Sunday, January 18, 2009

Being 23...

Pada tarikh yang sama (18 Januari), jam 1.26 petang, 23 tahun lalu, di Hospital Daerah Kuala Kubu Bharu, saya telah dilahirkan. Alhamdulillah selamat semuanya. Weight : 2.5kg, no NICU admission, no neonatal jaundice, etc.. (tetiba terasa macam menulis kes pediatrics :p)

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kenalan yang mengingati hari kelahiran saya. Sempena umur yang telah bertambah setahun ini, saya harapkan semoga kita semua sentiasa dilimpahi kejayaan dan rahmat Allah. Keselamatan dan kesihatan terpelihara insyallah.

Bila memperkatakan tentang umur, selalunya saya teringatkan mati. Jika ditakdirkan saya hidup selama 40 tahun, maka hanya tinggal 17 tahun untuk saya hidup dan beramal sebagai bekal ke akhirat nanti. Cukupkah?? Ingatkan saya jika saya terleka dalam menggunakan nikmat umur ini..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.” (Riwayat Muslim)

::Masukkan kami ke dalam syurga dengan rahmatmu Ya Allah::

12 comments:

  1. selamat hari lahir
    semoga kekal dalam keberkatan dan kasis sayang Allah!

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir!..lmbt sehari plak...sori.smlm bz sket, xsempat nk on9.moga pnjg uMo n murah rezeki dalam iman..take care.keep in touch ye!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak yana dan ain! May Allah bless you.

    ReplyDelete
  4. 2.5 kg je??hahaha..

    ReplyDelete
  5. haha. 2.5++ kot. my mom said lebih kurang. yang penting normal dan bukan diabetic baby. syukur.

    ReplyDelete
  6. Dengan ini naurah22 sudah tidak cocok sebagai alamat blog.

    ReplyDelete
  7. Eh macam tau pula 22 tu maksudnya apa..ada kaitan dengan umur ke?? (@_@)

    ReplyDelete
  8. Bukankah sebelum ini di multiply naurah21?

    ReplyDelete
  9. salam faeza, akk baru teringat besday awk. sori mori la ye dik. sebelum ni mmg akk ingat. ni pun kire Allah nk bg akk ingat bile bace blog awk. sanah helwah ye dik, mg rajin bekerja, dan cepat2 balik, blh rs jd doktor sebenar mcmne. hehe. sanah helwah jugak utk hetty, kem salam kt dia.

    doakan akk ^^

    ReplyDelete
  10. oh ye, akk lupa nk ckp. by being 23, u still can feel young, even 24. but when it comes to 25, and living in your own hometown, seriously there is an alarming sign! haha

    ReplyDelete
  11. haha.terima kasih lah sebab akak masih ingat lagi birthday2 kami. yea?? alarming sign. aishh, alarm akk dah berbunyi ke? apa lagi segeralah bertindak. Nampaknya kami masih ada lagi 2tahun. makanya tak perlu risau. :p

    ReplyDelete
  12. saifudin,
    yea naurah21 dan naurah22 bukanlah kebetulan. walaupun begitu cerita disebaliknya biarlah terus menjadi simpanan. ehhe.

    ReplyDelete