Friday, January 22, 2010

Menarik seminggu...

Pernah tak ada orang mengucapkan terima kasih pada anda selepas anda membuang sampah?
Satu pagi, dalam perjalanan menunggu bas ke hospital, saya membawa bersama plastik sampah untuk dibuang di tempat pembuangan sampah. Kelihatan ada 'pakcik pembersih' di situ. Sebaik saja saya meletakkan sampah di situ, pakcik itu terus berkata, "Syukran.."

Terus saya pandang muka pakcik tu. "Eh apesal?"
Kemudian Qilah jawab, "Pakcik tu memang macam tu. Dah banyak kali dah.."




Unik.
Mungkin dia berterima kasih kerana kami membantu mengurangkan kerjanya. Di sini, biasa saja orang membuang sampah bukan pada tempatnya.

::Sesekali, buang sampah pun terasa ada orang hargai..Haha::


************************

Saya hairan bagaimana doktor yang bertugas di wad Nisaiah a.k.a Obstetrics & Gynecology boleh mempunyai kuku seperti ini?





Tak carik ke 'glove'?
Bagaimana nak melakukan 'vaginal exam'? Boleh luka pesakit tu...
Kuku dia pun mungkin boleh guna untuk 'curretage' Huhu.

Kalau saya jadi specialist atas M.O tu, mesti saya dah beri amaran pada dia. Memanglah cantik, tapi tak sesuai dengan kerjaya anda...

****************************

Doktor O&G itu merokok di klinik sambil dikelilingi oleh pesakit-pesakit (wanita-wanita mengandung)

Kalau ikutkan hati, memang hilang sabar. Kalau pun tak nak jaga kesihatan peparu sendiri, fikirlah kesihatan orang lain!!

Selfish!! Ignorance!!



****************

Minggu ini minggu rotation saya. Untuk minggu rotation, pelajar dilepaskan bebas untuk ke mana-mana. (Bukan balik rumah, tidur ke apa). Tetapi pelajar dibenarkan untuk ke Operation Room, Labor Room, Clinic atau Emergency Room.

Hari saya di ER, ada seorang ibu yang sarat mengandung. Menunggu jam untuk bersalin. Dia bersendiri. Apabila doktor dan nurse telah menyiapkan butiran untuk dia di'admit', dia seorang jugalah yang mengangkut beg berisi pakaian baby, dan sebuah plastik besar yang saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya...Terkial-kial dia.. Kasihan.. Hati meruntun tiba-tiba, "Mana suami dia... Tak kasihan ke melihat isteri dia bersusah seperti itu??"

********************

Di klinik, seorang ibu mengandung datang untuk melakukan pemeriksaan 'Booking Visit'. Doktor mengarahkannya untuk masuk ke bilik ultrasound. Ibu tadi berkata dengan muka yang excited, "Sekejap doktor, nak panggil suami aku.."

Doktor berkata, "Buat apa nak panggil suami kau?"

"Nak tengok baby sekali..."

"Tak payah, tak payah.. Buat apa nak tengok. Itu pun nak tengok.."

Kemudian, wanita itu pun berkata pada suaminya,"Tak yah la bang, doktor tak bagi.."(Ni ayat bahasa Melayu nye lah) dengan muka yang sedikit hampa.

Huhu. Hati batu betul lah doktor ni. Geram juga. Saya faham keadaan klinik sebegitu sibuk dan ramai pesakit wanita di dalam bilik rawatan tersebut. Tapi, cara nak bercakap pun biar kena kot. Kena hargai perasaan wanita itu..

Habis minggu rotation...


'Log paper' yang perlu ditanda tangani doktor untuk minggu rotation. Tak penuh pun..Huhu


::Minggu depan balik KAUH... aaaa ni yang tensi ni..::

10 comments:

  1. sejak bile ade log book[log paper] kat just???kui3

    ReplyDelete
  2. penuh ketas log ko..mabrook pengalaman seminggu lebih berisi n efektif dengan adanya ketas log..ni pembaharuan positif yang dibuat medical faculty JUST selain dr menambah kerusi di bilik moning report rahmah hehe..all da best tuk next week pulak..binnajah InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Yellowrose,
    Haha, asma semangat... Akak pun tak tau sejak bila dia buat log paper ni.. Ada improvement la sikit.

    Maut,
    Ini je la yang mampu dipenuhkan. Morning report Rahmah, ngantuk sikit kalau doktor ckp slow sebab crowded bilik tu. Next week ko honeymoon, bestnya~~

    ReplyDelete
  4. Eh apa pula 'Rahma', Badiah laaa..

    ReplyDelete
  5. iA ada hikmahnya korg awal2 dkt kauh
    mcm ak ni...tk nmpak kesan baca buku..

    tk tau mana cacat celanya..heh
    lebih ada urge untuk baca buku dgn berkesan..=)

    ReplyDelete
  6. huhu, skali baca dahh macam 'sari berita utama' :P
    plg x tahan, doc kuku sepanjang itu? ayo, dari mn dtg? doc baru ke, x pernah pula kita tgk b4 ni

    anyway, slmt b'KAUH! :D smua org jd 'pencapub ulung' lah nmpknya lepas ni haha

    ReplyDelete
  7. Kilah,
    lg seminggu lagi ko nak honeymoon..pastu bersiap siaga la nak ke KAUH..

    Semplitt,
    Doctor tu datang dari planet Mars.. Cantik! Haha..Die senior MO rasanya..

    ReplyDelete
  8. fez, komen cni plak..bila ko panggil semplitt aku rasa macam panggil cik sempit..tak seswai ngan orgnya lawak2

    ReplyDelete
  9. Maut,
    Haha ko ni pantang orang kasi shortname sume mesti nak kasi komen eh.. Diorg guna nama pena pnjang2.. Guna Maut kan senang..p

    ReplyDelete