Kalau diberi pilihan, saya tak mahu merawat pesakit yang merokok!!!
Memetik kata-kata adik saya, "Yah tak suka orang merokok! Busuk!" Saya 200% setuju dengan kata-katanya.
Kenapa sukar untuk saya menerima golongan-golongan sebegini? Kerana mereka yang mencari 'pasal' dan masalah untuk diri mereka. Elok-elok Allah jadikan fitrah manusia yang bersih dan tidak merokok, tapi oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi dan ingin mencuba, lalu mereka merokok dan terus menjadikannya sebagai habit.
Saya ada berjumpa dengan ibu mengandung di klinik. Dia baru saja disahkan mengandung beberapa minggu.
Doktor : Awak merokok?
Ibu : Ya. (sengih)
Saya :(Boleh sengih lagi..)
Doktor : Sepatutnya awak berhenti. Banyak komplikasi.. bla bla..
Ibu : Aku merokok masa mengandungkan anak aku yang ini (sambil menunjukkan anaknya), berat dia 3.5 kg. Elok je..
Doktor : (Senyum dan menggelengkan kepala)
Saya : (Up to you la makcik, orang nasihat yang terbaik. Alhamdulillah Allah
jadikan anak tu sihat.)
Entah la, saya rasa semakin tidak boleh berkompromi dengan orang yang merokok. Saya rasakan mereka sangat mementingkan diri sendiri. In fact, sebenarnya bagi mereka, diri mereka pun tak penting. Kesihatan mereka tak penting. Yang penting mereka berbangga dengan merokok. Mungkin lebih betul lagi, mereka mementingkan 'nafsu' mereka sendiri saja.
Saya yakin orang yang ingin berhenti merokok, pastinya mereka boleh berjaya. Sudah tentu mereka perlu sokongan dari orang sekeliling dan keluarga. Jika rasa tak mampu untuk buat seorang, minta tolong pada keluarga dan rakan. Apabila rasa ingin merokok, jangan diturutkan. Bayangkanlah kalau kita membeli rokok tu, ibarat seperti kita membakar duit , membakar peparu kita, ataupun menempah kubur untuk ahli keluarga dan rakan-rakan kita yang menghidu asap rokok kita.
Pernah tidak terbaca ayat Al-Baqarah : 195? "Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah dan janganlah jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh Allah menyukai orang yang berbuat baik."
Saya rasa ayat ini sememangnya cukup sesuai untuk dijadikan 'motivasi' buat perokok-perokok sekalian supaya mereka berhenti merokok.
Infakkan hartamu di jalan Allah = Sedarilah, membeli rokok bukan jalan menuju Allah, malah sebahagian besar hasil pembelian rokok merupakan pendapatan bagi Israel yang sedang menghancurkan Gaza sekarang ini.
Jangan jatuhkan diri dalam kebinasaan = Jangan cari sebab untuk dapat kanser peparu, heart attack (kandungan asap rokok menjadikan lemak dalam badan lebih 'adhesive' dan seterusnya boleh melekat dan menempel di salur darah), infertile etc..
Berbuat baiklah = Kasihanilah orang sekeliling yang sedang menderita kerana menghidu asap rokok anda. Mereka sedang menjadi perokok pasif disebabkan anda.
Sungguh Allah menyukai orang yang berbuat baik = Allah suka dan akan memberi ganjaran kepada mereka yang sedang menahan diri daripada merokok dan perkara yang membinasakan diri.
Hipotesis saya: Selain pakar bedah, golongan kedua yang paling banyak merokok adalah..
Jawapan : Penghuni hospital sakit jiwa.
Saya teringat kata-kata doktor psikiatri, cuba lihat di celah-celah jari pesakit-pesakit mental ni, ada kesan hitam tanda terlalu banyak merokok. Orang depressed juga banyak merokok.
Kenapa sepertinya saya 'berapi-api' bercakap tentang rokok ini??
Kerana saya sedang menasihati seseorang yang sedang berjinak-jinak dengan rokok ini. Katanya dia cuba untuk berhenti merokok. Tetapi kerap kali tewas apabila rakannya menawarkan rokok padanya. Saya geram. Saya kata pada dia, "Esok kalau sakit, jangan cari akak, jangan jumpa akak untuk minta surat cuti (ayat perasan sket ni), akak tak mahu tengok muka orang yang cari penyakit!" Oh saya memang marah. Saya diminta oleh ibunya (makcik saya) untuk menasihatinya. Walaupun begitu, saya masih bersyukur kerana pada pandangan saya, saya percaya dia sedang cuba untuk berhenti terus cuma mungkin perlu lebih kekuatan dan dorongan.
Doa saya, semoga dia diberi kekuatan untuk terus berhenti merokok, semoga bakal suami saya tidak merokok, walaupun dia nanti seorang pakar bedah (haha,ye ke? apa salahnya berdoa :p), semoga umat Islam secara keseluruhannya selamat dari ancaman rokok yang membunuh ini.
"Keluarga sihat tanpa rokok"
::Kalau keluar soalan 'Counseling for smoking cessation' untuk Family Medicine ni, saya berharap saya boleh dapat markah yang best! Amin::
huhu.. dari kecik sampai besar hidup dibelenggu asap-asap rokok aje. klu ade je org y rokok memang reflex kat hidung ni trus stop breathing. time ni depends on residual volume aje. pastu cepat2 lari.. adeh..seksa!
ReplyDeletedari kecik (tahun 1): thn nafas kat CC
dah besar (clinical year): tahan nafas dalam lecture!
Kalau nak tengok sama ada maju atau tidak negara itu, lihat pada rakyatnya. Jika anda lihat keliling, 80% daripadanya merokok, ternyata negara tersebut belum lagi maju. Dari segi mental, fizikal dan ekonomi rakyatnya. Kasihan. Rasanya susah untuk kita lihat rakyat-rakyat negara maju seperti Jepun, US dan Britain merokok di tempat-tempat awam kan? Tapi Jordan?? *wink*
ReplyDeletehurm....
ReplyDeleteyup perokok memang memberikan masalah.
cuma yang menarik nak tanyer nie ajer:
"semoga bakal suami saya tidak merokok, walaupun dia nanti seorang pakar bedah (haha,ye ke? apa salahnya berdoa :p)"
hehehe.... soalan tanpa soalan.
jawab jangan tak jawab.
all the best exam.
Hapuskan saja rokok dari dunia ni.
ReplyDeleteJawapan hanya boleh diberikan jika ada soalan. :p.
Oleh kerana tiada soalan, maka tiadalah jawapan.
All d best juga!
memang berapi-api nampaknya menasihati..moga org yang dinasihati akan terbuka hati..moga doa agar bakap suami bkn seorang perokok dan juga seorang pakar bedah tercapai akhirnya(begitu spesifik nampaknya ye?)..ok slamat exm dengan jayanya..assalamualaikum
ReplyDeleteSeyogia ramailah nanti jejaka-jejaka Irbid yang menyimpan hasrat untuk menjadi pakar bedah...
ReplyDeletesy jugak bharap bakal suami sy nnt tidak merokok...huhuhu..walaupun nnt die pun mungkin jd pakar bedah...hihi..ape salahnye berdoa kan...
ReplyDeletePanjang-panjang artikel ni ditulis fokusnya untuk membasmi gejala rokok, namun ramai pula yang menumpukan fokus pada ayat terakhir tu. (Ayat penyedap cerita je tu)..
ReplyDeleteBukan perokok itu yang pasti. Pakar bedah ke.. pakar anest ke..family physician ke..cardiologist ke..terimalah seadanya. (haha)
elelele..moderate gtu ha ko ni..sweet je
ReplyDelete