Friday, December 18, 2009

Pagi Jumaat

Pagi Jumaat lagi,
1 Muharam 1431H.

Kalau dikira dari kalendar Hijri, umur saya sudah 25 pada tahun 1431H ini.
Kalau dikira ikut gregorian calendar, masih 23 lagi. Apa-apapun usia makin bertambah, terasa semakin senior.

Hujan lebat dari semalam lagi. Tidak berhenti.
Salji, janganlah turun hari weekend. Turunlah hari sekolah - best juga. Dapat cuti..:)

Entri ini bertujuan untuk mempromosikan sesuatu sebenarnya.

JOM PERGI KELAS TAFAQUH!!!

Seperti biasa, pagi Jumaat Sayidul Ayyam ni, jom cekalkan semangat sikit tinggalkan selimut yang tebal untuk ke kelas tafaquh di Masjid Taal pada jam 8am.

Saya gerenti, sekali pergi, mesti nak lagi.. (Dah macam promote aiskrim pulak.)

Kelas tafaquh yang dibawa pada kali ini membincangkan tentang fiqh ibadah. Tenaga pengajarnya merupakan ustaz yang tidak asing lagi di bumi Irbid, Ust Mahdi, pelajar MA di Universiti Yarmouk. Sedikit tentang penceramah : Penyampaian mudah difahami sesuai untuk semua tahap.

Banyak persoalan dan kemusykilan tentang ibadah seharian kita yang akan terjawab apabila anda menghadiri kelas ini. Dari sekecil-kecil masalah, hingga sebesar permasalahan seperti yang ditanya oleh pelajar syariah sendiri kita dapat kongsi bersama.

Nabi bersabda:
Sesiapa yg pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)


Maka amat rugilah bagi mereka yang masih berselimut tatkala mereka yang lain sedang sibuk menadah telinga untuk sesuatu yang mengingatkan kita kepada Maha Pencipta...


JOM !!!


Oh ya, up until yesterday, the post-op meningomyelocele baby was in a good condition. Head circumference measured daily to detect if hydrocephalus occured. You may apparently feel her anterior fontanelle, sagital suture and posterior fontanelle. Yesterday, I felt that the anterior fontanelle was slightly tense. (MMC may cause hydrocephalus). By the way she had been diagnosed to have Arnold-Chiari Malformation II.

Hopefully her condition will be improved.
Looking in your eyes,
It is so sad,
You struggled for life,
I can feel your sorrow,
Get well soon,
My dear little baby...
(T____T)

She was so cute in her post-op dressing...


::Esok oncall :( Ada tak sesiapa yang baik hati dan boleh menggantikan saya?? ..Huhu::

6 comments:

  1. ganti oncall takleh..teman boleh kot???hehehehe...

    ReplyDelete
  2. salam fez..

    meh kte gantikan..tp bole ke? hihi~

    p/s: fez, ada perkhabaran indah dr bumi penang..hihi~ buzz bebila..=P

    ReplyDelete
  3. huhu,bagus2.ni lah antara anak murid ust.mahdi y cemerlang :) bila nak buat entry BB & TT? :P

    ReplyDelete
  4. Yellowrose,
    Wah ada orang nak temankan akk oncall.. Boleh la bw hot chocolate dan sup ayam eh..:)slupppppp~~

    Cikodah,
    Sorry bz la kak hari ni. U reply my sms la ye. Cant wait to know..:D

    Semplitt,
    Enti anak murid ust heizal yang cemerlang gak.. hehe.. TT dan BB, nanti ada masa kita buat.

    ReplyDelete
  5. salam,

    baby ni kenapa?

    cuba terangkan dlm bahasa yg mudah pada layman mcm akak nih :)

    ReplyDelete
  6. Wslm Kak Yana,
    Baby dalam gambar kat atas ni sebenarnya lahir dengan sedikit kekurangan di mana tulng belakang dan saraf tunjang dia tak tertutup sebelum dia lahir. Itu sebabnya ada sedikit 'protrusion' di belakang dia. Ketika umur dia 2 hari, doktor dh buat operation untuk tutup semula dan letak kulit baru di atasnya.

    Tapi kebanyakan baby yang lahir sebegini walaupun selepas membuat pembedahan, dia tetap akan mengalami masalah. Contohnya saluran air meninges tersumbat dan menyebabkan kepalanya membesar, ataupun saraf yang mengawal pundi kencing dan ke bawah tidak berfungsi.
    Kesian tngok budak2 ni. Biasanya hospital jadi rumah keduanya.. :(

    Wallahualam..:)

    ReplyDelete