Sekali lagi entry pada pagi Jumaat. Pagi yang paling seronok dan suci, sesuci namanya hari Saidul ayyam.
Banyak kerja menanti selepas peperiksaan. Semasa peperiksaan menjelang, hati lapang dari kerja-kerja luaran dan persatuan walaupun otak sesak dengan penerobosan masuk maklumat tahap tera ataupun giga dari bahan-bahan study. (haha tercapai ke..). Fikiran resah menanti bentuk soalan yang bakal dihadapi dalam peperiksaan. Penantian memangnya satu penyiksaan. Pembahagian masa yang baik adalah sangat penting supaya kerja dan pelajaran seimbang. Bukan saja penting dari segi pembahagian masa, malah emosi juga. Emosi yang tidak stabil akan mengganggu penumpuan terhadap pelajaran. Walaupun ada orang kata, wanita boleh buat banyak benda dalam satu masa..
Iklan ~~~
Benar, saya pernah terbaca wanita boleh membuat banyak kerja dalam satu masa kerana dia boleh fikir banyak benda in 1 second. Jika tidak percaya, ingat balik bagaimana sibuknya ibu kita di rumah. Waktu-waktu pagi di mana kita lebih selesa bermalas-malasan di atas katil, ibu telah mula, menumis bawang, menyiapkan roti telur nasi lemak, dalam masa yang sama, baju telah pun mula berputar di dalam mesin basuh, pun begitu, sempat lagi ibu-ibu ini sambil-sambil itu membuat panggilan ke radio. (Radio dulu kan suka chit-chat pagi-pagi menghiburkan suri rumah yang sedang bekerja). Tepat saja jam pukul 9, semua telah siap. Masanya untuk ke pasar! "Bangun! Temankan ibu pergi pasar, angkat barang!" Siren mula kedengaran. (Isk isk..)
Begitulah kelebihan wanita, lelaki pula bagaimana? Ooh, supaya kelihatan sama rata, kalau wanita boleh membahagikan fikiran untuk banyak tempat dalam satu masa, dan ini hipotesis saya, lelaki pula boleh membahagikan perasaan untuk banyak orang dalam satu masa (faham ke? Poligami la..)Kalau boleh membahagi, tidak semestinya membahagi dengan adil. Ada satu kalam yang boleh saya naqalkan dari Ust. Mujahid dalam ceramahnya, Rasulullah pernah berdoa, "Ya Allah, jangan kau hukum aku dengan sesuatu yang bukan di bawah kuasaku" (Au kama qal). Doa ini merujuk kepada situasi di mana Rasulullah berdoa agar Allah mengampunkan kesilapan baginda sekiranya tidak mampu untuk membahagikan kasih sayang dengan adil di kalangan isteri-isteri baginda. Jelas, kasih sayang milik Allah, dan hanya Dia yang mampu membahaginya. Maka jangan mengaku bahawa kita telah membahagi kasih sayang sama rata dalam apa-apa situasi pun.
Namun, wanita tidak mampu untuk membahagi-bahagikan perasaannya. (Otak saja boleh membahagi, hati tak mampu).
Ini hipotesis saya saja. Hipotesis tidak semestinya benar. Dan saya pun tidak berminat untuk mengkaji lebih untuk menjadikan hipotesis ini satu kesimpulan. Banyak lagi kerja lain yang menuntut fokus saya.
Tamat iklan~~~~~~~~~
Tamat saja peperiksaan, ketika inilah, otak yang sarat dengan item-item peperiksaan tadi sedikit demi sedikit ditukar dan di 'tune' ke arah penumpuan kepada kerja-kerja luar. Semua orang berkepentingan mula menghubungi dan dihubungi agar kerja segera selesai. Tidak apa berpenat di dunia ini, yang penting hati tidak lari keikhlasannya untuk mengharap rehat yang nikmat di akhirat nanti.
Keharmonian pagi hujung minggu ini walaubagaimanapun diharapkan tidak tergugat dengan kerunsingan saya untuk beberapa perkara..
1. 10 case history untuk Family Medicine.
2. Senarai nama kumpulan Dermatology baru dikeluarkan. Being the only girl in the group?? Hmm, emotionally quite disturbed.
3. Mula membelek buku dermatolgy, chapter 1 saya dah terjumpa istilah complement, Langerhans, opsonin, ribosome. (Lemah lutut..isk2. Come on, kata the only girl dalam group.Jangan tewas!)
4. Management PERTAMA!! (Persidangan Mahasiswa Jordan)
5. Elective course bulan Ogos nanti. Keputusan saya belum muktamad lagi even it is needed ASAP!
::Kepada yang bakal bercuti, selamat bercuti~~::
Lemah lutut..isk2. Come on, kata the only girl dalam group.Jangan tewas!
ReplyDeletehehe becemangat nampaknya..ape lagi sila la jd CR dalam group(bak kata doc qubah:P)..rempuh semua org, lompat skali sume untuk menjawab soklan2 doc.pedulikkan ape sahaja rintangan dn halangan..hehe
moga Allah mudahkan urusan dan dikuatkan serta ditabahkan hati dalam menghabiskan sisa2 4 bulan lagi di tahun 5 InsyaAllah.sedih pulak rasa(lambang perasaan yang takbleh dibahagikan-bak kata iklan di atas hee:P)
kau mmg semangat bab2 melompat ni. suka kau dgn dr qubah eh.(mingling ok.. mingling)
ReplyDelete4 bulan lagi, teruskan semangat sebelum bergelar super senior.(cewah) ada chance 4 bulan lagi kalau nak jadi CR( nak cover marks evaluation o&g punya pasal)
eh sood,mana ko nye ws kt blkg??hahaha
ReplyDeletehuhu..haah baru perasan..rsenye btol kot tuh..pompuan bley pk mcm2 dalam 1 mase..tapi xleh bahagi2kan perasaan..huhu..wowowo go go kak fezah jd CR..
ReplyDeletehaa... betulkan!! cuba la awk bagi-bagikan perasaan asma'. mana tau boleh.hee..
ReplyDeleteakk tak mau jadi CR. susah kalau tak datang kelas nanti dr call. :p. So'od tu memang nak jadi CR di masa akan datang.