Friday, February 19, 2010

Satu minit...

Hari Ahad ini, kami akan menghadapi Exam OSCE yang kesekian kalinya, OSCE Obstetrics & Gynecology. Selepas ini, bakal tinggal satu rotation saja lagi, Internal Medicine. (ECG bakal menunggu untuk ditatap setiap hari!)

Pagi ini saya dengar Sinar FM (Muzik retro terbaik). (Bak kata Ustaz Maszlee, "Saya saja dengar. Yang lain tak payah ikut"). Telinga 'gatal' nak dengar Sinar FM sebab asyik dengar lagu Maher Zain saja. Sakit tekak dia nyanyi hari-hari di komputer ni :p

Apabila di sini (Jordan) waktu pagi, sudah tentu di Malaysia ketika itu, tengahari. (Ketika itu jam Malaysia 1 petang)

Tertarik dengan pesanan dj nya ketika itu. "Kepada lelaki muslimin, jangan lupa menunaikan solat jumaat. Matikan telefon bembet anda. Dan pakailah baju yang senonoh. Mana tahu, anda terpakai kemeja T yang bergambar yang tidak sesuai. Selamat menunaikan solat jumaat."

Dj Abby Fana memang bagus. Banyak nasihat-nasihatnya yang memang 'boleh pakai'. Mereka adalah antara golongan yang dekat dengan masyarakat Malaysia yang 'sangat suka hiburan. Justeru, amat wajarlah bagi mereka untuk menggunakan peranan dan peluang yang ada untuk menyampaikan 'sesuatu' kepada rakyat Malaysia. Bukannya menjadi seperti 'ikon-ikon' hiburan lain yang semakin merosakkan tidak boleh dicontohi.

::All the best semua!::

6 comments:

  1. Betul kak. Pergi masjid pakai baju tengkorak dekat belakang. Takpun pakai jersi ada lambang Carlsberg.


    Tak khusyuk kita dibuatnya. Apa tiada common sense?

    ReplyDelete
  2. Fruit_loop,
    comelnya nama die.. hehe. Thank you. Nanti kte jumpa dia Internal Medicine. Boleh ajar akk ecg! :p

    Odah,
    Thank you dear!

    Munir,
    Tahu takpe.Kasihan orang yang jadi 'mangsa' cam awak. Sabar aje. Itu pentingnya ada orang kena selalu ingatkan.

    ReplyDelete
  3. all d best fez..moga kita semua dipermudahkan..

    nak dakwah sbenarnya bukan susah kan...tapi kadang2 kita yang terlalu memberatkan sampai jd berat..

    dkwah secara semulajadi dan indirectly sbenarnya lagi mantop! selute la abby fana

    ReplyDelete
  4. ye!!saya sokong ngn pengakuan berani mati wardina tu??
    hehe..
    ap ketan ngn entry ni??
    ad ketan kan?!

    ReplyDelete