Wednesday, December 23, 2009

You will learn something

Setiap hari kita pasti menemui sesuatu yang berbeza dari semalam.
Kita akan berjumpa dan berkenalan dengan seseorang yang baru, belajar sesuatu yang baru, melihat perkara yang tidak pernah kita jumpa sebelum ini.

Bukankah ia menarik??
Saya kagum dengan doktor yang 'dengan cara dia bercakap, berkomunikasi,'- kita akan kagum dan termotivasi dengannya..

Dr Rola ~~ Pediatric Urologist

Saya memang 'adore' dia.. :)
Suka senyum, suka meraikan pandangan orang, lembut dengan pesakit walaupun ada pesakit yang telah meninggikan suara, dan dia buat orang senang dengannya.

Satu hari di klinik...

Ibu pesakit : Ya Dukturah, batnuha btwajja3. lakin hiya bequl la tehki ila duktur. (Dukturah, anak aku kata dia sakit perut. Tapi dia pesan, jangan cakap dengan doktor.) (Ketika itu pesakit yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan sedang leka bermain di luar bilik)

Dr Rola : Taali ya ...(saya lupa nama dia)

Budak itu (4 tahun kot) pun datang dengan comelnya sambil memegang kepala.

Budak kecil : Dukturah, dukturah, ana 3ndi hararah..(Doktor2, aku demam..)

Dr Rola : La ya habibti, ma 3ndak hararah. (Tidak sayangku, kau tak demam..)
(Kata doktor sambil pegang kepala dan tangannya..)
Khallini afhask.. (Mari sini aku cek..)

Dr sendiri yang mendukung kanak-kanak itu dan meletakkannya di atas katil.

Dr Rola : Batnek btawajja3? Ma hakketli mama. Asfour haketli..(Perut kau sakit ye. Bukan mama yang beritahu. Burung merpati yang beritahu aku...:))

Budak itu senyum..:) Kami pun senyum dan berkata di dalam hati, Dr Rola ni memang comel dan baik!

**********

Dr. Khasawneh pernah kata lagi...
"Tiada beza antara specialist, MO, HO, 6th year medical student, nurse..."

Dan yang saya perasan, segarang-garang specialist di sini, mereka masih boleh bergurau senda dan ketawa bersama-sama dengan MO, HO dan pelajar. MO di sini juga walaupun penat oncall EOD, mereka tidak kelihatan tension. Mereka bekerja bersama-sama. Specialist tidak kelihatan seperti sangat bossy dan ditakuti..

Tapi situasi di Malaysia, dengarnya agak menakutkan... Pengalaman rakan-rakan melihat HO ditengking dan di'humiliate', semasa elektif menjadikan kami takut untuk menghadapi hari kerja yang mendatang.

*****
Tibb ilo rahmeh??

1. Dr Suleiman Sweidan sangat 'macho' menebuk lubang di belakang pesakit untuk Bone Marrow Aspiration (untuk ambil sampel sel dari tulang). Belakang badan saya pula yang terasa seperti digerudi.

2. Pedi Last oncall - Dr Hamzah ajar buat Lumbar Puncture (ambil cecair tulang belakang). Punyalah payah nak pegang budak tu.

Selesai LP, Dr Hamzah pandang kami, senyum dan berkata, "Tibb ilo rahmeh??" (Medic ni boleh kesian-kesian ke??)

Kami pun sama-sama gelak dan geleng kepala.. Ya, dunia medic memang SAKIT dan MENYAKITKAN, baik pesakit, baik doktor...

::Minggu depan - End-of-rotation Exam untuk Tahun 6.. Doakan kami~~~::

9 comments:

  1. hehe..doc rola memang comel..aku pon tak penah terpk nak tanya merpati..mungkin aku bleh ckp ngan nuruddin..kalo ko taknak cakap, aku leh tanya merpati..takpe2 haha..pastu trus percuss dekat2 ngan chst tube dia trus terpaksa cakap..wajaaa''''!!!!hehe

    ReplyDelete
  2. Eh farah! (haha pura2 terkejut)

    Biddish ehki!! Sesuai la nuruddin ngan dr wael tu..
    Ko tak sesuai tanya merpati. Tanya rimau terus! haha

    ReplyDelete
  3. specialist2 kauh sumenye mengagumkan..[still have no idea camne teruknye keje kat msia ditengking2]tergelak sorg2 teringt tyme dalam OR crniotomy td..sume org hepy jek wat2 lawak dari specialist +nurse+mo...xde tensen2 padahal dorg nak tebuk skull..comeyllll

    ReplyDelete
  4. hahaha..tnya rimau terus..

    lama2 ak dgn dr wael..ak rasa ak nk jadi mcm dia..
    ada kelakar sikit..ada garang sikit..
    ak rasa..bila dia jalan dkt ward tu rsa cm sume org tgk dia..
    powerful??hahaha

    btw,di blkg tabir,muqim sgt stress..

    ReplyDelete
  5. suke nye pegi hospital kalau ade doctor mcm dr. rola....... =))

    ReplyDelete
  6. Yellowrose,
    Btw sape surgeon tyme tu? Barbarawi ke Haitham??
    Kalau awak jumpa Dr Barbarawi, kem slm.. hehe..:)

    Kilah,
    Hmm.. diorg stress byk kerja kan.. Tp dr wael pun xde la harsh ngan diorg smpi baling file ke.. hehe..

    Yah,
    Nantila.. akan datang orang akan suka gi hosp sebab nak jumpa dr. faezza macam orang suka jumpa Dr rola...:)

    ReplyDelete
  7. setiap hari pasti ada benda berbeza yang kita belajar dari kehidupan..
    itulah yang dinamakan SCHOOL OF LIFE...

    aiyyooo, bila mau sedekahkan artikel lagi untuk SOL..? huhu..
    all the best exam..

    ReplyDelete
  8. cit..tanya rimau buat apa...bukan comel pun..qilah tanya kat apam boleh la haha

    pelik deorg ni.nape kagum sgt ngan nama aku sejak akhir2 ni sampai buat entry ^_^..

    ReplyDelete
  9. IshiK,
    Hehe... Nak je tulis utk SOL tapi tak tau la.. (memang byk alasan. Xyah caye). Nanti ada kelapangan kte tulis lagi utk SOL.

    Farah Breep breep.. (hehe)
    Qilah je yang kagum.Orang lain biasa je..:p

    ReplyDelete