Hari-hari menonton tv sekarang ini hanya akan menambah kegeraman dan mendidihkan lagi tahap kemarahan umat Islam terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim Israel.
Petang tadi, pulang saja dari klinik, saya menonton rancangan 'Gaza : A road to War' di saluran kegemaran ramai masa kini, al-Jazeera.(Sampaikan wartawan-wartawan di Al-Jazeera pun kami dah kenal. Antara yang dikenali, namanya Ayman Mohyeldin (Qilah suka ni), dia bertugas untuk melaporkan siaran langsung dari Gaza. Apabila dia ke udara, dia akan memakai suit lengkap kalis peluru dan topi keledar (sekadar selingan). Rancangan tersebut menceritakan sejarah Gaza dan Palestin dari awal. Tanah itu memang tidak sunyi dari pergolakan dalaman dan luaran.
Kata abah, bila difikir-fikir semula, cuba lihat sejarah-sejarah negara Islam yang pernah dijajah sebelum ini. Kisah Bosnia dan Serbia contohnya, sebelum ini tidak seorang pun ambil tahu di mana terletaknya Bosnia, siapakah rakyatnya, bagaimana mereka hidup..Namun setelah berlakunya krisis Bornia-Serb, semua jadi peka. Berkat doa semua umat Islam, Allah telah melembutkan hati-hati orang kafir yang memegang kuasa dunia ketika itu untuk mengadakan rundingan damai dan akhirnya mereka merdeka kini. Terngiang-ngiang nama-nama pemimpin dan kesatuan yang terlibat ketika itu, Slobodan Milosevic, NATO, EU. Tidak kurang dengan nama-nama pimpinan Israel, Benjamin Netanyahu, Yitzhak Rabin, Shimon Peres, Ariel Sharon (sekadar menyebut antara nama-nama yang pernah didengar di Berita Dunia kira-kira 15 tahun lalu). Lihatlah betapa kerapnya mereka memporak perandakan manusia. Sehingga nama mereka menjadi 'terkenal' di seluruh dunia. Ketika itu seingatnya, saya masih lagi di sekolah rendah. Berita Dunia Jam 10 hangat memperkatakan tentang krisis tersebut. Dan sayalah orangnya yang ketika itu seboleh-bolehnya akan masuk tidur dahulu sebelum tiba jam 10 kerana takut abah akan suruh kami duduk sama-sama menonton apa yang berlaku di tempat orang lain di Berita Dunia tersebut. (Jahatnya masa kecil-kecil dulu, tiada langsung semangat nak ambil tahu, bukan apa, maklumlah baru darjah 2,3 dulu-dulu mana faham orang baca berita cerita pasal apa. Budak sekarang lain lah.. )
Begitu juga dengan kes di Kosovo dan tempat-tempat lain. Di mana ada permulaan, di situ pasti ada pengakhirannya. Jika perang di Gaza ini telah bermula 19 hari yang lalu, yakinlah ia pasti akan berakhir. Kata abah, insya allah dengan pertolongan Allah. Cuma kita kena yakin dan teruskan berdoa tanpa berputus asa. Tidak mustahil, hati jahat Bush, Obama, Ehud Olmert, Ehud Barak semuanya akan dilembutkan Allah dan digerakkan untuk menghentikan semua ini. Sama ada mereka berlembut hati, atau Allah memberi kemenangan pada pejuang Hamas. Allahu akbar! Itu saja 'ending' yang ada di fikiran saya sekarang dan saya lebih memilih pilihan kedua jika diberi pilihan. Maka cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan yang lain sekali lagi, masih terlafazkah doa kita untuk mereka??
::Allah yuthabbit aqdamakum.. Doa untuk para pejuang Hamas. Semoga semangat jihad mereka terus membara demi Islam dan tanahair mereka.::
alahai..ruginya tak dapat tonton sama rancangan tu..
ReplyDeletebagus jugak letak anak depan tv kecik2, sampai ke besar dia ingt nm2 tu ^_^
rugi2. sape soh balik lambat.heh (mesti kuar api kat mulut..) carila kat youtube kot2 ada ke..
ReplyDeletehaa, letak le anak2 cik methink nanti tengok Berita Dunia, tgok Ehwal Islam, tengok rancangan agama TV1 jam 6.30 ptg setiap haru tu..(ada lagi ke skrg eh..) hehe.. Saya dah merasainya. walaupun pedih masa kecik tapi insyallah bermanfaat di masa akan datang.