Tuesday, March 10, 2009

Neuro...


Hari ini merupakan hari kedua kami berada dalam round neurology, dan merupakan hari pertama kami bersama Dr. Ali Rifaie (Head of Neurological Department..Hebatnya..). Ramai rakan sudah pun berpesan, "Tunggulah round dengan Dr. Ali. Sorang-sorang kena tanya."

Ramai juga yang mengiyakan, baik rakan melayu, mahupun rakan arab yang telah pun mengambil rotation neuro, Round bersama Dr. Ali agak stress dan tension. Akhirnya hari ini kami merasainya.. Kerapkali saya mengerling ke arah jam di tangan,"Arghh, cepatlah jam, berputarlah kau dengan laju.."

Sememangnya dia akan menyoal seorang demi seorang pelajar. Namun apabila perkara yang disoal adalah perkara basic misalnya, muscle and their innervation, ascending and descending tract, malu benar rasanya sekiranya tidak dapat menjawab. (Biasalah tu, maklumlah dah banyak sangat belajar (kononnya), so yang basic-basic mudah benar dilupakan. Aishh..Malu untuk diri sendiri)

Dalam round tadi, mungkin ada lah dalam 8-9 kali juga setiap pelajar ditanya. Bertalu-talu pula.

Satu kes yang kami siapkan tadi.

Seorang pesakit wanita berusia 20 tahun, dimasukkan ke hospital selepas kepalanya parah dicederakan oleh perompak yang masuk ke rumahnya seminggu yang lalu pada kira-kira jam 2.30 pagi. Perompak menghentak kepalanya dengan senjata keras dan tumpul sebanyak 4 kali di bahagian kepala dan 2 kali di bahagian muka menyebabkan dia mengalami sakit kepala, dizziness dengan serta-merta dan muntah berdarah (hematemesis). Kecederaan di otaknya itu juga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berjalan.
Kasihan...:(

Selalulah kita beringat. Sedangkan orang tempatan juga boleh diperlakukan seperti itu. Inikan pula kita, golongan minoriti ini. Langsung tiada belas kasihan mangsa akan diperlakukan.

Oleh itu, amalkanlah doa ini selalu, semoga Allah melindungi kita dari sebarang kemudaratan.

"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim".

Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
::Minggu Neuro sama tension dengan minggu Dermatology T_T. Masa, cepatlah kau berlalu::

2 comments:

  1. Fez, cerita lah pasal dermatology pulak... surirumah nak dengar ni (dengan mulut terlopong...nk tau)

    Best tau dengar cite2 doctor ni :)

    ReplyDelete
  2. jangan melopong kak ina. nanti masuk angin, kembung perut. hehe..

    dermatology kte ada cerita pasal jerawat dlm entry yang lepas. just amik satu kes dari banyak2 kes yang dijumpai.

    ada satu kes yang paling diingati. "psoariasis." x tahu ape dalam bhasa melayu nya. bahasa arab tahu lah (sadafiah..hehe ni la masalahnya, xtau perkataan melayu byk penyakit). bila pakcik tu buka baju je utk tunjuk badan dia, habis jatuh keruping2 penuh satu badan. gatal sangat. kesian pakcik tu.. Semoga dia dah sembuh sekarang.

    ReplyDelete