Monday, December 14, 2009

NICU week

Hari ini merupakan hari kedua, minggu ke 6, rotation ke 2 (Pediatrics).
Minggu ini dan seterusnya lagi 2 minggu kami dijadualkan untuk berada di KAUH (King Abdullah University Hospital). Bak kata Areej, salah seorang kawan berbangsa Arab di sini, "It was very stressful, tired, and very busy here."

Betullah tu...
Sudah dua hari saya di KAUH, pulang saja ke rumah, matahari dah tenggelam. Belum oncall lagi ni...Morning report tadi Dr Waddah mengamuk dengan MOs. Dan.. macam-macam lagi peristiwa berlaku. Tapi tak larat nak cerita semua.

Untuk minggu ini, sepenuhnya saya di wad NICU (Neonate Intensive Care Unit).
Boleh dikatakan semua kes-kes bayi di situ perlu kami 'cover'. Ada beberapa kes yang sempat saya review sepanjang 2 hari ini.

1st baby... (Baby with short limbs)

Ada seorang bayi yang baru dilahirkan dengan pelbagai 'congenital anomaly'.
Born on 35th weeks of gestational age, with short limbs, micrognathia, retrognathia, cleft palate, absent larynx, absent vocal cord, hypertelorism, single palmar crease, equina varus, club foot. He is on CPAP and NG tube. Provisional diagnosis yang ada setakat ini adalah achondroplasia. Sindrom lain belum dikenal pasti.

Rupa dia bukan seperti bayi normal yang lain. Kes yang menarik saya rasakan untuk di 'follow-up'. Jadi, sejak semalam dan pagi ini saya mengikuti perkembangan kesihatannya. Sejak semalam dia tidur saja. Namun pagi ini, buat pertama kalinya saya dapat melihat matanya. Dia sudah jaga..:).. Kasihan... Tangan dan kakinya yang pendek digerak-gerakkan. Kasihan lagi (T__T)

Lama juga saya berteleku di incubatornya. Terfikir sejenak, apa jadi kalau budak ni nanti besar ye..."

"Ya dukturah, taali..(Doktor, mari sini...)" Saya terdengar seperti dipanggil.

Ok Dr Waddah sudah datang. Saya kena sertai roundnya..

"I'll see you later my dear little baby. I have to go now. Bye-bye.."

Walaupun yang pastinya matanya bukan mengecam saya, namun bola matanya merenung muka saya.

Habis round bersama Dr Waddah, kami diberi rehat selama sejam dan dipanggil semula pada jam 11.30 untuk sesi round bersama MO. Tiba-tiba MO meninggalkan kami kerana dipanggil untuk kes emergency meng'intubate' baby.

2nd baby,

O2 desat: Face mask, ambubag, CPR, chest compression, adrenaline injection..everything was done but O2 still drop till 5% and pulse decrease. Baby di-'reintubate' dan CPR diteruskan. Suddenly air entry of the right lung decreased. Pneumothorax suspected. Chest tube done. No air aspirated. CPR continued, adrenaline injected also normal saline. Pulse increased, O2 sat improved, he was then connected to the oscillation ventilator.

Huh, suspen... suspen..Alhamdulillah baby ini selamat.

Take a break on 12.30. Baru terasa penat. Selepas makan tengahari dan solat, naik semula ke dewan seminar untuk lecture. Nasib baik 1 lecture saja hari ini..Mengantuk tapi tak tidur ye.. Hehe..

Lecture habis jam 2 lebih. Selepas solat asar, naik semula ke NICU. Doktor suruh review IV fluid therapy pula..:

(
Saya ke bilik '2nd baby' tadi terlebih dahulu. Stabil. Fail diselak. Saya membaca laporan MO tentang saat-saat baby tadi diselamatkan macam membaca novel thrill. Ayat dia suspend.. Heh.

Saya meninggalkannya untuk mereview kes utama saya pula.

3rd baby

One of the triplet,preterm baby, admitted for respiratory distress syndrome.

Ok stabil. Catat semua IV fluid therapy dan TPN.
Tiba-tiba teringat 'baby short limb a.k.a 1st baby'. Nak pergi tengoklah.

Sampai di bilik yang menempatkan incubatornya, tempatnya kosong.. Saya lihat incubator sebelah. Ini bukan baby short limb. Saya tanya nurse. "Where is the baby here?" sambil menunjuk ke arah tempat incubator asalnya diletakkan.

"Owh, he's died.."

"..........Innalillahi wainna ilaihi rajiun......"(speechless sambil terbayang-bayang wajah sucinya baru pagi tadi

Saya pergi mendapatkan Nusaibah, salah seorang nurse di situ. "That baby with short limb, is he died??"

Saya tanya lagi seolah tidak percaya. Baru pukul 11.30 pagi tadi saya tinggalkan NICU.

"Yes, he died at about 12.30 just now.."

"Oh my God,"

Saya yakin itu yang terbaik buatnya dan keluarga. Dia juga mungkin tak mampu untuk hidup normal seperti orang lain jika membesar. Dia yang tidak mengerti apa-apa, baru 2 hari mahu belajar mengenal warna-warni dunia, akhirnya dipanggil semula kembali ke sisi Allah.

Terlalu bersih, terlalu suci...

Satu lagi kes,
4th baby,

Meningomyelocele and absent corpus collosum. Surgery was done on him by the 'coolest' surgeon, Dr Muhammad Barbarawi...

Kesian melihat keadaannya. Semoga dia selamat.

Esok hari ketiga di KAUH. Semoga ia dapat dilalui dengan penuh ceria dan semangat!!!

12 comments:

  1. sob3....sedihnye kak...baby plak tu... =(...even x bape nk phm term2 yg digunakan...huhu...

    ReplyDelete
  2. Fez:sume baby di NICU kita yg pnya..

    aku ngan eti:errrr...???

    Alhamdulillah ala kulli hal dilahirkan cukup sifat dan cantik plak tu...=P..hahaha

    ReplyDelete
  3. fez, kte dh abis exam opthal..alhmdulillah! [skrg ni berdoa x dipanggil viva..=)]..sedihnya baca cte baby tu..xpe, msti ada hikmahnya dia pergi dulu supaya ketidaksempurnaan yg dia ada x merumitkan kehidupan dia di kemudian hari..=) lawak la komen kilah kt atas ni..sokong2 {esp bab cantikkk tu..hahaha~)

    ReplyDelete
  4. Yah,
    Sedih..sedih.. Tapi ada hikmah untuk setiap yang berlaku kan..

    Kilah,
    Haha.. amende tah statement tu. Ada baby 0.9 kg.. Ko bayangkan, bw tepung dalam plastik pun sekilo.

    Odah,
    Betul tu odah. Allah maha mengetahui.
    Semua orang pun cantik, semua orang pun boleh buat. Hehe..(Ayat Hety ni..)

    ReplyDelete
  5. erm sedihnya.. tp mungkin itu yg terbaik utk baby 2 kak faeza...

    ReplyDelete
  6. Azmunira adik azfikri ye?
    Kalau ya, lama x jmpa awak..
    welcome to the blog.
    Inshallah itu y terbaik bukan saja buat baby tu, tpi buat semua.:)

    ReplyDelete
  7. faeza,
    nape 1st baby with many congenital anomaly tu x diabort. mak dia x buat regular check up ke ms pregnant. mcm pelik. ade je kes yg kl kt tau cong anomaly yg threatening kt abort je.

    ReplyDelete
  8. Chatterbox deary, :)
    Ye ke boleh abort...Tak boleh kan..
    Sedangkan anencephaly pun tak diterminate.

    Kecuali kalau pregnancy diteruskan, nyawa dan kesihatan ibu terancam. Contohnya uncontrolled eclampsia ke, yang tak boleh diselamatkan by any ways dan menurut pakar memang kena terminate pregnancy. So di sini memang dibolehkan.

    Boleh klik sini utk bacaan lanjut. Ada pandangan Sh. Yusuf Qardhawi sekali..:)

    ReplyDelete
  9. Sini linknya..http://www.islamawareness.net/FamilyPlanning/Abortion/abortion3.html

    ReplyDelete
  10. fez, ni kes x baca lg link tu, tp doctor time O&G dulu penah cakap, baby kt jangka memang tidak akan mampu utk hidup (e.g anencephaly)kt akan terminate sbb memberi peluang utk that mom berusaha to get pregnant again dalam masa lepas abortion tu (instead of letting her to complete full 9 months which is psychologically speaking very torturing both emotionally & physically)

    the most important point kat sini, kes apa yang dibolehkan & kes apa yang tidak

    ReplyDelete
  11. Semplitt,
    Thx for sharing.
    Exactly that condition (anencephaly) is psychologically very torturing both emotionally & physically to the mom.

    Yes I do remember a case. A regular ante-natal checked-up mom delivered an anencephaly baby. She even know before that her baby will not survive! How strong she is by carrying that poor baby in her tummy for 9 months.

    But in this case I'm not sure if the doctor in charged had offered her to abort the baby or not.

    If it is miscarried or stillborn, or it is born alive and dies shortly thereafter, the parents will be rewarded for bearing the calamity of their loss, and if it lives and has some kind of disability, they will be rewarded for their patience in taking care of it.

    All in all, by reading from some articles, majority of the idea said, abortion is prohibited by any means or any reasons.

    ReplyDelete
  12. Sorry, correction from the last statement above.

    All in all, by reading from some articles, majority of the idea said, regardless of the mother's health status, abortion is prohibited by any means or any reasons.

    ReplyDelete