Friday, January 9, 2009

Zulqarnain @ Al-Kahfi

Seusai menghabiskan bacaan surah al-Kahfi pada pagi Jumaat yang sunyi dan mendamaikan tadi, saya 'membuat sedikit homework' tentang kisah Zulqarnain yang telah dikisahkan dalam surah al-Kahfi (83-99)

Beliau merupakan raja yang adil, bijaksana, yang memiliki kerajaan yang moden dan berteknologi (ketika itu).

Beliau menguasai bumi dari timur ke barat dan bertanggungjawab memberi thaqafah kepada manusia, memasakkan keadilan dan ihsan dalam masyarakat. Satu hari beliau berjalan sehingga bertemu dengan satu kaum yang tidak difahami bahasa percakapannya (Al-Kahfi:93).

Kaum ini menceritakan tentang Ya'juj dan Ma'juj dan meminta Zulqarnain membuat dinding penghalang di antara mereka dengan Ya'juj dan Ma'juj.(Al-Kahfi:94).

Maka terbinalah tembok itu yang akan utuh sehingga hari Qiamat terjadi. Oleh itu, hingga kini tiada seorang pun yang tahu di mana gerangan Ya'juj dan Ma'juj, sehinggalah pada hari qiamat Allah akan memusnahkan tembok tersebut, maka keluarlah Ya'juj dan Ma'juj tempat tersebut.(Al-Kahfi:98)

(Sumber : Khawatir Quraniah - Amr Khaled)

Rasulullah SAW pernah menceritakan tentang tembok ini dalam hadisnya, "Pada suatu hari Nabi telah bangun dari tidur dalam keadaan merah padam wajah Baginda dan bersabda: 'Lailahaillallah. Kecelakaan bagi golongan Arab disebabkan kebinasaan yang hampir menimpa. Pada hari ini telah terbuka benteng Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (dan Nabi pun membuat bulatan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk Baginda).' Zainab binti Jahsy ra telah bertanya: 'Apakah kita akan binasa sedangkan masih ramai di antara kita yang salih?' Nabi s.a.w bersabda: 'Ya, apabila kekejian berleluasa'." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

*****

Hasil carian dan editan semula dari blog (http://abuhanis.blogspot.com/2007/02/formula-kecemerlangan-zulqarnain.html)

Maulana Abul Kalam Azad, seorang ulama dan politikus Islam yang terkenal di India pada tahun 1950-an, pernah mengutarakan pandangannya berhubung peribadi Zulqarnain di dalam majalah Thaqafatul Hind. Beliau berpendapat Zulqarnain ialah Cyrus The Great, seorang Raja yang menguasai wilayah Medes (Media) dan Parsi dan akhirnya mengasaskan Empayar Parsi yang berdaulat.

As-Syeikh Hasan An-Nadwi juga telah menukilkan pandangan ini dalam tulisan beliau berhubung Zulqarnain. Hal ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Walau bagaimanapun, apa yang diutarakan ini hanyalah merupakan pandangan-pandangan dari ulama dan Allah lebih mengetahui tentang identiti Zulqarnain yang sebenarnya.Keunggulan dan kehebatan Zulqarnain mempunyai sebab musababnya. Antara sebab seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Kahfi ialah:


JELAS DESTINASI (HIDUP BERWAWASAN)
Wawasan Zulqarnain ialah untuk mengagungkan kebenaran dan keadilan sebagaimana yang ditetapkan Allah. Beliau tidak terpedaya dengan pangkat dan kekuasaan kerana kesemua itu bukannya matlamat baginya sebaliknya adalah alat untuk menegakkan wawasan. Dalam surah Al-Kahfi (87-88) “Berkata Zulqarnain, ‘Adapun mereka yang zalim, maka kami akan menyeksanya (yakni menghukumnya dengan tegas), kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya dan Tuhan akan mengazabnya dengan azab yang dahsyat. Adapun mereka yang beriman dan beramal salih maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan dan kami akan titahkan kepadanya perintah yang mudah dari perintah-perintah kami’.” Pernyataan ini menunjukkan antara wawasan Zulqarnain ialah menghapuskan kemungkaran dan menegakkan yang makruf di wilayah yang ditaklukinya.


BERFIKIRAN GLOBAL (MEMPUNYAI MISI)
Dengan misi yang jelas untuk mengusai dunia demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, Zulqarnain akhirnya berjaya mencapai cita-citanya dengan pertolongan Allah. “Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada (Zulqarnain) di muka bumi dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.” Sebenarnya dunia hanya mampu menguasai mereka yang berjiwa kecil, sebaliknya dunia akan bertukar menjadi hamba kepada mereka yang berjiwa besar. (Al-Kahfi :84)


MEMILIKI TUJUAN HIDUP (TAKWA)
Nekad dengan tujuan hidup membantu kita dalam perjalanan agar hala tuju kita tidak terbabas. Takwa merupakan tujuan hidup yang akan memastikan seseorang itu sentiasa berjalan mengikut panduan syariat di mana saja dia berada. Inilah kekuatan yang ada pada Zulqarnain. Walaupun beliau menguasai timur dan barat, namun timur dan barat tidak menguasai beliau. Yang mengusai beliau ialah petunjuk Allah yang berada di hatinya. Justeru, apabila sekumpulan manusia datang untuk memberi upah kepada Zulqarnain dengan syarat beliau membuat sesuatu yang dapat menghalang gerakan Yakjuj dan Makjuj, beliau berkata, “Sesungguhnya apa yang dikurniakan Allah kepadaku adalah lebih baik (dari pemberianmu).” Dan selepas Zulqarnain berjaya membina sebuah tembok yang besar, beliau berkata, “Inilah rahmat yang dikurniakan oleh Tuhanku(95-98). Ia menunjukkan betapa tingginya nilai takwa yang terdapat di hati Zulqarnain.

MENGUASAI ILMU BESI DAN TEMBAGA (MENGUASAI TEKNOLOGI
Ilmu dan teknologi penting untuk berjaya dalam hidup. Ketika Zulqarnain diminta oleh sekumpulan manusia untuk menghalang gerakan Yakjuj dan Makjuj, beliau berkata,“Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain, ‘Tiuplah (api itu).’ Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, ‘Berikan aku tembaga yang mendidih agar aku tuangkannya ke atas besi panas itu’. Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.” (Al-Kahfi :96-97).

BERKOMUNIKASI SECARA EFEKTIF
Ketika menjelajah dunia, Zulqarnain dapat menentukan tindakan yang tepat di setiap kawasan kerana beliau sudi mendengar dan dapat memahami pendapat dan pandangan yang disampaikan kepadanya. Dalam surah Al-Kahfi : 93-94 (“Hingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung dia mendapati di hadapan kedua bukit itu satu kaum yang hampir tidak dapat difahami perkataannya. Mereka berkata, ‘Wahai Zulqarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di muka bumi)’.” Ayat ini menunjukkan kemahiran berkomunikasi yang dimiliki oleh Zulqarnain amat tinggi sekali sehingga dapat memahami percakapan golongan yang hidup terpencil dari masyarakat lain.

*****

Siapakah pula sebenarnya Ya'juj dan Ma'juj? Teruskan membaca tentang kisah Zulqarnain dan Ya'juj dan Ma'juj dalam kitab tafsir atau website-website di internet. Kisah tersebut sangat menarik untuk dibaca!

3 comments:

  1. iskandar,bkn zulkarnain..ada filem bru kt msia nk kuar tajuk citer ni..
    alexander the great pn ada..
    kalo dzul irbid(ydp mppm)?legend jordan la erk?haha..
    jgn delete!haha
    -ntah la~

    ReplyDelete
  2. haha. tak padam, tak padam. (apekah..)
    entry ini tidak berkaitan dengan mereka yang jordan ok. heh.

    tu la ramai orang salah faham tentang iskandar (siapa iskandar?), zulqarnain mahupun alexander the great. Semua orang di atas adalah personliti yang berbeza. Sila mulakan pencarian, siapakah mereka??

    ReplyDelete
  3. Timbalan presiden mppm menjawab komen saudari aqilah dengan kata-kata seperti promotion di kaca tv --"zulqarnain mahupun alexander the great. Semua orang di atas adalah personliti yang berbeza. Sila mulakan pencarian, siapakah mereka??" ehehe.. apepun..tahniah atas pembinaan blog terbaru(padahal dah lama tapi baru je dpt linknya-semuanya gara2 YM yang canggih:P)..Moga usaha membuahkan hasil yang berganda di sisi Allah.Bukankah dunia ladang tanaman akhirat??(nak gak buat soklan tanda tanya di akhir komentar)

    ReplyDelete