat akan slot Ustaz Hasrizal.

Masalah ada 2 jenis.
1. Presenting problem.
2. Real problem.

Real problem adalah asal-usul yang melahirkan 'presenting problem'. Teorinya, untuk menghapuskan 'presenting problem', maka 'real problem' perlu dibasmi terlebih dahulu.

Contoh.
Dalam kes ini, pembuangan bayi adalah 'presenting problem'. (Masalah yang kita nampak sekarang)
Maka, sekiranya sedaya upaya kita cuba selesaikan masalah pembuangan bayi, namun sekiranya 'real problem' masih tidak dapat dikesan dan dibiarkan berlaku, jika dahulu setiap 17 minit seorang bayi didaftarkan, akan datang, tidak mustahil menjadi 1 minit seorang bayi luar nikah akan didaftarkan!

Justeru, cari, apakah 'real problem' nya??
Kenapa bayi itu dibuang?
Kerana dia anak luar nikah.
Kenapa luar nikah?
Sebab ibu bapanya belum berkahwin!

MAKA, 'real problem'nya adalah, betapa berleluasa gejala zina dan rogol di kalangan rakyat Malaysia!

Saya rasa pihak berkuasa terlalu 'baik'. Jabatan Kebajikan Masyarakat diarah bersedia 24 jam untuk menerima mana-mana saja bayi yang bernasib sebegini untuk dijaga.

"Janganlah buat perkara-perkara yang kejam, jika tidak mahu memelihara anak itu dan berasa malu untuk tampil ke pihak berkuasa sekurang-kurangnya letakkan anak itu di tempat yang selamat,''.- Menteri X

Saya kurang setuju. Saya rasa sepatutnya ayatnya jadi begini, "Jauhilah dosa zina tersebut. Takutlah kepada Allah. Inshallah jika masyarakat Malaysia menjauhi dosa zina, maka tidak akan lahir anak-anak yang tidak diingini dan kejadian buang bayi tidak akan berlaku.."

Sedih apabila terkenangkan nasib si anak. (Sampai terasa nak tunjal-tunjal kepala mak ayah dia yang tidak bertanggungjawab!)

Justeru, masa untuk bertindak!
Saya tinggalkan semua untuk berfikir, DI MANA POSISI KITA UNTUK MENJALANKAN AMAR MARUF NAHI MUNKAR DEMI MEMBANTERAS DOSA INI?

Lihat pergaulan saudara-mara perempuan kita, ambil berat tentang aurat mereka. Bukan mereka saja, kita juga!


”Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’ : 32)

“Dan orang-orang yang tidak menyembah sesembahan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya)…….. “ (Al Furqan: 67 – 68)

::Semoga Allah memelihara diriku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan seluruh muslimin dan muslimat daripada melakukan dosa ini.Naudzubillah..::

3 comments:

  1. Salam Kak Fez.

    Bagaimana dengan berita di sini.

    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/15/mstar_berita/20100215115711&sec=mstar_berita


    Lebih kurang sama apa yang diperkatakan. Bukankah ada pujangga arab berbunyi "al-wiqayah khairu minal 'ilaj."


    Saya tidak perkatakan jangan abaikan mereka yang terlanjur. saya fikirkan lebih baik ada satu sumber kewangan digunakan untuk membuat kempen menghalang remaja 'membuat" bayi sesuka hati. Macam mana kak?

    ReplyDelete
  2. Yup lebih kurang sama. Yang satu ni, nak sediakan tempat untuk 'ibu tinggalkan bayi'. Yang lagi satu tu, menyediakan tempat untuk 'ibu dan bayi mengadu nasib.

    Betul idea awak.
    Duit yang ada lebih baik di'spend'kan pada kempen 'pencegahan'. Kalau tumpu pada 'penawaran pertolongan selepas benda itu terjadi' semata, alamat duit kerajaan besarlah belanjanya ke situ.Sayang juga duit kalau diguna untuk membantu 'orang jahat yang tak mahu taubat'. Kalau mahu bertaubat, alhamdulillah.

    Memang kita pun bakal berdepan dengan situasi begini. Di HKKB yang kecil tu pun ada kelahiran bayi luar nikah.Sudahnya doktor dan nurse pening nak isi borang kelahiran bayi, susah untuk dipenuhkan. Butiran bapa, sijil nikah takde. Menyusahkan kerja...

    ReplyDelete
  3. Salam akak, nape tulisan akak makin kecik..

    Owh, saya memang semakin sakit mata sejak akhir sem ari tu, selalu gatal mata & ada macam bebenang dalam mata, anoying! Dan mata pun kelabu-kelabu awan, but I hope caused by the annoying thing, bukan rabun..

    Jadi, besarkanla tulesan anda yg comel tu.. Hehe

    ReplyDelete