Antara acara tahunan yang penting setiap tahun di rumah saya adalah upacara menurunkan kalendar...(Heh gaya macam upacara rasmi menurunkan bendera je)
Takdelah, sebenarnya adalah dalam 3-4 tempat kalendar di rumah saya. Makanya semua perlu berganti lah apabila masuk ke tahun baru.
Kalendar yang utama, dulu letaknya di dapur. Kenapa dipanggil kalendar utama? Sebab di tempat inilah kalendar paling besar diletakkan. Biasanya kalendar gambar pemandangan ataupun gambar masjid. Kenapa kalendar besar ini penting?? SEBABnya, sambil makan-makan sekeluarga, sambil tu boleh selak-selak kalendar sambil berbincang tarikh cuti umum, plan dan percutian-percutian bersama keluarga. Tapi, selepas rumah di'renovate', saya rasa tempat kalendar utama ni telah diubah. Tapi masih di dapur.
Upacara menukar kalendar seterusnya, di bilik pejabat abah a.k.a bilik komputer. Oh, kalendar di sini penting sebab abah akan menggunakannya untuk membuat perancangan aktiviti sekolah.
Yang lainnya, di bilik ibu dan di bilik saya sendiri. Tapi memandangkan bilik saya tidak berpenghuni, saya tak pasti ada tak orang nak gantungkan kalendar baru tahun 2010 di bilik saya.. Isk isk..
Kalendar pilihan saya sudah tentulah 'kalendar kuda'. Saya pun tak faham kenapa kalendar tu mesti ada kuda sampai sekarang. Masih wujudkah 'Singapore Race Day' atau 'Ipoh Race Day' sekarang ni?? Saya tak tahu..
Adakah menggantungkan kalendar kuda bermaksud kita juga menyokong ke arah perjudian itu?? NAUZUBILLAH...
Terang-terang kita langsung tidak menyokong perjudian atau perlumbaan kuda itu. Namun bagi saya sendiri, apa yang saya suka pada kalendar kuda ni, SENANG...
Senang nak tahu, bukan saja ada tarikh miladiyah, ada juga tarikh kalendar hijrah. Senang nak tahu tarikh cuti sekolah sebab ada warna kuning di kotak cuti sekolah, senang nak tahu cuti hari raya sebab ada gambar masjid atau ketupat atau gambar 2orang budak kecik pakai baju raya (hehe), senang nak tahu bila cuti birthday Sultan Selangor sebab nanti ada bendera negeri Selangor.. Senang, senang, dan senang... Kotak tarikh pun besar, dari jauh lagi boleh nampak. Jika nak dibandingkan dengan kalendar-kalendar lain, nak katanya tidaklah dapat menandingi kehebatan kalendar kuda.. hehe..
Baiklah. Kita tak payah panggil dia 'kalendar kuda'. Sebabnya macam mengingatkan orang pada lumba kuda yang haram.. Kita panggil dia 'kalendar kotak-kotak'.. (Heh.. Dari lahir panggil kalendar kuda, macam susah je nak ubah..)
Walaupun berada di Jordan, mempunyai 'kalendar kotak-kotak' adalah satu kewajipan bagi saya. Setiap tahun ibu akan mengirim sekeping-dua 'kalendar kotak-kotak' dan diari untuk saya. Senang saya nak tahu bila cuti sekolah, senang nak tahu bila cuti umum di Malaysia, supaya senang saya menjejak apakah aktiviti keluarga saya di musim-musim cuti sekolah itu.
Harap-harapnya satu hari nanti akan ada lah kalendar yang sebiji macam kalendar kuda, tapi, tiada lagi 'race day, race-day' ni. Ubahlah..Macam sudah tidak relevan untuk zaman moden 1Malaysia ni. Tak relevan juga untuk umat Islam yang sudah makin matang dan intelek ini.. Inshallah.
Ini kalendar tahun 2010 yang ibu baru kirim. Gambar masjid, tapi ditutup sikit oleh 'bear kecil BERLIN bermagnet yang comel':). Kedai mana yang kasi kalendar ni? Tak tau lah, saya dah kerat nama kedai dia.
Kenapa fokus pada 18hb Januari ni?? Mestilah.. Itu penting untuk diingat!
Kelendar kuda senang dapat, sebab free.hehehe.
ReplyDeleteSelamat tahun baru.
Kak Ina,
ReplyDeleteBetul3x. Happy New Year!
18 jan.. eee.. cepatnya faezza nk 24...
ReplyDeleteakak, nak fotostat! hehe..
ReplyDeleteselamat tahun baru~
hahahah kelakanye upacara turun kalendar...kui3.. smlm ktorg da sesi nostalgia dari 1st yr dtg joden..skang nih..kite da 23/24 taun dah..ya allahhhhh cepatnye mase berlalu.....
ReplyDeleteakak,kt umah kte pon sama..ad 'upacara turun kalender'..tp bkn 4 tempat je..lebihhh!!hehe..sbb ayah kte klu pi mne2 supermarket mesti mintak kalender banyak2..pastu setiap sudut rumah nk dipasang kalender tu..dkt pintu bilik air pon ad..hehe...
ReplyDeleten tiap2 tahun pon ayah kte akan poskan satu kalender kuda tu tok kte kt sini..suka2..senang..
IshiK,
ReplyDeleteTau xpe.. I am nearly 24 ok.. 24.. Jangan main-main. Haha.. Bila cakap 24, cam tak kisah sangat. Tapi bila kenang lagi 6 tahun nak masuk umur 30, terasa macam.. "mak aiii tuanya.." isk isk..
Ainul,
Mari2 datang umah akak..! hehe.. suruh permai buat kalendar kuda laa.. masukkan cuti jordan sekali.. sedihnya tahun ni jordan banyak cuti peristiwa hari jumaat..:(
Yellowrose,
ReplyDeleteAwak bernostalgia kat umah kak som sambil tengok eclipse eh semalam.. hehe.. kak som kata nak countdown new year..
Anon,
Wah, sama la kita ye.. ada kalendar kuda. Jangan lumba kuda suda.. :p.. betul2.. kalendar ni memang senang.
hahaha..kak,, bilik berpenghuni pon xde kalender..xkan bilik x berpenghuni nak kalender..hik3
ReplyDeletecantik bear ko tu hehe..dah kepam tu..pi la basoh..
ReplyDeleteYah,
ReplyDeleteKo memang tak heran kalendar..heh
Farah,
Memang cantik dan comel pun.. Nape, ko jeles? haha.. Tak pernah kepam ok.. Masih tergantung rapi.. haha..
mana 16 january heheh
ReplyDelete