Thursday, December 31, 2009

Jom tukar kalendar...

Antara acara tahunan yang penting setiap tahun di rumah saya adalah upacara menurunkan kalendar...(Heh gaya macam upacara rasmi menurunkan bendera je)

Takdelah, sebenarnya adalah dalam 3-4 tempat kalendar di rumah saya. Makanya semua perlu berganti lah apabila masuk ke tahun baru.

Kalendar yang utama, dulu letaknya di dapur. Kenapa dipanggil kalendar utama? Sebab di tempat inilah kalendar paling besar diletakkan. Biasanya kalendar gambar pemandangan ataupun gambar masjid. Kenapa kalendar besar ini penting?? SEBABnya, sambil makan-makan sekeluarga, sambil tu boleh selak-selak kalendar sambil berbincang tarikh cuti umum, plan dan percutian-percutian bersama keluarga. Tapi, selepas rumah di'renovate', saya rasa tempat kalendar utama ni telah diubah. Tapi masih di dapur.

Upacara menukar kalendar seterusnya, di bilik pejabat abah a.k.a bilik komputer. Oh, kalendar di sini penting sebab abah akan menggunakannya untuk membuat perancangan aktiviti sekolah.

Yang lainnya, di bilik ibu dan di bilik saya sendiri. Tapi memandangkan bilik saya tidak berpenghuni, saya tak pasti ada tak orang nak gantungkan kalendar baru tahun 2010 di bilik saya.. Isk isk..

Kalendar pilihan saya sudah tentulah 'kalendar kuda'. Saya pun tak faham kenapa kalendar tu mesti ada kuda sampai sekarang. Masih wujudkah 'Singapore Race Day' atau 'Ipoh Race Day' sekarang ni?? Saya tak tahu..

Adakah menggantungkan kalendar kuda bermaksud kita juga menyokong ke arah perjudian itu?? NAUZUBILLAH...

Terang-terang kita langsung tidak menyokong perjudian atau perlumbaan kuda itu. Namun bagi saya sendiri, apa yang saya suka pada kalendar kuda ni, SENANG...

Senang nak tahu, bukan saja ada tarikh miladiyah, ada juga tarikh kalendar hijrah. Senang nak tahu tarikh cuti sekolah sebab ada warna kuning di kotak cuti sekolah, senang nak tahu cuti hari raya sebab ada gambar masjid atau ketupat atau gambar 2orang budak kecik pakai baju raya (hehe), senang nak tahu bila cuti birthday Sultan Selangor sebab nanti ada bendera negeri Selangor.. Senang, senang, dan senang... Kotak tarikh pun besar, dari jauh lagi boleh nampak. Jika nak dibandingkan dengan kalendar-kalendar lain, nak katanya tidaklah dapat menandingi kehebatan kalendar kuda.. hehe..

Baiklah. Kita tak payah panggil dia 'kalendar kuda'. Sebabnya macam mengingatkan orang pada lumba kuda yang haram.. Kita panggil dia 'kalendar kotak-kotak'.. (Heh.. Dari lahir panggil kalendar kuda, macam susah je nak ubah..)

Walaupun berada di Jordan, mempunyai 'kalendar kotak-kotak' adalah satu kewajipan bagi saya. Setiap tahun ibu akan mengirim sekeping-dua 'kalendar kotak-kotak' dan diari untuk saya. Senang saya nak tahu bila cuti sekolah, senang nak tahu bila cuti umum di Malaysia, supaya senang saya menjejak apakah aktiviti keluarga saya di musim-musim cuti sekolah itu.

Harap-harapnya satu hari nanti akan ada lah kalendar yang sebiji macam kalendar kuda, tapi, tiada lagi 'race day, race-day' ni. Ubahlah..Macam sudah tidak relevan untuk zaman moden 1Malaysia ni. Tak relevan juga untuk umat Islam yang sudah makin matang dan intelek ini.. Inshallah.

Ini kalendar tahun 2010 yang ibu baru kirim. Gambar masjid, tapi ditutup sikit oleh 'bear kecil BERLIN bermagnet yang comel':). Kedai mana yang kasi kalendar ni? Tak tau lah, saya dah kerat nama kedai dia.

Kenapa fokus pada 18hb Januari ni?? Mestilah.. Itu penting untuk diingat!

Wednesday, December 30, 2009

End of Pediatrics Rotation



Secara rasminya tamatlah Round Pediatrics 2 kami yang bermula pada 25 Oktober lalu dan berakhir dengan peperiksaan Mini-Osce hari ini (8 minggu)..

Nak dijadikan cerita,
Habis saja exam tadi, semua orang sugul kot..Huhu..
Speechless... (Saya rasa laa...)

Saya rasa lagi,
soalannya tak lah susah mana, tapi keliruuuuu!

Nak katanya lagi,
Let bygone be bygone...

Saya rasa dah cuba yang terbaik untuk kali ini.
Jika ada rezeki untuk dapat lebih, ALHAMDULILLAH,
Jika bukan rezekinya kali ini, REDHA je lah kan...

Kan ada lagu kata,
Dunia belum berakhir~~




KAUH - Balik oncall. Gambar kurang cun. Kamera HP, malas nak setting.

Balik exam, terus rasa nak mengurangkan tekanan yang maha berat dalam kepala. Dah la ditinggal Hetty pagi tadi, (hehe)(Hetty, Syuk, Jui dan Kamilah pulang ke Malaysia untuk elektif selama +-8 minggu pula), exam pula merisaukan. Kena cari tombo ati ni.. :p

Kebetulan niat di hati memang dah lama nak pergi melawat anak Kak Izma yang baru kemalangan akibat jatuh tempoh hari. Senang hati jumpa budak-budak kecil, anak-anak Kak Izma (Kak Ros, Upin dan Ipin)..hehe comel. Tiba-tiba teringat Wafa' dan Dhiya (anak-anak Kak Da dan Ust DIn). (To Wafa' and Dhiya', nanti acik datang ye! Inshallah..)

Lagi 1 hari sebelum kita bakal melangkah ke tahun 2010...

Tahun yang bakal mencipta sejarah penting dalam kamus hidup saya, Inshallah...

Saturday, December 26, 2009

U.S.A.H.A

Bila rasaku ini rasamu,
Sanggupkah engkau,
Menahan sakitnya...


Ayat ini bukan saya karang. Ia adalah keratan lagu.
Siapa tahu lagu apa, diam-diam. Siapa tak tahu, tak payah tanya..

Bukan rasa 'apa-apa' pun.
Rasa TENSION nak exam je...
Semua benda rasa nak kena ingat.
Tapi terasa masa macam tak sempat.

Bak kata Dr Rola lagi,

"Common is common but rare is important. You have to know about the rare of the common and common of the rare.."

Huhu. Apa yang rare, apa yang common, semuanya rasa important.

Last but not least, Usaha tangga kejayaan!!!

::OSCE Ped - Monday. MINI-OSCE - Wednesday::

Thursday, December 24, 2009

Baby Anen

Semalam Kak Yana telah menulis satu entri berkaitan dengan 'Anencephaly' dan ada beberapa persoalan yang ditimbulkan.

Perbincangan adalah terbuka. Jika ada yang ingin berkongsi, membetulkan, menambah dan mengurangkan fakta yang saya kongsikan, tafadhhall..:)

Antara soalannya:

1. Apa kaitan anencephaly dengan folic acids?

Doctors and scientists still aren't completely sure why folic acid has such a profound effect on the prevention of neural tube defects, but they do know that this vitamin is crucial in the development of DNA. As a result, folic acid plays a large role in cell growth and development, as well as tissue formation.

That's why it's so important for all women of childbearing age to get enough folic acid — not just those who are planning to become pregnant. Only 50% of pregnancies are planned, so any woman who could become pregnant should make sure she's getting enough folic acid.

http://kidshealth.org/parent/pregnancy_newborn/pregnancy/folic_acid.html


2. Pada usia kandungan berapa bulan anencephaly boleh di kesan?

Biasanya 'neural tube defects' seperti 'anencephaly' dan spina bifida dapat dikesan menerusi ultrasound pada trimester yang pertama. Walau bagaimanapun penggunaan mesin ultrasound merupakan 'technician dependent'. Justeru, doktor yang kurang berpengalaman mungkin boleh terlepas pandang atau 'tidak perasan' akan kecacatan yang berlaku pada fetus walaupun si ibu telah menjalani ante-natal check up yang berjadual.

Level Alpha feto protein (protein yang dihasilkan oleh fetus) yang sangat tinggi juga boleh dikesan apabila berlaku 'neural tube defects'. AFP biasanya dikesan kewujudannya pada darah ibu yang mengandung. Namun ia tidak spesifik, bermakna sekiranya AFP level dikesan sangat tinggi dalam darah ibu, selain daripada NTD, ia mungkin berpunca daripada kandungan kembar, tumor dan lain-lain lagi. Sekiranya level AFP rendah, ia mungkin menandakan 'chromosomal anomaly' seperti Down Syndrome.

3. Adakah si ibu boleh merasai @ mengalami sebarang tanda sekiranya janin mempunyai masalah?

Boleh, Inshallah. Contohnya anecephaly, ibu mungkin mengalami polyhydramnios (air ketuban yang berlebihan). Perut terasa lebih besar dan tegang dari kandungan biasa.

Bagaimana ingin mengesan 'polyhydramnios'?
Boleh dikesan melalui ultrasound. Ataupun, ukuran ‘fundal-height’ akan dikira dari abdomen ibu. Sekiranya ukuran ‘fundal-height’ lebih daripada ‘gestational age’, fetus mungkin besar dari biasa, atau air ketuban berlebihan, atau pun kandungan kembar dan lain-lain lagi.

4. Fatwa mengenai pengguguran janin.


Sejujurnya saya telah berusaha untuk mencari jawapan yang tepat untuk permasalahan ini namun banyak pandangan yang dikemukakan. Bolehlah 'googling' untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Namun dari sedikit perbincangan bersama Dr. Zuhair Ammairin (O&G Specialist) dan Dr. Mohammad Khasawneh (Pediatrics Specialist) di King Abdullah University Hospital siang tadi, menurut mereka, pengguguran janin disebabkan anencephaly adalah dibenarkan memandangkan bayi yang lahir kebanyakannya tiada potensi untuk hidup. (Ini hanyalah pandangan Doktor yang menurut mereka berdasarkan medicolegal dan juga religion views.)

Memandangkan brainstem adakalanya tidak terjejas, justeru mereka boleh bernafas, bertindakbalas terhadap sentuhan dan bunyi seperti manusia biasa. Namun terdapat fungsi asas lain yang dijalankan oleh sebahagian besar otak seperti cerebrum tidak terbentuk. As a brain-death people, they lack of ’conciousness’, ’pain sensation’ and unable to see.

Sekian. Wallahualam:)

**************

::Beberapa minggu lalu di NICU Hospital Eidon, ada satu kes 'Hydranencephaly'

((Hydranencephaly is a type of cephalic disorder. This is a rare condition in which the cerebral hemispheres are absent and replaced by sacs filled with cerebrospinal fluid.)) - Sel cerebrum tiada, yang ada cuma air saraf tunjang saja..

Dua tiga hari selepas itu, saya baru teringat akan baby tersebut. Kami bertanya kepada doktor.

Kami : What happened to the 'hydranencehaly' baby?

Dr : Owh, he is now 'fouq' (sambil menunjuk ke atas)(Fouq= atas)

Kami : (Dalam hati) Owh, alhamdulillah, hidup lagi la dia. Dah transfered ke wad sama ngan mak dia kot.

Dr : As we expected before, he cannot live longer. So Alhamdulillah he is now resting in peace...

Kami : He died??

Dr : Yes, I heard he died yesterday...

Kami : Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. (Lorr, doktor ni. Ye la ingat gi wad atas. Rupanya rohnya dah dipanggil Ilahi. Itulah yang terbaik untuknya.

Wednesday, December 23, 2009

You will learn something

Setiap hari kita pasti menemui sesuatu yang berbeza dari semalam.
Kita akan berjumpa dan berkenalan dengan seseorang yang baru, belajar sesuatu yang baru, melihat perkara yang tidak pernah kita jumpa sebelum ini.

Bukankah ia menarik??
Saya kagum dengan doktor yang 'dengan cara dia bercakap, berkomunikasi,'- kita akan kagum dan termotivasi dengannya..

Dr Rola ~~ Pediatric Urologist

Saya memang 'adore' dia.. :)
Suka senyum, suka meraikan pandangan orang, lembut dengan pesakit walaupun ada pesakit yang telah meninggikan suara, dan dia buat orang senang dengannya.

Satu hari di klinik...

Ibu pesakit : Ya Dukturah, batnuha btwajja3. lakin hiya bequl la tehki ila duktur. (Dukturah, anak aku kata dia sakit perut. Tapi dia pesan, jangan cakap dengan doktor.) (Ketika itu pesakit yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan sedang leka bermain di luar bilik)

Dr Rola : Taali ya ...(saya lupa nama dia)

Budak itu (4 tahun kot) pun datang dengan comelnya sambil memegang kepala.

Budak kecil : Dukturah, dukturah, ana 3ndi hararah..(Doktor2, aku demam..)

Dr Rola : La ya habibti, ma 3ndak hararah. (Tidak sayangku, kau tak demam..)
(Kata doktor sambil pegang kepala dan tangannya..)
Khallini afhask.. (Mari sini aku cek..)

Dr sendiri yang mendukung kanak-kanak itu dan meletakkannya di atas katil.

Dr Rola : Batnek btawajja3? Ma hakketli mama. Asfour haketli..(Perut kau sakit ye. Bukan mama yang beritahu. Burung merpati yang beritahu aku...:))

Budak itu senyum..:) Kami pun senyum dan berkata di dalam hati, Dr Rola ni memang comel dan baik!

**********

Dr. Khasawneh pernah kata lagi...
"Tiada beza antara specialist, MO, HO, 6th year medical student, nurse..."

Dan yang saya perasan, segarang-garang specialist di sini, mereka masih boleh bergurau senda dan ketawa bersama-sama dengan MO, HO dan pelajar. MO di sini juga walaupun penat oncall EOD, mereka tidak kelihatan tension. Mereka bekerja bersama-sama. Specialist tidak kelihatan seperti sangat bossy dan ditakuti..

Tapi situasi di Malaysia, dengarnya agak menakutkan... Pengalaman rakan-rakan melihat HO ditengking dan di'humiliate', semasa elektif menjadikan kami takut untuk menghadapi hari kerja yang mendatang.

*****
Tibb ilo rahmeh??

1. Dr Suleiman Sweidan sangat 'macho' menebuk lubang di belakang pesakit untuk Bone Marrow Aspiration (untuk ambil sampel sel dari tulang). Belakang badan saya pula yang terasa seperti digerudi.

2. Pedi Last oncall - Dr Hamzah ajar buat Lumbar Puncture (ambil cecair tulang belakang). Punyalah payah nak pegang budak tu.

Selesai LP, Dr Hamzah pandang kami, senyum dan berkata, "Tibb ilo rahmeh??" (Medic ni boleh kesian-kesian ke??)

Kami pun sama-sama gelak dan geleng kepala.. Ya, dunia medic memang SAKIT dan MENYAKITKAN, baik pesakit, baik doktor...

::Minggu depan - End-of-rotation Exam untuk Tahun 6.. Doakan kami~~~::

Monday, December 21, 2009

Happy Birthday...

Happy Birthday,
A wish for my bestfriend forever,
Cik Siti Odah...

Believing hear, what you deserve to hear,
Your birthday as my own to me is dear...
But yours gives most,
for mine did only lend
me to the world,
yours gave to me a friend.
~Martial~

~~~~~~~~

"The best way to remember your wife's birthday is to forget it once"

::Tahun lepas ada entri khas untuk Cik Odah. Tapi tahun ni tak sempat nak buat entri sebab oncall EOD (every other day). (Ayat exaggerate~~bajet busy~~) :(::

Friday, December 18, 2009

Pagi Jumaat

Pagi Jumaat lagi,
1 Muharam 1431H.

Kalau dikira dari kalendar Hijri, umur saya sudah 25 pada tahun 1431H ini.
Kalau dikira ikut gregorian calendar, masih 23 lagi. Apa-apapun usia makin bertambah, terasa semakin senior.

Hujan lebat dari semalam lagi. Tidak berhenti.
Salji, janganlah turun hari weekend. Turunlah hari sekolah - best juga. Dapat cuti..:)

Entri ini bertujuan untuk mempromosikan sesuatu sebenarnya.

JOM PERGI KELAS TAFAQUH!!!

Seperti biasa, pagi Jumaat Sayidul Ayyam ni, jom cekalkan semangat sikit tinggalkan selimut yang tebal untuk ke kelas tafaquh di Masjid Taal pada jam 8am.

Saya gerenti, sekali pergi, mesti nak lagi.. (Dah macam promote aiskrim pulak.)

Kelas tafaquh yang dibawa pada kali ini membincangkan tentang fiqh ibadah. Tenaga pengajarnya merupakan ustaz yang tidak asing lagi di bumi Irbid, Ust Mahdi, pelajar MA di Universiti Yarmouk. Sedikit tentang penceramah : Penyampaian mudah difahami sesuai untuk semua tahap.

Banyak persoalan dan kemusykilan tentang ibadah seharian kita yang akan terjawab apabila anda menghadiri kelas ini. Dari sekecil-kecil masalah, hingga sebesar permasalahan seperti yang ditanya oleh pelajar syariah sendiri kita dapat kongsi bersama.

Nabi bersabda:
Sesiapa yg pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)


Maka amat rugilah bagi mereka yang masih berselimut tatkala mereka yang lain sedang sibuk menadah telinga untuk sesuatu yang mengingatkan kita kepada Maha Pencipta...


JOM !!!


Oh ya, up until yesterday, the post-op meningomyelocele baby was in a good condition. Head circumference measured daily to detect if hydrocephalus occured. You may apparently feel her anterior fontanelle, sagital suture and posterior fontanelle. Yesterday, I felt that the anterior fontanelle was slightly tense. (MMC may cause hydrocephalus). By the way she had been diagnosed to have Arnold-Chiari Malformation II.

Hopefully her condition will be improved.
Looking in your eyes,
It is so sad,
You struggled for life,
I can feel your sorrow,
Get well soon,
My dear little baby...
(T____T)

She was so cute in her post-op dressing...


::Esok oncall :( Ada tak sesiapa yang baik hati dan boleh menggantikan saya?? ..Huhu::

Monday, December 14, 2009

NICU week

Hari ini merupakan hari kedua, minggu ke 6, rotation ke 2 (Pediatrics).
Minggu ini dan seterusnya lagi 2 minggu kami dijadualkan untuk berada di KAUH (King Abdullah University Hospital). Bak kata Areej, salah seorang kawan berbangsa Arab di sini, "It was very stressful, tired, and very busy here."

Betullah tu...
Sudah dua hari saya di KAUH, pulang saja ke rumah, matahari dah tenggelam. Belum oncall lagi ni...Morning report tadi Dr Waddah mengamuk dengan MOs. Dan.. macam-macam lagi peristiwa berlaku. Tapi tak larat nak cerita semua.

Untuk minggu ini, sepenuhnya saya di wad NICU (Neonate Intensive Care Unit).
Boleh dikatakan semua kes-kes bayi di situ perlu kami 'cover'. Ada beberapa kes yang sempat saya review sepanjang 2 hari ini.

1st baby... (Baby with short limbs)

Ada seorang bayi yang baru dilahirkan dengan pelbagai 'congenital anomaly'.
Born on 35th weeks of gestational age, with short limbs, micrognathia, retrognathia, cleft palate, absent larynx, absent vocal cord, hypertelorism, single palmar crease, equina varus, club foot. He is on CPAP and NG tube. Provisional diagnosis yang ada setakat ini adalah achondroplasia. Sindrom lain belum dikenal pasti.

Rupa dia bukan seperti bayi normal yang lain. Kes yang menarik saya rasakan untuk di 'follow-up'. Jadi, sejak semalam dan pagi ini saya mengikuti perkembangan kesihatannya. Sejak semalam dia tidur saja. Namun pagi ini, buat pertama kalinya saya dapat melihat matanya. Dia sudah jaga..:).. Kasihan... Tangan dan kakinya yang pendek digerak-gerakkan. Kasihan lagi (T__T)

Lama juga saya berteleku di incubatornya. Terfikir sejenak, apa jadi kalau budak ni nanti besar ye..."

"Ya dukturah, taali..(Doktor, mari sini...)" Saya terdengar seperti dipanggil.

Ok Dr Waddah sudah datang. Saya kena sertai roundnya..

"I'll see you later my dear little baby. I have to go now. Bye-bye.."

Walaupun yang pastinya matanya bukan mengecam saya, namun bola matanya merenung muka saya.

Habis round bersama Dr Waddah, kami diberi rehat selama sejam dan dipanggil semula pada jam 11.30 untuk sesi round bersama MO. Tiba-tiba MO meninggalkan kami kerana dipanggil untuk kes emergency meng'intubate' baby.

2nd baby,

O2 desat: Face mask, ambubag, CPR, chest compression, adrenaline injection..everything was done but O2 still drop till 5% and pulse decrease. Baby di-'reintubate' dan CPR diteruskan. Suddenly air entry of the right lung decreased. Pneumothorax suspected. Chest tube done. No air aspirated. CPR continued, adrenaline injected also normal saline. Pulse increased, O2 sat improved, he was then connected to the oscillation ventilator.

Huh, suspen... suspen..Alhamdulillah baby ini selamat.

Take a break on 12.30. Baru terasa penat. Selepas makan tengahari dan solat, naik semula ke dewan seminar untuk lecture. Nasib baik 1 lecture saja hari ini..Mengantuk tapi tak tidur ye.. Hehe..

Lecture habis jam 2 lebih. Selepas solat asar, naik semula ke NICU. Doktor suruh review IV fluid therapy pula..:

(
Saya ke bilik '2nd baby' tadi terlebih dahulu. Stabil. Fail diselak. Saya membaca laporan MO tentang saat-saat baby tadi diselamatkan macam membaca novel thrill. Ayat dia suspend.. Heh.

Saya meninggalkannya untuk mereview kes utama saya pula.

3rd baby

One of the triplet,preterm baby, admitted for respiratory distress syndrome.

Ok stabil. Catat semua IV fluid therapy dan TPN.
Tiba-tiba teringat 'baby short limb a.k.a 1st baby'. Nak pergi tengoklah.

Sampai di bilik yang menempatkan incubatornya, tempatnya kosong.. Saya lihat incubator sebelah. Ini bukan baby short limb. Saya tanya nurse. "Where is the baby here?" sambil menunjuk ke arah tempat incubator asalnya diletakkan.

"Owh, he's died.."

"..........Innalillahi wainna ilaihi rajiun......"(speechless sambil terbayang-bayang wajah sucinya baru pagi tadi

Saya pergi mendapatkan Nusaibah, salah seorang nurse di situ. "That baby with short limb, is he died??"

Saya tanya lagi seolah tidak percaya. Baru pukul 11.30 pagi tadi saya tinggalkan NICU.

"Yes, he died at about 12.30 just now.."

"Oh my God,"

Saya yakin itu yang terbaik buatnya dan keluarga. Dia juga mungkin tak mampu untuk hidup normal seperti orang lain jika membesar. Dia yang tidak mengerti apa-apa, baru 2 hari mahu belajar mengenal warna-warni dunia, akhirnya dipanggil semula kembali ke sisi Allah.

Terlalu bersih, terlalu suci...

Satu lagi kes,
4th baby,

Meningomyelocele and absent corpus collosum. Surgery was done on him by the 'coolest' surgeon, Dr Muhammad Barbarawi...

Kesian melihat keadaannya. Semoga dia selamat.

Esok hari ketiga di KAUH. Semoga ia dapat dilalui dengan penuh ceria dan semangat!!!

Saturday, December 12, 2009

Balasungkawa

Saya sukar melupakan wajahnya.

Alhamdulillah Allah menggerakkan hati untuk pergi menziarahinya buat kali terakhir semalam di Jordan Hospital. Pertama kali kami melawatnya pada 30 Disember lalu, dia baru saja dimasukkan ke hospital. Tetapi semalam, dia kelihatan begitu tenat.

Ketika itu, kira-kira jam 6.00 malam, kami melangkah masuk ke ICU. Hati menjadi sangat sayu. Dia yang dahulunya sangat segak, ceria dalam gelak tawanya, kini terbaring kaku di atas katil hospital dengan bantuan pernafasan.

Hati ini berbisik..

Ya Allah,
Kau kembalikanlah dia kepada kami. Bangunkan dia. Sihatkan dia seperti sedia kala.

Namun doa Farah, yang menjadi imam ketika kami solat berjemaah pada waktu Maghrib itu kembali menyedarkan saya...

Ya Allah, jika kematian adalah yang terbaik buatnya, Kau permudahkanlah.
Tetapi jika kehidupan adalah yang terbaik, Kau bangunkan dia Ya Allah...

Kita hanya hamba. Dia hanyalah salah satu nikmat yang Allah pinjamkan pada saya. Nikmat mengenalinya. Bila-bila saja Allah mahu, kita tidak berdaya menahan...

Beratnya rasa hati untuk mengucapkan selamat tinggal padanya semalam sebelum kami melangkah keluar dari ICU. Ya, kami takut sekiranya itu adalah pertemuan akhir kami. Namun, perpisahan pasti akan terjadi. Kami pulang ke Irbid kira-kira jam 7 malam dengan membawa 1001 kesayuan dan pengharapan. Harapan agar dia bisa sembuh seperti sediakala.

Allah Maha Besar.
Jam 8 pagi tadi, Juiliana menghantar sms pada kami, mengatakan Ust telah selamat menemui Tuhannya tengah malam tadi.

Hati ini redha. Berat yang kami rasa. Berat lagi yang ditanggung isteri dan anak-anaknya.
Saya percaya, dia pulang menemui Tuhannya dengan aman, bahagia dan tenteram. Dia terlalu banyak berjasa buat kami pelajar-pelajar di Jordan. Dia banyak membantu kami dalam persatuan. Dia banyak meringankan apa yang kami rasa susah. Dia.. satu dalam seribu.. (T__T)

((Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..)) 89:27-30

Al-Fatihah buat Ust. Arman Md Rusoff - Pegawai Atase Pendidikan JPM Jordan...

Friday, December 11, 2009

Sari berita penting

Pagi Jumaat memang membahagiakan...:)

Banyak berita yang menarik hari ini. Ini dia SARI BERITA PENTING...

Dari BH,

Mahar dara, janda naik RM300


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menetapkan kadar mas kahwin sama rata bagi wanita yang kali pertama berkahwin dan janda sebanyak RM300 bermula 1 Januari depan. Pengarah Jais, Datuk Mohamed Kushrin Munawi, berkata kadar baru itu dibuat bagi menyelaraskan semula kadar mas kahwin di negeri itu mengikut perkembangan semasa.

Pengulas :: Bukan senang nak kahwin kan. Fizikal, mental, material semua perlu bersedia. Kalau dulu maskahwin RM80 pun, belanja kahwin dan hantaran dah beribu-ribu, inikan pula maskahwin dah RM300. Pasti membuatkan ramai termenung... Kawan-kawan, jangan demand...:)

Bekas tunang saman pegawai bank RM1j

SHAH ALAM: Seorang pegawai bank, Nor Daliya Mohd Daud, 34, disaman hampir RM1 juta oleh bekas tunangnya sebagai ganti rugi kerana memutuskan pertunangan mereka, lebih setahun lalu. Saman itu difailkan Pengarah Urusan sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, Mohamad Fahizul Khairi, 53, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana mendakwa tindakan defendan memutuskan pertunangan pada 21 April 2008 dan enggan serta cuai memulangkan wang yang disumbangkan mendatangkan kerugian, kemudaratan dan keaiban.

Pengulas :: Regardless sebab mereka putus tunang, hal saman-menyaman ni mungkin boleh jadi pengajaran buat semua. Pandai janji, pandailah tepati! Kasihan mereka yang jadi mangsa. Dalam hal ini saya sokong. Kalau putus tunang sebab nampak 'orang lain', saman jangan tak saman. Saman malu... (*_*)

Woods ada 13 kekasih, patah gigi 'diserang' isteri


ORLANDO: Senarai wanita yang dikaitkan dengan pemain golf Tiger Woods kini bertambah kepada 13 orang, lapor majalah Us, walaupun namanya belum dinyatakan, tetapi akan didedahkan sedikit masa lagi. Pada masa sama, satu laporan menyatakan pemain golf itu patah sebatang gigi dalam pergaduhan dengan isterinya, Elin Nordegren, selepas kecurangannya terbongkar. Woods dilaporkan 'ketakutan' pada malam beliau bertengkar dengan Elin sebelum meninggalkan isterinya dan terbabit dalam kemalangan di luar kediaman di Orlando, Florida.

Pengulas :: Padan muka!! Air tenang jangan disangka tiada buaya. Kesimpulannya, jangan jadi buaya, hargai apa yang anda telah sedia ada. Inilah akibatnya bila tidak mengamalkan Islam. Kewajaran poligami dipersoalkan, extramarital affair dibolehkan. Sudahnya haru-biru...

Menteri sokong haram burqa


PARIS: Lelaki Islam yang memaksa isteri mereka memakai pakaian menutup keseluruhan anggota tubuh tidak wajar diberi kewarganegaraan Perancis.
"Ada beberapa kriteria asas yang kita perlu pertahankan. Contohnya, seseorang yang memohon menjadi warga negara Perancis dan isterinya memakai pakaian menutup seluruh badan adalah seseorang yang tidak berkongsi nilai negara kita. "Jadi, dalam kes seperti itu kita akan tolak permohonannya," kata menteri berkenaan kepada televisyen LCI.

Pengulas : Selama ini saya rasa tiada masalah dengan Nicolas Sarkozy. Tapi kali ini memang dia ternyata membawa masalah. Kasihannya umat Islam di France. Jom berhijrah beramai-ramai. Tinggalkan negara kuffar! Apa perkembangan terbaru kisah menara masjid di Switzerland ya?? Let's check it out!

Dari Utusan Malaysia,

Wanita lebih berjaya dalam pelbagai bidang – Shahrizat


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Golongan wanita kini dilihat berjaya memecahkan batasan jantina dan mengubah persepsi masyarakat mengenai keupayaan mereka dalam pelbagai bidang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wanita hari ini mendominasi 60 peratus daripada pelajar baru di universiti, memegang jawatan korporat serta berdiri seiring dengan kaum lelaki.

Pengulas : Ini bukan feminisme, tapi kenyataan. Lelaki sekarang kelihatan sudah hilang keseriusan dan fokus dalam hidup. Suka perkara yang mudah dan malas berfikir. Oh serangan bertubi-tubi kepada kaum lelaki ni. Maaf, bukan semua, tapi ada... Come on man, remember, "Arrijal qawwamuna 3la-nisa'"...



Sekian, berita pagi.
Selamat hari Jumaat.

::Jangan lupa baca al-Kahfi

((Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi) ))::

Thursday, December 10, 2009

Quote of the day

Lots of people want to ride with you in the limo,
but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down.
~Oprah Winfrey~

Who wants to ride Limo with me?
Then, what if there is only a bus...
Does anyone??

Tuesday, December 8, 2009

Satu dan Dua...

Satu
Akhirnya selesai 3 report minggu ini untuk dihantar kepada doktor. 15 muka surat penuh bertulis tangan - siap juga akhirnya...

Lenguh
Memang itulah hakikatnya bila menulis menggunakan tangan. (Fakta : Memanglah menulis menggunakan tangan bagi manusia yang normal.) Maksud saya, memanglah lenguh jika menulis laporan secara manual, bukannya menaip menggunakan komputer macam yang sedang saya lakukan sekarang - menaip entri di blog.

Tarbiyah
Sedar atau tidak. Ini juga adalah satu latihan buat kita. Melatih diri bersabar dan bertahan. "Kalau boleh ditaip laporan ni, mesti dah lama 'copy paste' kan.."
Juga satu muhasabah buat diri ini. "Siapa suruh buat 'last-minute'?? Cuti 2 minggu buat ape haa??"

Syukur
Rasa bersyukur sendiri apabila selesai menulis semua laporan meskipun mungkin tidak sempurna. Namun usaha untuk menyempurnakannya telah dicuba sedaya upaya. Alhamdulillah tangan mampu menulis. Kalau orang tangan bersimen, siapa nak buat report dia..:(..


Antara penat, sabar dan syukur... (3 report --> 3 hasil :))
Saja ambil gambar buat kenangan sementara tulisan masih bulat-bulat dan 'readable' . Akan datang, tulisan mungkin jadi tarik-tarik dan 'unreadable'..hehe

Jom tukar tajuk!

Dua

Saya rasa budaya hedonisme makin hebat menyerang jiwa-jiwa kita, jiwa-jiwa masyarakat Malaysia, juga masyarakat sedunia. Kata orang, dunia sepi tanpa hiburan.

Semua orang berlumba mahu menjadi popular. Mahu jadi artis pendek katanya.

Ya, memang itulah realiti dunia kini. Namun realiti bukannya sesuatu yang tidak boleh diubah. Realiti juga bukan semestinya sesuatu yang mesti kita ikut walaupun ia akan kita hadapi.

Jalan untuk mengubahnya??

Boleh.. Kalau semua orang faham, boleh berhibur tapi ingat, jangan buat kita lupa tuhan. Jangan buat kita tenggelam dalam keseronokan. Jangan buat kita mensia-siakan masa yang ada. Yang penting, kesan jangka masa panjang ; jangan biar kesan keseronokan dan kelekaan itu melekat di hati dan membuat kita lupa, kita mungkin mati esok hari.

Satu perkara,

Apa kita rasa jika berada dalam satu majlis yang tidak membawa kita kepada mengingati Allah? Saya masih bersyukur kerana sepanjang hampir 6 tahun saya di sini, saya merasakan semua majlis yang dianjurkan oleh PERMAI, oleh mana-mana persatuan sekalipun, ada motif dan mesej baik yang dapat disampaikan. Pasti ada sesi yang mengingatkan kita pada 'Pencipta langit dan bumi' ini. Paling tidak pun, kesan kerjasama dan ukhwah pasti terasa di akhir program. Justeru kita selesa sebegitu dan harapnya ia kekal sebegitu.

Back to the reality,

Realiti mengatakan, di Malaysia nanti, ada bermaaacam-maaacam majlis yang kamu perlu hadiri. Ada majlis itu, ada majlis ini, ada majlis suka-suka, ada majlis party-party. (Party tupperware?? I like:))

Justeru, perlukah kita menyiapkan diri?

Ya, me'nyiap'kan diri itu perlu. Tapi bukan mem'biasa'kan diri. 2 item yang lebih kurang sama, tapi ia berbeza.

Menyiapkan diri supaya kita tidak terkejut dan tidak menggeleng kepala, "Opps, ini rupanya realiti di Malaysia.."

Supaya tidak terkejut dengan REALITI itu. Orang yang yerkejut akan melarikan diri. Melarikan diri bermakna kita jauh dari golongan-golongan itu. 'Golongan' yang mungkin perlu kita dekati dan nasihati.

Bukannya memBIASAkan diri. "Kita perlu praktis dari sekarang. Balik Malaysia boleh join AF, boleh masuk Sehati Berdansa.." (Ok, contoh ini adalah keterlaluan. Abaikan dan cari persamaan lain.)

Kesimpulannya, tidak kisahlah di mana pun posisi kita. Carilah jalan supaya orang di sekeliling kita tidak lupa pada penciptaNya. Jika kita diberi peluang menganjur program, salurkan ke arah sesuatu yang memberi impak kepada jiwa. Jika kita diberi peluang membuat persembahan, semoga penonton terkesan dengan persembahan kita yang mendidik hati. Jika kita diberi peluang untuk memberi tazkirah, semoga mad'u kita dapat sesuatu yang mendekatkannya lagi kepada Allah. Jika kita diberi masa untuk berblog, semoga pembaca kita dapat pegajaran dari apa yang kita tuliskan. Dan jika kita mati, semoga pahala-pahala dari usaha kita memberi manfaat kepada orang lain itu menemani kita di alam barzakh nanti.

Sekian.

Jangan lupakan Dia..

((Milik-Nya lah kerajaan langit dan bumi. Dan hanya kepadaNyalah segala urusan dikembalikan..57:5))




Depan rumah saya, Sabtu, 5 Dis, 8.00am..Sejuk dan kabus menyelubungi, mengehadkan penglihatan untuk melihat lebih jauh...

Monday, December 7, 2009

3 sekawan

Percaya tidak, sang unta, sang anak anjing dan sang buaya boleh berjalan bersaingan di jalan raya, berpapasan meredah hujan lebat?

Mereka kebasahan disiram oleh air-air di tepi jalan, namun memandangkan mereka memang hebat dan cekal, mereka tetap meneruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi.

Kata si anak anjing, "Aku dah basah lencun ni.."
Kata si unta, "Dah kembang badan aku menyerap air.."
Kata si buaya, "Cepatlah jalan, sejuk ni!!"

Akhirnya tiba jua mereka di rumah. Setibanya di sana, mereka bertemu dengan rakan buaya yang lain yang comel. Seekor buaya yang comel itu telah pun enak berehat setelah seharian berjalan juga.

Mereka bersalaman dan terus berehat bersama-sama. "Oh penatnya hari ini. Hujan lebat pula. Harap-harap esok boleh berehat.."

Mereka terus berharap. Namun mereka sedar, esok, mereka perlu sambung bekerja untuk berjasa kepada tuan-tuan mereka.

Kisah ini mengandungi unsur personafikasi kerana merekalah 4 pasang kasut Camel, Hush Puppies, Crocodile dan Crocs yang lencun kebasahan mengharung hujan sepanjang tuan mereka pulang dari hospital siang tadi...


Alhamdulillah ada kasut boleh berjalan mengharung hujan,

Alhamdulillah ada kaki yang masih boleh berpijak,

Kerana...

Ada manusia yang memiliki kasut, namun tak mampu berhujan,

Ada yang memiliki kaki, namun tidak mampu berpijak.

Syukurlah dengan nikmat yang kita miliki hari ini.

Hanya mereka yang telah diuji akan rasa lebih bersyukur dengan nikmat itu. Jika selama ini kita tak pernah sedar bahawa kita miliki kaki yang mampu membawa kita ke mana saja, sekali Allah tarik sebentar nikmat tersebut, -((cedera, terseliuh, patah, luka)) -baru kita rasa, betapa bertuahnya kita miliki sepasang kaki yang sihat itu.

::Simpati pada sahabat kami, Syuk yang cedera kakinya dan dikenakan 4 jahitan di luka tersebut. Salamtik. Semoga cepat sembuh :)::

::Bila bual-bual sambil berjalan tadi, kami terfikir, kenapa mesti guna nama binatang untuk dijadikan 'brand' ya..::

Thursday, December 3, 2009

Tinggal 2 hari...

Tinggal 2 hari lagi...
2 hari untuk apa??

Untuk memulakan kelas....:(

Nampak sangat kemalasan yang menebal. Jangan dicontohi senior yang pemalas!
Tapi ada ke senior yang rajin? (hehe..sama je kot semua...:))

Lepas ni, jangan ditanya isu cuti kepada kami pelajar-pelajar klinikal ok.
No more holiday till the finals!! Yeya!! (salah emosi ni..)

Dari tadi saya membelek kalendar, ada tak cuti-cuti sehari dua yang tinggal buat kami.. Hmm, ada lah cuti Awal Muharam, Cuti Krismas, tapi semuanya jatuh pada hari Jumaat. Dan saya tak ingat dan tak pasti adakah pihak universiti akan mengganti cuti tersebut.

Saya berfikir lagi,
Kalau waktu belajar ni, boleh jugalah mengumpul cuti. Esok kalau dah kerja?? Kalau bekerja sebagai cikgu, boleh lagi.. Bila cuti sekolah, sekeluarga boleh pergi melancong.. Tapi kalau kerja lain yang amat 'kedekut' cutinya?? (Kenapa nak fikir cuti je ni.. Tak produktif sungguh!)

Orang Muslim, di dunia sepatutnya dia berpayah-payah, berpenat-penat beribadah, bekerja untuk mengumpul kesenangan di akhirat nanti. Bukannya bersenang-lenang di dunia membuang masa.
Ok, ok.. Cepatlah 2 hari ini berlalu. Tak sabar nak pergi ke hospital!!!(Anti-klimaks)

::Saya terkejut apabila terjumpa kawan lama mantan exco BADAR, ex-507, SYU yang belajar di markaz lughah di Universiti Yarmuk kini. Alhamdulillah Allah mempertemukan kita semula selepas 6 tahun meninggalkan bangku persekolahan...::