Monday, December 7, 2009

3 sekawan

Percaya tidak, sang unta, sang anak anjing dan sang buaya boleh berjalan bersaingan di jalan raya, berpapasan meredah hujan lebat?

Mereka kebasahan disiram oleh air-air di tepi jalan, namun memandangkan mereka memang hebat dan cekal, mereka tetap meneruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi.

Kata si anak anjing, "Aku dah basah lencun ni.."
Kata si unta, "Dah kembang badan aku menyerap air.."
Kata si buaya, "Cepatlah jalan, sejuk ni!!"

Akhirnya tiba jua mereka di rumah. Setibanya di sana, mereka bertemu dengan rakan buaya yang lain yang comel. Seekor buaya yang comel itu telah pun enak berehat setelah seharian berjalan juga.

Mereka bersalaman dan terus berehat bersama-sama. "Oh penatnya hari ini. Hujan lebat pula. Harap-harap esok boleh berehat.."

Mereka terus berharap. Namun mereka sedar, esok, mereka perlu sambung bekerja untuk berjasa kepada tuan-tuan mereka.

Kisah ini mengandungi unsur personafikasi kerana merekalah 4 pasang kasut Camel, Hush Puppies, Crocodile dan Crocs yang lencun kebasahan mengharung hujan sepanjang tuan mereka pulang dari hospital siang tadi...


Alhamdulillah ada kasut boleh berjalan mengharung hujan,

Alhamdulillah ada kaki yang masih boleh berpijak,

Kerana...

Ada manusia yang memiliki kasut, namun tak mampu berhujan,

Ada yang memiliki kaki, namun tidak mampu berpijak.

Syukurlah dengan nikmat yang kita miliki hari ini.

Hanya mereka yang telah diuji akan rasa lebih bersyukur dengan nikmat itu. Jika selama ini kita tak pernah sedar bahawa kita miliki kaki yang mampu membawa kita ke mana saja, sekali Allah tarik sebentar nikmat tersebut, -((cedera, terseliuh, patah, luka)) -baru kita rasa, betapa bertuahnya kita miliki sepasang kaki yang sihat itu.

::Simpati pada sahabat kami, Syuk yang cedera kakinya dan dikenakan 4 jahitan di luka tersebut. Salamtik. Semoga cepat sembuh :)::

::Bila bual-bual sambil berjalan tadi, kami terfikir, kenapa mesti guna nama binatang untuk dijadikan 'brand' ya..::

7 comments:

  1. pandai berfalsafah kak faezza...tapi saya memang suka sandal crocs

    ReplyDelete
  2. bestnya kalu esok xde dawam..it's still raining outside (10.31 p.m.)

    p.s : x sangka hushpuppy has another meaning!
    C/P from wikipedia >> Hushpuppies are an American food made from small pieces of cornmeal bread that are deep fried or baked in a sphere shape, an oblong shape, or occasionally a ring ^_^

    ReplyDelete
  3. Muneer,
    Berfalsafah ke.. Mana de pandai. Awak ahsan kot. Btw, akak tak minat sangat crocs..hehe. sebab macam plastik.

    Semplitt,
    Best, best. Itulah nikmat terbesar kot. (kalau takde kelas..hehe. MALAS je!!)
    Sape nak makan that 'hushpuppies' bread maa.. U want to try to bake it ke?? If yes, give it another name.. :p

    ReplyDelete
  4. huhu....ade crocs gak!! bkn mcm plastic kak...mmg plastic..huhu

    ReplyDelete
  5. yah,
    Plastik-plastik pun, harganya.. ermm..

    ReplyDelete
  6. Kasut Buaya yg mana tuh?
    Ada Crocs, ada Crocodile, xpun Lacoste.
    hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Kher,
    Buaya crocs ada, buaya crocodile pun ada. Buaya keropok 'Timsakh' pun ada..;)
    Nantilah ada bajet lain kali boleh lengkapkan adik beradik buaya, boleh beli buaya Lacoste pula..

    ReplyDelete