Thursday, January 22, 2009

Family Medicine OSCE

Alhamdulillah, tamat sudah Family Medicine!! Hectic sedikit dirasakan dalam round kali ini. Maklumlah semua item dalam dunia perubatan boleh saja ditanya oleh doktor ketika round juga peperiksaan.

Sebelum saya terlupa akan soalan yang ditanyakan kepada kami untuk exam kali ini(yang mungkin berguna untuk rakan-rakan yang belum lagi mengambil round Family Medicine), baik saya muatkan awal-awal di sini.

Ada 5 stations, 5 doctors.

#1
Hypertension (150/100)
*Patient degil tak nak amik ubat, dia tanya boleh tak kita manage dia cara lain. Then bila cerita tentang complication kalau dia tak ambil ubat, dia kata kita takutkan dia. Aishh simulated patient ni betul nak test saya!
Task : Management

#2
35 y.o female, fatigue, headache, Low Hb, MCV.
Task : History
*Saya lupa nak tanya loss weight dan appetite (malignancy symptom)!! Cuak punya pasal.

#3
57 y.o female, osteoporosis, prescribed Alendronate.
Task : Counseling
*Cerita semua benda pasal osteoporosis, screening, side effect drug, contraindication etc.

#4
35 y.o female, Hx of 3 years Rheumatoid Arthritis.
Task : Examine Hand
*Jangan lupa compare both hands, nodules, swelling, deformities etc. Plus carpal tunnel syndrome examination.

#5
Oral
1. Pre-eclampsia (PET)(Tak tahulah, sama ada saya menggoreng PET atau Dr. Musa yang menggoreng saya dengan hebatnya dalam stesen ini akibat tidak sempat mengulangkaji O&G. Pada hal kes ini memang common dan saya pun baru lepas round O&G. Sedikit kesal di sini.)

2. What type of vaccination at 18 month ?
- MMR, DTP and OPV. MMR, OPV : Live attenuated.

3. Give diagnosis and investigation for each:
(Saya tak ingat kes yang diberi, jadi saya sebutkan terus diagnosisnya di sini)
- Temporal Arteritis ; ESR elevated ; caused blindness
- Tension Headache
- Migraine

4. Red Flags for Low Back Pain.

Overall, soalan dia ok juga. Nasihat untuk rakan-rakan yang bakal mengambil Family Medicine, jangan malas untuk keluarkan semula buku Pediatrics, Internal Medicine, O&G etc. Psychiatry pun ada. Family Medicine meng'enjoy'kan. Doktor-doktor buat kita rasa seperti menjadi seorang doktor. Kita diajar untuk merekod dalam fail pesakit, tulis 'prescription' ubat, memvaksin, ambil darah etc. (Susah untuk dapat dalam round lain). Untuk exam pula, doktor yang bergerak dari station ke station. Kita hanya menunggu diam-diam dalam klinik tersebut. Semua doktor baik-baik belaka dan sebolehnya ingin membantu. Inilah round yang saya 'kesian kat doktor' jika saya tak dapat buat yang terbaik selain daripada Internal Medicine.

Dengan berakhirnya Family Medicine, maka tamatlah tempoh bersenang-lenang saya sebagai pelajar tahun 5. Deretan 8 subjek minor menanti, adrenaline a.k.a epinephrine akan mengalir dengan lajunya setiap 2 minggu (exam). Namun kerja tetap kerja, do not hesitate untuk mengingatkan saya sekiranya saya terlupa akan kerja-kerja sosial dan dakwah!

7 comments:

  1. Salam..

    fez, congrats 4 trying ur best in that exam..smga keputusannya najah, ameen! wah, blk2 je trus update blog eh..bgs2..hihi~ slmt berexam utk setiap 2 mggu..x bole la nk kaco cik fez slalu2 lg lps ni eh..terpaksa org 'kelas sejam, free 23 jam' ni cuba menghiburkan diri sndiri dgn aktiviti2 berfaedah lain..(harap2 x lagho la aktivitinya)..hehe..lastly, just as a reminder to us..study adalah nombor 1, tetapi keje2 dakwah bukan no 2..all d best fez! =D

    ReplyDelete
  2. ok aje tu..insya Allah ok..
    weh beb,pasni msti ko alert je sntiasa,pantang kena terjah..terus ko tepis je sape2 ada kt tepi ko tmasuk la surgeon yg tk merokok nk ayat ko..hahaha
    adrenaline yg sentiasa peak la katakan..hahaha
    estoy bromeando(kiddin')

    ReplyDelete
  3. ct adah,
    kaco itu mesti. orang yang exam setiap 2 minggu akan tetap 'mengacau' dan 'dikacau' oleh orang kelas sehari sejam ni. all d best wat mu gok. jangan lupa study di samping me'macking' barang tu. (rosak bahasa)

    kilah,
    arhh memang la kena sentiasa alert. Mr Murad Ba3ba3 telah meletakkan daku seorang diri wanita dalam group kecil.. aAduss..Seb baik ada geng bas sekolah (haha macam cerita budak2 tu), bukan geng bmw semata2.

    ReplyDelete
  4. besarnye skop fmly medcine..!mcm jd doc btol2 plak...huhu

    ReplyDelete
  5. macam.. macam.. Awak mesti dah tak sabar nak belajar Family Medicine kan. Sabar2, awak kena habiskan Internal Med ni, surgery ngan Public Health dulu (terimbas kenangan mengembara di kampung-kampung) sebelum sampai ke rotation Family Medicine!

    ReplyDelete
  6. huhu..saye xsaba nk OnG...hehe..fmly medcine nih sesuai tok orang suke nk jadi GP la kan..?

    ReplyDelete
  7. aiwah. Memetik kata-kata Dr Wael (Family Physician, bukan Dr. Wael Ped), "Our job is to protect the patients from getting the hospital's treatment." Haha. apekah..

    ReplyDelete