Saya sukar melupakan wajahnya.
Alhamdulillah Allah menggerakkan hati untuk pergi menziarahinya buat kali terakhir semalam di Jordan Hospital. Pertama kali kami melawatnya pada 30 Disember lalu, dia baru saja dimasukkan ke hospital. Tetapi semalam, dia kelihatan begitu tenat.
Ketika itu, kira-kira jam 6.00 malam, kami melangkah masuk ke ICU. Hati menjadi sangat sayu. Dia yang dahulunya sangat segak, ceria dalam gelak tawanya, kini terbaring kaku di atas katil hospital dengan bantuan pernafasan.
Hati ini berbisik..
Ya Allah,
Kau kembalikanlah dia kepada kami. Bangunkan dia. Sihatkan dia seperti sedia kala.
Namun doa Farah, yang menjadi imam ketika kami solat berjemaah pada waktu Maghrib itu kembali menyedarkan saya...
Ya Allah, jika kematian adalah yang terbaik buatnya, Kau permudahkanlah.
Tetapi jika kehidupan adalah yang terbaik, Kau bangunkan dia Ya Allah...
Kita hanya hamba. Dia hanyalah salah satu nikmat yang Allah pinjamkan pada saya. Nikmat mengenalinya. Bila-bila saja Allah mahu, kita tidak berdaya menahan...
Beratnya rasa hati untuk mengucapkan selamat tinggal padanya semalam sebelum kami melangkah keluar dari ICU. Ya, kami takut sekiranya itu adalah pertemuan akhir kami. Namun, perpisahan pasti akan terjadi. Kami pulang ke Irbid kira-kira jam 7 malam dengan membawa 1001 kesayuan dan pengharapan. Harapan agar dia bisa sembuh seperti sediakala.
Allah Maha Besar.
Jam 8 pagi tadi, Juiliana menghantar sms pada kami, mengatakan Ust telah selamat menemui Tuhannya tengah malam tadi.
Hati ini redha. Berat yang kami rasa. Berat lagi yang ditanggung isteri dan anak-anaknya.
Hati ini redha. Berat yang kami rasa. Berat lagi yang ditanggung isteri dan anak-anaknya.
Saya percaya, dia pulang menemui Tuhannya dengan aman, bahagia dan tenteram. Dia terlalu banyak berjasa buat kami pelajar-pelajar di Jordan. Dia banyak membantu kami dalam persatuan. Dia banyak meringankan apa yang kami rasa susah. Dia.. satu dalam seribu.. (T__T)
((Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..)) 89:27-30
Al-Fatihah buat Ust. Arman Md Rusoff - Pegawai Atase Pendidikan JPM Jordan...
No comments:
Post a Comment