Saturday, January 3, 2009

Diari Ukhwah Sejordan

Seakan masih terasa kedinginan angin malam di Mu’tah, walhal ketika ini saya telah pun berada di kamar sendiri di rumah saya di Irbid. Permukiman kami, ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) selama 3 hari 2 malam yang lalu di Mu’tah telah memahatkan memori indah dalam diari misi ukhwah kami.

Suhu -6 darjah celcius pada malam itu di Mu’tah dirasakan seperti menggigit-gigit tulang kami sebaik saja kaki kami turun dari bas dan menjejak bumi bersejarah itu yang pernah menyaksihan kesyahidan beberapa orang sahabat seperti Jaafar bin Abi Talib dalam peperangan Mu’tah. Jelas nyata perbezaan suhu antara Mu’tah dan Irbid. Saya dan Mahfuzah (Timb S/u) bermalam di Bayt Tasnem.

Keesokan harinya (Jumaat), seawal pagi lagi kami keluar dari rumah menuju ke Wisma Negeri Sembilan untuk menghadiri mesyuarat AMT dan Badan Pentadbir, disusuli pula dengan perjumpaan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Persatuan Mahasiswa Mu’tah (PERMATA) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang ada di sana. Pada malam itu pula kami terus berforum ‘ Winter Health and Oral Hygiene’ bersama wakil-wakil MPPM (Dzul, Anwar dan saya sendiri). Telatah pengerusi forum yang bijak berceloteh berjaya menarik minat mahasiswa-mahasiswa yang hadir. Banyak persoalan kesihatan yang telah dikongsi bersama.

Buat akhirnya, terima kasih kepada semua rakan-rakan, akhwat dan syabab di Mu’tah kerana memberi kerjasama dan layanan yang terbaik buat kami. Semoga ukhwah yang terjalin bersemi selamanya dengan keredhaanNya. Semoga berjumpa lagi…

.:Sejenak ke Palestin ~~

Deaths as Israel hits Gaza mosque


At least 11 Palestinians, including one child, have been killed after Israeli forces struck a mosque during prayers in the town of Beit Lahiya, north of Jabaliya in the Gaza Strip.

More than 200 people were inside the the Ibrahim al-Maqadna mosque praying when it was struck.


Melampau, melampau, melampau!!

Saya yakin satu hari nanti tindakan kejam tentera mereka ini akan dibalas oleh Allah seperti Allah menurunkan azab ke atas tentera Abrahah.

Dan dia mengirim kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang terbakar. Sehingga mereka dijadikanNya seperti daun-daun yang dimakan ulat. (Al-Fil : 3-5)

No comments:

Post a Comment